Bagi pasangan suami isteri tarikh perkahwinan adalah di antara tarikh yang penting perlu diingat atau dikenang sampai bila-bila. Setiap tahun pasangan suami isteri akan menyambut tarikh istimewa itu dengan cara masing-masing.
IKLAN
Bagi pasangan yang mempunyai ekonomi yang kukuh mungkin boleh menghadiahkan pasangan masing-masing dengan barangan daripada jenama mewah atau mungkin percutian mewah di luar negara.
Walaupun hadiah bukan merupakan syarat utama yang mengingati tarikh perkahwinan tetapi itu yang lazimnya dilakukan sebagai penghargaan setelah sekian lama hidup bersama.
Tapi, ada juga kadang-kadang pasangan terutama suami ‘terlupa’ dengan tarikh ulang tahun perkahwinan. Begitu juga dengan isteri kepada Tomok terlupa tarikh perkahwinan mereka. Mungkin ini tahun pertama buat Rahayu Abas atau lebih mesra disapa Ayu terlupa tarikh keramat ini.
Tomok sendiri mengaku terlupa anniversary mereka buat kesekian kalinya seperti yang dikongsinya di laman media sosialnya, “Jadi lagi tahun ni. Minta maaf dibu ayah lupaaaaa lagi..tapi ayah tak kesorangan, dibu pun lupa jugak,” kata Tomok.
Namun, pembantu rumah pasangan ini telah menjadi penyelamat pada tahun ini. Menurut Tomok, pembantu rumah mereka telah mengingatkan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.
IKLAN
“Yang paling best adalah maid kitorang yang ingatkan hari adalah ANNIVERSARY kita orang..yes hari ni.
Kira sarapan kat mamak makan roti canai banjir pagi tadi adalah hadiah ayah tahun ni. Happy anniversary sayang, semoga family kita akan terus happy dan dipermudahkan segalanya di dunia dan akhirat,” kongsi Tomok ataupun nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail.
IKLAN
Ayu juga turut menulis di ruangan komen suaminya, “Terima kasih ayah. Ok tahun ni kita seri. Tahun depan no more ok. Nak celebrate kat hotel (Arrian cakap). Apapun thank youfor being a good husband and ayah. I love u so much,” tulis Ayu.
Tomok telah berkahwin dengan isterinya seorang pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pada 1 Julai 2011. Pasangan ini telah dikurnikaan dua orang anak lelaki yang comel iaitu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman.
Nama Nooryana Najwa Mohammad Najib atau mesra disapa Yana Najib mungkin agak asing bagi segelintir masyarakat namun dalam kalangan ahli politik dan mengikut dunia politik tanah air, mereka pasti mengenali wanita ini.
Ibu dua cahaya mata ini merupakan anak perempuan kepada Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Meniti usia 35 tahun, Yana juga ialah kakak kepada Norashman Najib iaitu anak bongsu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.
Biarpun sibuk menguruskan keluarga kecilnya namun Yana tidak ketinggalan mengemaskini media sosial dan dilihat gemar berkongsi aktiviti bersama anak dan keluarga tersayang.
Daripada perkongsian Yana, jelas membuktikan wanita ini sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan cukup rapat dengan ahli keluarga.
Mac lepas, Yana berjaya menyandang jawatan Exco Puteri UMNO dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Mengikut jejak langkah bapanya, wanita berjiwa besar ini meraih pengaruh tersendiri dengan aura dan kredibilitinya sebagai pemimpin.
Tidak menyembunyikan perasaan rindu terhadap bapa ketika menyambut Ramadan kali ini, Yana menerusi Instagram meluah ‘kekurangan’ yang dirasai tanpa Datuk Seri Najib di sisi.
“Hampir masa berbuka puasa. Duduk di meja termenung sedikit. Dulu sahur, berbuka puasa dengan keluarga Yana anggap satu kebiasaan, sama setiap hari, setiap masa, setiap tahun.
Sometimes we take moments like these for granted. Not knowing that at times, it might be our last together.
Adakalanya kita tidak tahu, tidak jangka mungkin saat bersama itu adalah yang terakhir. Kan?
Di masa kita menjamu makanan melepaskan lapar dahaga, berbuka dengan kenalan dan keluarga. Di masa sama juga ada seorang insan, seorang sahabat yang berbuka keseorangan dalam kesunyian dan keseksaan.
Besar pengorbanan yang ditanggungnya demi kita, dengan kepedihan dan kesedihan yang dialaminya. Tidak terbayang. Tidak tahu nak kata apa.”
Tambah Yana, “Imagine what he is going through. Bayangkan. Apa yang dilaluinya. Bayangkan. Di masa ini, apakah keadaannya, perasaannya?
