Awal pagi itu seperti yang direncana, kelibat personaliti popular pada era 90an ini sudah kelihatan di perkarangan Kompleks Karangkraf. Bertemankan tas tangan mewah Louis Vuitton di genggaman bersama padanan celana denim dan blaus bercorak polka dot biru muda serta selendang Arzu berona senada, Mas Anizan hadir dalam gaya yang cukup versatil.
Dari kejauhan terlihat susuk tubuh bekas penyanyi dan aktres ini persis seperti gadis perawan. Senyuman manis yang terukir tatkala menyambut salam penulis menampakkan sisi mesra pemilik nama sebenar Mas Anizan Mohd Shahid.
Sungguhpun sudah mencecah usia 40an kecantikan Mas Anizan masih terserlah. Kejelitaan dan kemulusan kulit beliau bukan hanya mencuri perhatian penulis malah turut diakui jurusolek, Tiar Zainal yang menata rias wajah Mas sepanjang sesi fotografi untuk penghias muka depan Nona November 2015 itu berlangsung. Terkesima mendengar pujian kami, Mas tidak henti-henti melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan ilahi kepada dirinya.
“Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan dan pinjaman yang telah diberikan. Semua wanita di luar sana pasti turut sama sukakan kepada kecantikan. Begitu juga saya. Tetapi tidaklah terlalu cerewet. Untuk menjaga kecantikan wajah, saya hanya mengamalkan pemakaian produk kulit yang asas seperti cleanser, toner, serum, moisturizer dan eye cream. Selain itu, tidur yang cukup juga adalah amat penting.
Ads
Bersama anak perempuannya, Mas Aliza
Kecantikan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan wajah sebaiknya penjagaan badan juga harus dijadikan keutamaan. Selepas melahirkan Ariana, saya sudah jarang mengunjungi spa kecantikan. Sebaliknya lebih selesa untuk memanjakan diri ala spa di rumah. Aktiviti bersenam pula lebih banyak dilakukan di gym rumah apabila ada masa terluang.”
Dirisik apakah petua tradisi yang diamalkan sehingga ke hari ini, selebriti bermata bundar ini lantas membuka bicara. “Dari segi amalan tradisional, saya mengamalkan minuman jus pegaga yang dibuat sendiri di rumah. Hanya cuci bersih daun tersebut dan kisarkan menjadi minuman. Tidak perlu tambah gula. Inilah minuman yang saya amalkan dari dahulu lagi selain turut mengambil multi vitamin sebagai suplemen tambahan.”
Ads
Ads
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, kehebatan Mas Anizan tidak hanya ketika berada di pentas lakonan. Sebaliknya beliau juga cukup berbakat dalam urusan memasak. Sungguhpun mempunyai pembantu rumah, namun seboleh-bolehnya Mas akan menyediakan hidangan untuk keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bahkan, memasak juga merupakan antara hobi yang akan dilakukan Mas sekiranya punya masa terluang.
“Sejak berkahwin, saya memang gemar memasak dan suka mencuba pelbagai jenis masakan yang berbeza setiap hari. Kalau ada masa senggang, saya akan baking bersama anak-anak. Masa itu, gamatlah satu dapur. Pernah satu ketika, sajian yang dibuat tidak seperti yang diinginkan. Mungkin kerana kami leka berbual hingga terlupa tentang masakan tersebut.
Selalunya, setiap minggu menjadi rutin kami anak-beranak untuk keluar bersama. Tidak kiralah sama ada pergi menonton wayang atau beriadah asalkan aktiviti kekeluargaan itu ada. Paling tidak pun, saya akan luangkan masa bersama adik-beradik dan kenalan rapat serta anak-anak,” cerita Mas yang mahir menyediakan masakan asam pedas dan bubur lambuk kesukaan suami tercinta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ariana Grande tampil menjawab kebimbangan peminat setelah fotonya yang kelihatan terlalu kurus tular di media sosial.
Kenyataan Ariana Grande itu adalah tindak balas terhadap beberapa komen yang kurang menyenangkan oleh netizen mengenai penampilannya di konsert Jeff Goldblum di London, England, baru-baru ini.
