Ads

Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan!

Tunku Puteri Intan Safinaz Rai Ulang Tahun Keputeraan Ke-60
Tunku Puteri Intan Safinaz Rai Ulang Tahun Keputeraan Ke-60

Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atas ulang tahun hari keputeraan ke-60 pada 22 Julai lalu. 

Genap meniti usia 60 tahun, Tunku Puteri Intan Safinaz dikurniakan rezeki kesihatan yang baik dan kasih sayang yang melimpah ruah daripada insan sekeliling. Menerusi perkongsian di media sosial, Tunku Temenggong Kedah ini memuat naik momen indah meraikan ulang tahun hari keputeraan. 

Hari Ulang Tahun Keputeraan Tunku Puteri Intan Safinaz

Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan! Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan! Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan! Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan!

Jelas terserlah wajah ceria kerabat diraja ini saat diraikan ahli keluarga dan sahabat handai dengan hiasan belon berwarna-warni. Meriah!  

Antara pemberian yang diterima termasuklah pulut kuning, jambangan bunga dan beberapa biji kek.  

Kongsi Tengku Puteri Intan, “I was blessed to celebrate my 60th birthday at home in Alor Setar, Kedah. The day was filled with balloons, cakes and flowers from family, friends and colleagues!  

I am truly grateful for all the well wishes. Ulang tahun saya yang ke-60. Syukur alhamdulillah. Truly blessed birthday. Thank you to everyone!” 

Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan! Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan!

Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan!

Ads

Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan!

Tunku Puteri Intan Safinaz diputerakan pada tanggal 22 Julai 1966. Beliau merupakan anakanda kepada Almarhum Sultan Abdul Halim dan Almarhum Sultanah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman. 

Menelusuri latar belakang personaliti diraja ini, Tunku Puteri Intan dibesarkan dalam keluarga diraja Kedah dan Negeri Sembilan. 

Difahamkan ayahanda dan ibunda beliau sangat mengutamakan pelajaran dan mahu puteri kesayangan mendapat pendidikan yang sempurna agar dapat memberi manfaat kepada rakyat. 

Hasilnya, Tunku Puteri Intan Safinaz berjaya menamatkan pengajian di universiti luar negara dan bergelar graduan University of Oxford dan Nottingham University. 

Ads

Tunku Temenggong Kedah ini juga ialah cucu kepada Yang di-Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman. 

Penglibatan Aktif Tunku Puteri Intan Safinaz

Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan! Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan! Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan!

Tunku Puteri Intan juga mendapat sokongan penuh daripada ayahanda dan ibunda terhadap isu melibatkan komuniti dan masyarakat seperti menyempurnakan majlis graduasi, lawatan ke sekolah atau aktiviti belia dan sukan. 

Penyertaan aktif Almarhum ayahanda dan ibunda terhadap aktiviti kemasyarakatan selama ini berjaya menonjolkan sisi kepimpinan terpuji dan contoh tauladan terbaik kepada Tunku Puteri Intan. Mewarisi sikap terpuji itu, beliau kini aktif memperkasa Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). 

Puteri Sultan Kedah ke-28 ini dilantik sebagai Pengerusi Kebangsaan BSMM sejak Julai 2018 menggantikan Tunku Shahriman Tunku Sulaiman, sekaligus mencatat sejarah sebagai wanita pertama menerajui BSMM. 

Ads

Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan! Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan! Tunku Puteri Intan Safinaz Sambut Hari Keputeraan Ke-60, Jiwa Penyayang Puteri Diraja Ini Raih Tumpuan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Fourth (@thefourth.media)

Pada tahun 2022, beliau juga menyertai organisasi kemanusiaan terbesar dunia iaitu Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) mewakili Asia Pasifik. 

Beliau turut menyandang tugas sebagai Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah. 

Selain itu, Tunku Puteri Intan cukup meminati seni dan mengamalkan gaya hidup aktif. Berdasarkan posting di media sosial miliknya, Tunku Puteri Intan menunjukkan bakat bermain dram dan beriadah dengan pelbagai jenis sukan.  

Semoga Allah lanjutkan usia Tunku Puteri Intan Safinaz dan terus menabur bakti untuk masyarakat terutamanya golongan yang memerlukan. 

Artikel https://www.nona.my/tengku-datuk-seri-zafrul-bangga-anak-raih-ijazah-kelas-pertama-di-university-of-warwick/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Stacy Terima Anugerah Gemilang Maju Jaya 2026

Terima Anugerah Gemilang Maju Jaya 2026, Stacy Syukur Perjalanan Karier Seni...

Tahniah Stacy atas kejayaan menerima Anugerah Gemilang Maju Jaya 2026 baru-baru ini. Pastinya pengiktirafan itu menjadi detik bermakna buat pelantun lagu Pelangi Senja tersebut. Sekaligus menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus melangkah lebih jauh dalam industri seni hiburan.