Tawaran hebat saringan untuk 4,000 wanita kurang mampu di Malaysia, Menteri Komunikasi rasmikan program mamogram percuma sekaligus jadi talian hayat!
Alangkah sedihnya apabila melihat nyawa muda yang masih jauh perjalanannya terkorban kerana penyakit kanser payudara. Iya, negara kita sedang menghadapi lonjakan kes kanser ini, tanpa mengenal siapa dan kenapa.
Tapi bayangkan kalau kita semua menyokong satu sama lain, berbicara, menghapus stigma, berjalan ke pusat saringan bersama. Kita bukan saja menyelamatkan nyawa, tetapi juga menyemai keberanian dalam masyarakat. Saringan awal adalah jambatan kepada masa depan di mana harapan mekar lebih awal dan rawatan berkesan lebih mudah dicapai.
Menyedari tidak semua wanita mendapat akses atau kemampuan untuk menjalani saringan awal kanser payudara, Etiqa dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bekerjasama menganjurkan Fasa 7 Program Mamogram Percuma Etiqa.
Seramai 4,000 wanita kurang berkemampuan berusia antara 40 hingga 65 tahun akan menerima saringan mamogram secara percuma di 17 hospital panel di seluruh negara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Life Insurance Berhad, Leong Su Yern kepada Berita Harian, “Buat pertama kali dalam program ini, peserta yang hadir untuk saringan akan menerima kit pemeriksaan sendiri payudara secara digital dan menjadi lebih proaktif dalam penjagaan kesihatan payudara mereka
Kanser payudara memberi kesan kepada orang ramai khususnya wanita dan melalui program ini, kami memperkasa wanita dengan ilmu, keyakinan dan peralatan untuk mengawal kesihatan mereka sendiri.
Ads
Bersama NCSM, kami membayangkan masa depan di mana kanser payudara dapat dikesan awal, dirawat dengan berkesan dan suatu hari nanti, tidak lagi menjadi ancaman kepada orang tersayang.”
Fasa 7 Program Mamogram Percuma Etiqa dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dilancarkan secara rasmi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil di Dataran Maybank pada Sabtu.
Lebih daripada 200 wanita kurang berkemampuan turut menyertai bengkel interaktif mengenai kesedaran kesihatan payudara dan teknik pemeriksaan sendiri secara praktikal.
Tambah Su Yern, kanser payudara kekal sebagai kanser paling kerap dihidapi oleh wanita di Malaysia, merangkumi 38.9 peratus daripada semua kes kanser baharu dalam kalangan wanita dari 2017 hingga 2021.
Ads
Menurutnya, peratusan itu meningkat berbanding 34.1 peratus daripada tempoh sebelumnya iaitu 2012 hingga 2016.
“Lebih membimbangkan, jumlah kes yang dikesan pada peringkat lewat (Tahap 3 dan 4) meningkat daripada 48 peratus kepada 50.5 peratus.
Jadi, program ini secara langsung menangani jurang dalam pengesanan awal, khususnya dalam kalangan komuniti yang kurang mendapat akses,” jelasnya.
Ads
Menurut beliau, sejak 2017, Etiqa telah menyalurkan sebanyak RM11.7 juta menerusi kerjasama dengan NCSM bagi membiayai saringan percuma untuk wanita kurang berkemampuan di seluruh negara.
Katanya, pada Fasa 5, usaha memperluas akses kepada penjagaan kesihatan untuk komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan direalisasikan melalui pengenalan ‘Etiqa National Mobile Screening Clinic’.
“Klinik bergerak ini menyediakan perkhidmatan saringan kanser termasuk kanser payudara, serviks dan prostat secara langsung kepada komuniti di kawasan luar bandar dan bandar di seluruh Malaysia.
Sehingga kini, lebih 50,000 rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada saringan bergerak ini, mencerminkan komitmen berterusan Etiqa untuk memastikan pengesanan awal dan penjagaan kesihatan berkualiti lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Presiden NCSM, Datuk Dr Saunthari Somasundaram, berkata pihaknya berbangga dapat meneruskan kerjasama penting ini bersama Etiqa menerusi Fasa 7 program yang berimpak tinggi.
Sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik, anak kesayangan Datuk Remy Ishak dan Datin Ezza Yusof genap melangkah umur dua tahun baru-baru ini. Makin menginjak usia, makin comel putera sulung pasangan ini yang diberi nama Tuah Alam. Terhibur tengok gelagat anak kecil ini.
Bersempena ulang tahun kelahiran kedua pada 22 Julai lepas, Datuk Remy dan isteri mengadakan majlis sambutan meriah dan besar-besaran buat Tuah. Selain acara potong kek dengan dekorasi bertemakan ‘Monster Jam’, terdapat juga ruang candle wall, aneka makanan dan sajian dessert.
Paling istimewa, pool party. Mega macam pesta!
Datuk Remy Ishak & Datin Ezza Yusof Rai Birthday Anak
Pada sambutan tersebut, Datuk Remy dan Datin Ezza sedondon mengenakan persalinan rona merah di samping anak tersayang. Jelas terpancar wajah teruja Tuah saat diraikan tetamu yang hadir.
Sebagai ibu, pastinya Datin Ezza menzahirkan rasa syukur melihat permata hati kian membesar sihat.
“Bonda Ayah loves you to the stars and beyond! Happy 2nd birthday, anakandaku Tuah Alam! Two years of joy, laughter and endless love. Here’s to many more adventures together!
Semoga jadi anak yang soleh, penyenang hati dan membanggakan orang tua. Dikelilingi kasih sayang dan keberkatan selalu.
Thank you so much to everyone who came to the party! Alhamdulillah rezeki Tuah dapat banyak presents.”
Rezeki Tuah Alam, Anak Datuk Remy Ishak
Bertuah anak kecil ini mempunyai ibu ayah yang berkemampuan dan sambut ulang tahun hari kelahiran dengan meriah.
Datin Ezza atau nama penuhnya Roszaliza Yusof mempunyai empayar perniagaan sendiri sebelum berkahwin dengan Datuk Remy Ishak.
Dia yang memiliki kelulusan bidang grafik dan multimedia serta pernah bekerja sebagai pereka grafik sebelum membina jenama 2morrow.
Minat mendalam Ezza terhadap pembuatan kasut mula bercambah sejak tahun 2012. Dia yang juga pengasas dan pengarah kreatif 2morrow berusaha keras mengembangkan legasi.
Sehingga kini, 2morrow sudah bertapak dalam industri fesyen kasut selama lebih sedekad.
Datin Ezza sah menjadi isteri Datuk Remy Ishak pada 21 Ogos 2021 selepas kira-kira sembilan tahun mengenali hati budi masing-masing.
Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Rustam pada 25 Ogos 2024.
Comelnya baju untuk bayi lelaki ini. Sesuai untuk kegunaan harian. Beli sini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Women in Nuclear (WiN Malaysia) sekali lagi menganjurkan 5th Women in Nuclear Conference 2021 yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. Acara tahunan ini anjuran bersama Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) yang diadakan pada 23-24 Mac 2021. Ia dijalankan secara maya bagi menyokong langkah kerajaan dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.
Tema penganjuran kali ini ialah “Nuclear Technology: Providing Solutions for Challenges in Future Development” bersesuaian dengan cabaran masa ini terhadap penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia dari segi keselamatan dan kesihatan, ekonomi serta pembangunan masa depan negara.
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Dr Siti A’aisah Hashim.
Penganjuran persidangan ini adalah untuk menyebar maklumat berkaitan perkembangan terkini dalam bidang teknologi nuklear, penemuan penyelidikan, berkongsi idea serta sebagai platform untuk menjalin perhubungan serta interaksi antara penyelidik, ahli akademik, industri, pelajar dan orang ramai di Malaysia.
Persidangan ini melibatkan 23 pembentangan kertas kerja yang merangkumi 2 kertas kerja ucaptama dan 5 kertas kerja jemputan ucaptema dari pakar dan profesional berpengalaman. Selain itu, terdapat 16 pembentangan oral dan 7 kertas kerja berbentuk poster dari para penyelidik dan ahli akademik dalam pelbagai bidang yang meliputi perlindungan sinaran, keselamatan dan sekuriti nuklear, aplikasi Sains Nuklear, peranan wanita dalam mempromosikan teknologi nuklear dan sains, kajian berkaitan COVID-19 dan sinaran tidak mengion.