Yana hanya mampu mendoakan insan istimewa ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT, sihat walafiat dan diberikan keimanan teguh.
Kerana ke hari ini, ke saat ini dia yakin Allah SWT ada di sisi dan bersama mangsa yang dizalimi, difitnah dan dilanda musibah. Kepada Allah SWT kami berserah.
Yana juga doakan agar semua sentiasa diberikan keberkatan dan kebaikan. Hargailah masa bersama yang tercinta, sahabat dan keluarga. Selamat berbuka. We miss you, Daddy.”
Menelusuri sisi peribadinya, Yana bukan sekadar memiliki jiwa penyayang malah seorang pelajar yang cukup berdedikasi dan cemerlang dalam akademik kerana telah berjaya memperoleh pelbagai ijazah.
Sebelum bergelar isteri, dia merupakan graduan Bachelor of Science in Foreign Service dari Georgetown University pada 2011.
Dua tahun selepas berkahwin, Yana menggenggam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton, University of Pennsylvania pada tahun 2017 dan tahun lalu pada tanggal 31 Mei pula dia menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University!
Nooryana selamat bergelar isteri kepada Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 19 Mac 2015.
Hasil perkongsian hidup, Yana dan suami dikurniakan dua anak lelaki.
Sakit pinggang bukan saja boleh mengganggu rutin seharian bahkan keselesaan ketika tidur. Posisi tidur yang salah boleh menjadikan keadaan lebih parah. Maka pentingnya anda tahu posisi tidur yang tepat jika sedang menderita sakit pinggang demi kualiti tidur dan kesihatan yang lebih baik.
Pastikan kepala, bahu dan pinggul dalam keadaan selaras ketika tidur bagi menjaga kestabilan tulang belakang. Posisi yang salah boleh memberi tekanan di bahagian tersebut sehingga menyebabkan sakit pinggang kian parah. 5 posisi tidur ini sesuai dipratikkan semasa mengalami sakit pinggang.
POSISI TERLENTANG DENGAN BANTAL UNTUK MENGANJAL LUTUT
Posisi tidur terbaik ialah meluruskan bahagian punggung di atas tilam. Posisi ini meminimumkan tekanan berlebihan di kepala, leher dan tulang belakang. Letakkan bantal kecil di bawah lutut sebagai sokongan sehingga posisi badan dari kepala hingga ke kaki selari.
POSISI MENGERENG DENGAN BANTAL DI ANTARA KEDUA-DUA LUTUT
Tidur mengereng sering menjadi pilihan. Tetapi ia kurang baik buat penderita sakit belakang. Posisi ini boleh menekan bahagian pinggang dan menarik tulang belakang keluar dari posisi. Namun begitu anda masih boleh mencuba posisi ini dengan cara menyelitkan bantal di antara kedua-dua lutut. Bantal akan menjaga pinggul dan tulang belakang dalam posisi terbaik.
POSISI TERLENTANG DENGAN BERSANDAR DAN BERBARING
Posisi ini seperti duduk di kerusi yang ada penyandar yang bermanfaat kepada penderita sakit pinggang Spondylolisthesis isthmic di mana salah satu ruas atas tulang belakang bergeser dengan ruas di bawahnya. Posisi ini memberi keselesaan pada punggung. Anda boleh meletakkan tangan di atas perut, dada atau sisi badan.
POSISI MERINGKUK SEPERTI JANIN
Dengan posisi ini badan membuka ruang untuk sendi-sendi di antara tulang belakang.
POSISI TERLANGKUP
Sebenarnya posisi ini kurang bagus untuk penderita sakit punggung kerana ia meningkatkan tekanan di bahagian leher. Anda boleh meletakkan bantal di perut untuk memperbaiki keseimbangan tulang belakang.
Setiap manusia itu unik. Seorang murid tak sama dengan murid lain di sebelahnya. Seorang anak lelaki tak sama dengan kakak atau adiknya. Bahkan sepasang kembar juga tak selalu sama tahap kecerdasannya.
Ada ibu bapa berlumba-lumba nak tayang keputusan peperiksaan anak, lebih-lebih lagi jenis anak bijak yang dapat straight A’s. Tak salah berkongsi rasa bangga tu di media sosial. Manalah tahu kalau ada ibu bapa lain yang terinspirasi dan nak tiru petua anak cemerlang yang kita amalkan.
Tapi janganlah sampai berlebihan. Sampai mencalar hati rakan yang anaknya tak sepandai anak kita. Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang cemburu atau sakit hati. Mangsanya nanti berbalik anak-anak juga.
Bagi ibu bapa yang anaknya bukan dalam kategori genius, maaf cakap mungkin tak semuanya bagus dapat A, janganlah kita banding-bandingkan dengan anak orang lain. Kesian. Kita bantulah mereka menemukan potensi dalam diri mereka sendiri.