Pada masa itu, dia memakai kot bersaiz merah jambu yang menampakkan tulang belikatnya.
“Kenapa Ariana Grande kurus sangat?” tanya seorang netizen di Twitter.
Seorang lagi berkata, “Serius, dia sangat kurus. Saya risaukan dia.”
Penyanyi lagu ‘Thank U Next’ ini memberi penjelasan di akaun TikTok miliknya yang berdurasi tiga minit. Dalam video itu, Ariana meminta para peminat mengulas tentang penampilannya.
“Badan saya dulu adalah versi yang tidak sihat. Sebelum ini, saya melakukan diet yang tidak sihat. Saya sedih bila anda kata saya sihat sedangkan saya tidak sihat,” katanya.
Ariana Grande menasihati orang ramai supaya lebih empati dalam komen mereka kerana ianya boleh menyinggung perasaan orang lain.
Dia lebih menghargai orang yang tidak bercakap buruk tentang penampilannya.
“Cubalah berbuat baik kepada orang lain supaya semua pihak dapat menjaga satu sama lain.
“Kerana anda tidak pernah tahu apa yang dialami oleh orang itu,” kata bintang filem Wicked ini.
Semoga Ariana kekal cantik dan sihat seterusnya sukses dalam karier. Pentingnya menjaga kesihatan mental lebih-lebih lagi bagi seorang yang terkenal seperti Ariana.
Kata-kata negatif mahupun kecaman boleh mempengaruhi emosi seseorang. Diharapkan Ariana menjadi seorang yang lebih positif.
Kredit Foto: Instagram Ariana Grande
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelibat Atlet boling negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman beraksi di gelanggang boling memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Memenangi beberapa pingat teratas sehingga memegang gelaran Pemain Terbaik Malaysia. Walaupun sibuk dengan latihan dan tournament tetapi wanita yang berusia 30 tahun ini tidak pernah mengabaikan penjagaan kulit wajahnya. Patut lah kulit Siti Safiyah flawless dan tak jemu di pandang.
Jika dahulu jarang kita lihat atlet wanita yang tampil bersolek setiap kali muncul di gelanggang, tetapi kini ramai atlet wanita sudah pandai bergaya. Apabila diajukan pertanyaan tersebut, komen Siti Safiyah, “Setiap atlet mempunyai pandangan tersendiri.
Ada yang konfiden dengan wajah tanpa mekap atau yang dipanggil natural beauty. Tapi macam saya memang sejak remaja memang jenis yang suka jaga kulit. Saya dah biasa bersolek. Lagipun sukan boling ini indoor games jadi kurang berpeluh,” tutur Siti Safiyah.
Nyata Siti Safiyah tidak lokek berkongsi rahsia kulit wajah flawless. “Rahsia untuk memiliki kulit wajah yang sihat dan cantik adalah menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Namun, sebelum saya berjumpa dengan produk penjagaan kulit yang sesuai, banyak kali juga saya mencuba pelbagai jenis produk kecantikan kulit.
Bila dah jumpa yang sesuai, saya maintain menggunakan produk tersebut sehingga sekarang. Macam daily skincare dan mekap yang sama kerana takut kalau saya ubah, kulit saya merekah atau berminyak lebih. Kulit ini kita kena jaga sehingga ke hari tua.
Tip yang boleh saya kongsi lagi adalah jangan terus beli produk. Boleh cuba dengan sample atau guna tester dulu dalam pencarian cari produk yang sesuai dengan kulit. Bila dah benar-benar sesuai baru kita beli,” kongsi Siti Safiyah.
Bagaimana pula jika berada di luar negara? “Kalau saya ada tournament di luar negara seperti Eropah atau negara-negara sejuk yang lain, kadang-kadang kulit saya akan menjadi terlampau kering. Biasanya saya akan bawa body butter sebab body butter tahan lebih lama daripada pelembap biasa.
Even kalau penjagaan kulit muka pula saya akan guna yang jenis kulit kering walaupun saya mempunyai jenis kulit normal. Saya lebih suka berada di negara sejuk berbanding panas sebab cuacanya, mekap macam mana pun tak akan cair.