Merujuk kepada tema dan tajuk kertas kerja yang dibentangkan, ia menunjukkan aplikasi teknologi nuklear amat bermanfaat dan digunakan dalam pelbagai bidang seperti industri, pertanian, perubatan, alam sekitar, pendidikan dan tenaga hijau. WiN Malaysia selaku penganjur utama adalah organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dari pertubuhan induk WiN Global yang meliputi 101 cawangan seluruh dunia dianggotai oleh wanita profesional dalam bidang teknologi nuklear.
WiN Malaysia ditubuhkan pada tahun 2014 dengan misi untuk menyokong penglibatan wanita dalam dalam bidang Nuklear dan berperanan untuk berkongsi maklumat dan faedah teknologi nuklear dalam kehidupan seharian. Bersesuaian dengan Malaysia yang sedang bergerak ke arah negara perindustrian, bidang sains dan teknologi adalah sangat penting bagi masa depan ekonomi negara.
Justeru, peranan wanita dalam bidang sains dan teknologi seharusnya diberi pengiktirafan. Secara tidak langsung, penganjuran persidangan WiN Malaysia adalah meraikan sumbangan wanita dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI menerusi ucapannya berkata, Malaysia telah lama mengiktiraf faedah penggunaan teknologi nuklear secara aman.
Melalui keanggotaan dengan International Atomic Energy Agency (IAEA), Malaysia mendapat manfaat dari program latihan dan projek penyelidikan. Malah, kini kursus berkaitan Teknologi Nuklear juga ditawarkan oleh beberapa universiti tempatan. Beliau berbangga dengan penganjuran persidangan WiN Malaysia kali ini kerana berkongsi bulan yang sama dengan Sambutan Hari Wanita Sedunia sekaligus dapat menonjolkan peranan dan kewibawaan wanita dalam STI khususnya di Malaysia.
Sumber: WOMEN IN NUCLEAR (WiN MALAYSIA)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dengar alunan muziknya saja sudah cukup buat semua anggota badan ikut bergoyang sama. Patutlah ramai yang tengah demam ‘Panama Dance’ sekarang. Pantang saja dengar rentak lagu ini, terus mahu menari. Tapi bukan buat tarian mengghairahkan ya, kebanyakan mereka yang suka dengan muzik Panama nyanyian Matteo ini menjadikan runut bunyi berkenaan sebagai hiburan untuk rutin senaman. Khususnya Zumba.
Sebenarnya lagu Panama ini sudah lama dilancarkan iaitu hampir lima tahun yang lalu. Peliknya, baru sekarang popular bukan saja di Malaysia malah di luar negara pun tak kurang hebatnya. Disebabkan fenomena ini, klip video muzik Panama juga mencecah lebih 64 juta tontonan. Sebagai rujukan bersama, Panama merupakan sebuah negara di Amerika Tengah yang kaya dengan pemandangan pantai indah serta kepelbagaian hidupan liarnya.
Mengikut trend semasa, penangan Panama Dance turut berjangkit dalam kalangan artis. Antaranya, Fasha Sandha, Sari Yanti, Wani Hasrita, Achey Bocey, Emma Maembong dan Mawar Rashid. Tidak ketinggalan, ia juga menjadi antara rutin senaman dan santai buat beberapa kakitangan syarikat awam dan swasta termasuk dalam industri perhotelan, perubatan dan sebagainya.
Panama Dance Challenge by Hotel De Art Team! #chillart #hoteldeart #hoteldeartsection7 #hoteldeartsection19 #hoteldearticity #panamadance #panamadancechallenge
Ayuh lakukan aktiviti fizikal semudah ‘Panama Dance’..Luangkan masa anda.. ? ..Video : Bahagian Pendidikan Kesihatan, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA#PejabatKesihatanKawasanLahadDatu#SihatMilikKu#MyHealthKKM
Jadi, buat mereka yang ingin bersenam sambil berhibur secara sederhana bersama teman-teman bolehlah praktik dan belajar step lagu ini sekarang. Yang penting, tubuh badan sihat dan tidak keterlaluan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.