Seberapa kecil, sederhana mahupun luasnya kediaman jika anda seorang penggemar dekorasi rumah yang berkonsepkan mewah serta elegan maka elemen metalik sangat sesuai buat anda. Pengaplikasian elemen dengan unsur metalik tidak terbatas hanya menggunakan elemen metalik sepenuhnya. Ia sebenarnya boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara.

IKLAN

Untuk mendapatkan hasil terbaik daripada pengaplikasian unsur metalik ialah dengan menerapkan elemen metal yang dipadankan dengan beberapa elemen daripada konsep interior rumah.

METALIK DIGABUNGKAN DENGAN PUTIH

Warna putih yang bersifat neutral sememangnya sesuai digabungkan dengan pelbagai elemen dan gaya. Salah satunya ialah dengan memadukan warna putih dan elemen metalik. Pengaplikasian metalik di antara warna putih yang dominan pada ruang membuatkan ruang tersebut tidak kelihatan terlalu kosong.

SEBAGAI TITIK FOKUS

Menjadikan elemen metalik sebagai titik fokus pada interior rumah akan menyerlahkan lagi elemen tersebut. Impak mewah yang ditonjolkan pada dekorasi ruang juga kelihatan lebih tegas sehingga mata akan banyak tertumpu kepada elemen tersebut. Pun begitu, dekorasi elemen metalik yang diaplikasikan ke ruang tersebut tidak harus terlalu berlebihan.

PERABOT ELEMEN METALIK

Pengaplikasian perabot yang menerapkan elemen metalik sangat membantu dekorasi interior rumah agar kelihatan lebih elegan serta mewah. Anda boleh menambahkan berbagai perabot hiasan dengan nuansa metalik agar kesan yang ditampilkan lebih tegas.

Agar ketajaman elemen metalik perabot tersebut semakin kelihatan tegas, perabot dengan konsep geometrik boleh dijadikan pilihan untuk menonjolkan kemewahan pada setiap sudutnya.

AKSEN SUDUT RUANG KECIL

Salah satu trik dekorasi pada ruang kecil ialah dengan menambahkan cermin untuk memberi ilusi ruang yang lebih lapang. Trik dekorasi tersebut boleh dipadukan dengan unsur dan elemen metalik agar tampak lebih menawan. Ini kerana unsur metalik menjadikan dekorasi ruang kelihatan lebih cerah, menawan serta mewah.