Apabila usia meningkat kena lebih usaha untuk menjaga kecantikan kulit. Tidak semua wanita beruntung miliki wajah yang cantik. Tetapi tidak bermakna tidak mempunyai wajah yang cantik, kita tidak boleh menjadi cantik. Dengan menjaga kecantikan kulit dan penampilan kita juga boleh tampil cantik,” kata Siti Safiyah yang release stress dengan memandu kereta sambil mendengar muzik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fenomena El Nino punca cuaca panas membahang, pastinya memburukkan keadaan kulit. Muka berminyak, berjerawat, kekeringan, kewujudan garis penuaan, sunburn dan sebagainya. Ah, bagaimana mahu pastikan wajah always look young? Ayuh semak 5 senarai produk di bawah.
Penting untuk kita mengambil berat perihal penjagaan kulit dalam keadaan cuaca begini supaya kecantikan terpelihara. Berikut tip yang boleh dipraktikkan untuk mengelakkan masalah kulit:
Usah kerap mencuci muka melebihi dua kali sehari. Apabila kulit terlalu kerap dibersihkan, ia akan hilang kelembapan dan menghasilkan minyak berlebihan agar kulit lembap semula. Ini sekaligus membuatkan kulit tambah berminyak!
Kurangkan bersolek. Bedak asas hanya akan membuatkan wajah lebih mudah berpeluh dan pori-pori tersumbat. Akibatnya kulit cenderung berjerawat! Gunakan pelembap yang bersifat ringan ketika musim panas.
Hindari paparan terik matahari. Selain meningkat risiko bahaya sinar UV, sinar matahari juga membuatkan peningkatan minyak dan peluh. Matahari berada pada waktu puncak dari jam 10 pagi hingga 3 petang. Tutup kepala anda, pakai kaca mata hitam dan sapu SPF!
PRODUK MUSIM PANAS TERBAIK
FENTY SKIN CHERRY DUB BODY SCRUB
Sental bersih kulit tubuh yang kasar dengan skrub terbaharu Fenty Skin Cherry Dub Triple Action AHA. Ia berupaya menyerlahkan tekstur kulit baru yang lebih lembut berseri dengan kuasa penyental ceri, AHA dan enzim buah-buahan.
DR DENNIS GROSS ALL-PHYSICAL ULTIMATE DEFENSE SPF50 PA++++
Terus dari meja pakar dermatologi, formulasi sunscreen baharu Dr Dennis Gross sesuai untuk segala aktiviti anda. Bertekstur ringan dengan kemasan melembap, sunscreen berprestasi tinggi untuk menangani sinar lembayung UVA/UVB ini turut melindungi kulit daripada kerosakan suria dengan berkesan.
FENTY BEAUTY SUMMATIME
Tampil dengan kemasan rona sunset yang menawan, koleksi Fenty Beauty Summatime dipersembahkan dalam pilihan eksklusif gincu Fenty Icon Semi-Matte Refillable Lipstick,Poutsicle Hydrating Lip Stain serta Match Stix Color-Adaptive yang universal untuk pipi dan bibir. Dengan formulasi ringan serta menyihatkan kulit, himpunan rona-rona berani pasti menjadikan musim panas lebih meriangkan!
CETAPHIL BRIGHT HEALTHY RADIANCE PERFECTING SERUM
Produk penjagaan kulit dermatologi No. 1 di Malaysia, Cetaphil melancarkan Perfecting Serum terbaharu dengan kebaikan 7x lebih berkuasa dalam rangkaian Bright Healty Radiance. Serum hebat dengan kesan terbukti seawal 14 hari ini diperkaya dengan teknologi GentleBright untuk mencerah dengan pantas dan selamat.
Bermekap cantik dari siang ke malam dengan palet mata paling dipercayai sempena musim panas ini, Cosmos Palette. Dengan 12 rona sempurna untuk dikenakan sepanjang hari, usah biarkan cuaca jadi halangan wajah polos tak berwarna!