Perkongsian guru bernama Nurul Safinah ini banyak memberi pengajaran tentang bagaimana reaksi yang patut ditunjuk apabila menghadapi anak-anak yang keputusannya sederhana. Semoga bermanfaat! Norzalina Mohd Alias
=================================
Apa nak jawab pada anak kalau result dia tak okay?
Ni Cikgu Nurul tolong jawabkan:
“MAMA TAK TENGOK PADA NOMBOR, MAMA TENGOK PADA PENINGKATAN.”
1. Saya selalu tekankan pada ibubapa anak murid saya, jangan tengok dan jangan banding pada nombor berapa anak kita dapat. Tengok pada peningkatan markah antara setiap ujian. UP1, UP2, PPT, UP3 dan PAT. Peningkatan tu penting. Mesti ada peningkatan markah walaupun sedikit. Puji peningkatan markah.
2. Ada beza tengok markah dengan tengok nombor dalam kelas. Ramai anak stres masuk kelas depan sebab mak pak sibuk nak nombor cantik. Sebab tu anak nak masuk kelas belakang. Baru boleh dapat nombor 1. Anak stress sebab nak cuba impress mak pak dengan nombor cantik. Kalau mak pak lihat dan pentingkan peningkatan markah, barulah anak tak stress duduk mana pun.. Naik 2% dari ujian lalu pun kena puji.. Barulah anak ada semangat.
3. Setiap kelas adalah berbeza. Setiap tahun dan tahap pun ada bezanya. Semua murid adalah berbeza. Kalau makpak sibuk nak tengok nombor, adik beradik pun boleh jadi gaduh. Manakan tidak, adik dapat nombor 1, abang dapat nombor 23. Padahal adik kelas belakang, abang kelas depan. Sangat tak adil tengok nombor. Lihatlah pada peningkatan. Puji abang sebab markah meningkat, puji adik sebab markah meningkat. Baru adil.
4. Tahap juga berbeza. Masa tahap 1, tahun 1,2,3, memang agak senang. Naik tahap 2, tahun 4,5,6 sudah banyak yang makin sukar. Anak kita ‘enjin’ dia berbeza. Ada yang cepat panas, dan ada yang lambat panas.. Yang kita nak tengok, yang kita nak puji sejauh mana dia boleh pergi. Tak kisah lah cepat atau lambat, yang penting sejauh mana dia pergi. Sebab tu kalau mak pak puji hanya sebab dapat nombor cantik, anak yang lambat akan rasa lagi down sebab susahlah mereka nak impress mak ayah dengan nombor. Tengoklah pada peningkatan setiap tahap. Itu lebih baik.
5. Nombor tak tunjukkan prestasi yang tepat untuk anak kita. Dapat nombor 23 masa PPT dengan peratus keseluruhan 90% lebih baik dari dapat nombor 1 masa PAT dengan peratus keseluruhan 70%. Kita nak anak kita semakin bagus, bukan semakin tak bagus.
6. Jangan banding dengan anak orang lain. Usaha anak kita berbeza-beza. Kalau kawan baik dia dapat result lebih dari anak kita, jangan ‘provoke’ anak kita. Jangan desak untuk suruh anak kita jadi macam anak orang lain. Ramai murid yang cikgu Nurul jumpa suka tengok, suka tanya markah kawan-kawan dia. Bila tahu markah kawan lebih tinggi, mulalah buat muka dan terserlah kedengkian yang tinggi. Inilah hasil dari expectation mak pak yang suka banding-bandingkan dengan anak orang lain. Anak begini tak ada keyakinan diri untuk berjaya. Anak begini usahanya hangat-hangat tahi ayam. Tengok orang study, dia pun mula sibuk nak ganggu. Tengok orang study, dia pun buat-buat study. Kalau orang tak study, dia pun ke laut. Semangat bukan dari dalam diri tapi terdorong dari usaha orang lain. Suka pula buat kawan-kawan dia leka. Kalau niat dah tak elok, balasannya pun nanti tak elok. Hati-hati!
Akhir kata, kalau anak dapat result tak berapa okay pada dia, tepuk bahu dia dan ucaplah tahniah sebab dia berjaya jawab semua kertas exam dengan jayanya.
Katakan pada anak, mama bangga anak mama ada peratus yang meningkat. Mama bangga ada peningkatan subjek ***, ***, *** dan ****. Lepas ni buat lagi baik, buat lagi bagus. Yang markah tak naik ni, kita kaji mana lemah kita dan kita usaha lagi lebih kuat akan datang..
Ulasan: Tahniah! Ada banyak peningkatan dalam beberapa subjek. Tahniah juga kerana bersemangat dan fokus di dalam kelas. Tahniah juga kerana jadi murid yang berakhlak.