MasyaAllah, ramai yang memuji penampilan sopan dan menutup aurat Bunga Citra Lestari yang mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. Sejuk mata memandang gaya Muslimah penyanyi popular Indonesia tersebut sepanjang berada di Tanah Suci.
Tak dinafikan, Bunga kelihatan lebih ayu dan mempersona dalam persalinan seumpama itu.
Rata-rata peminat setia Bunga Citra Lestari di Indonesia mahupun Malaysia memberi reaksi teruja dan gembira apabila pelantun lagu Cinta Sejati ini berkongsi momen bahagianya di Mekah bersama keluarga.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar figura berusia 40 tahun ini kekal istiqamah dan berubah menjadi insan lebih baik.
Sehingga kini, perkongsian berkenaan meraih hampir sejuta ‘likes’!
Anggun dalam persalinan putih bersih, dedah Bunga, “Alhamdulillah. Umrah di malam terakhir di tahun 2023. Thank you 2023, it’s been amazing. Happy New Year.”
Pemergian Bunga ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah ditemani suami tercinta, Tiko Aryawardhana. Turut kelihatan di samping mereka ialah anak lelaki dan ibu Bunga iaitu Noah Sinclair dan Emmy Syarif.
Terpancar wajah bahagia dan ceria Bunga dan keluarga tersayang sepanjang berada di sana. Apatah lagi dengan penampilan Bunga Citra Lestari yang meraih tumpuan.
Ads
Pastinya ibu seorang cahaya mata ini mahu menyambut permulaan tahun baharu 2024 dengan sebaik mungkin dan berusaha menjadi insan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Bunga Citra Lestari kembali bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana pada 2 Disember lalu. Terdahulu, dia mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 namun meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 13 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesungguhnya semua ini adalah ketentuan-Nya. Dan kita semua amat berdukacita atas apa yang berlaku. Namun sebagai orang beriman kita harus sabar dan berikhtiar mencegah penyakit untuk kebaikan semua.
Cubalah untuk patuh dengan segala nasihat dan arahan yang telah dilaksanakan. Kasihan insan lain yang berkorban demi kita. Terpaksa bekerja dan tinggalkan keluarga demi amanah merawat pesakit di hospital.
Mereka ada tanggungjawab yang besar, ia bukan soal gaji atau imbuhan. Tapi ia soal sumpah ahli badan perubatan yang mereka pernah ikrarkan.
Mereka patuh untuk menjaga kesihatan kita semua. Bantu mereka dengan:
Ya Allah, peliharalah kami semua dan semua yang bertungkus lumus membantu agar ummat Nabi Muhammad ini masih kekal bernyawa.
Jaga diri dan ahli keluarga baik-baik. Kiffy Razak #staysafe #stayhome
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman berubah, namun keindahan warisan baju raya tetap terpelihara biar dilanda evolusi. Seperti perjalanan hidup adik-beradik selebriti, Fasha Sandha dan Elisya Sandha. Tetap utuh dan harmoni, pemilihan adik-beradik ini sebagai wajah LARNEY untuk kempen 2024 cetus idea segar.
Meniti usia 40 tahun, Fasha Sandha pernah melalui pelbagai pengalaman hidup yang mendewasakan. Isteri kepada aktor Aidil Aziz itu cukup dikenali sebagai Ratu Drama Melayu, malah kejelitaannya sehingga kini masih dipuji.
Sementara itu, Elisya Sandha yang kini 24 tahun merupakan isteri kepada Uzair Haqimy dan menantu kepada aktres Sheila Rusly. Kehidupan si cantik ini boleh dikatakan sempurna, dikurniakan suami penyayang dan kehadiran cahaya mata, Bunga Elhaq, menyerikan mahligai perkahwinan.
Gandingan kedua-dua jelitawan ini menyempurnakan koleksi Regal Raya 2024. LARNEY menterjemahkan koleksi yang eksklusif bagi menggambarkan keindahan baju raya tradisional dalam elemen moden dan mewah melalui penampilan khas Fasha Sandha serta Elisya Sandha.
Siluet mengalir dan butiran yang rumit berpadu dalam kealunan gaya, sempurna untuk meninggalkan kenangan yang berkekalan semasa sambutan Raya. Bayangkan sentuhan lembut sutera dan tekstur kaya broked, semua dihidupkan dalam palet warna yang
memikat. Kecantikannya melampaui trend sementara, tiap satunya direka untuk menjadi warisan yang dihargai, diturunkan dari generasi ke generasi.
Pengarah Kreatif & Pengarah Eksekutif berwawasan LARNEY, Zuhurah Zaibidi, menterjemahkan impian-impiannya ke dalam fabrik-fabrik halus, mencipta siluet yang eksklusif. Setiap reka bentuk adalah surat cinta kepada masa kini, janji yang melampaui ke masa depan.
Koleksi ini menghamparkan empat kategori menawan:
Semua pakaian Regal Raya 2024 LARNEY boleh didapati di sini (klik) atau kunjungi butik di Bangsar Shopping Centre, IOI City Mall, Setia City Mall, Parkson Elite Pavilion KL, Isetan KLCC, dan Dataran Palma untuk pengalaman membeli-belah yang lebih peribadi.
Sejak dianjurkan bermula tahun 1990/1991, industri seni tanah air selama 31 tahun ini telah diwarnai dengan kehadiran finalis Hero Remaja daripada generasi berbeza. Legasi yang dipegang oleh pencarian ini justeru diteruskan menerusi Hero Remaja 2021.
Pencarian Hero Remaja anjuran Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Ria kembali untuk edisi kesebelasnya pada tahun ini dengan misi mencungkil pelapis bakat baharu industri seni di samping menjadi suara baharu kelompok remaja di Malaysia.
Bukan hanya pakej paras rupa dan fizikal positif yang dicari, ia juga kekal menjadi platform nombor satu bagi mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti berkaliber ke peringkat seterusnya.
LAHIRKAN ANAK SENI
Jika masih ingat nama-nama besar yang telah dilahirkan daripada pencarian Hero Remaja rata-rata telah mengharumkan jenama ini di dunia luar.
Antaranya termasuklah juara sulungnya, Esma Daniel (Hero Remaja 1990/1991) yang kekal relevan sebagai pelakon dihormati, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (Hero Remaja 2001/2002) yang kini menaungi Persatuan Seniman Malaysia, Kamal Adli (Hero Remaja 2007/2008) dan Fattah Amin (Hero Remaja 2011/2012) yang pernah mengungguli gelaran bintang paling popular di Malaysia tidak lama dahulu.
Tidak ketinggalan, naib juara bagi edisi terdahulu serta barisan finalis lain juga telah berjaya mengukuhkan nama dalam industri seni dan bidang karier lain.
Ini termasuklah Ar. Azhar Sulaiman, Norman Hakim, Wan Shahlim, Zawen Anuar, Fizo Omar, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Ben Amir, Ben Ali sehinggalah ke hero generasi baharu seperti Alif Muhaimin, Farhan Asri, Harris Annuar, Ikmal Amry, Nabil Aqil, Safwan Nazri, Adam Yusuf, Nadhir Nasar, Umar Hisham, Meerqeen, Jabir Meftah, Hazeeq Deen, Aniq Suhair, Imran Aqil, Hariz Hamdan dan ramai lagi.
CABARAN PANDEMIK
Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro yang mewakili saluran Astro Ria selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi program Hero Remaja 2021…
“Selepas hampir dua tahun mendepani krisis COVID-19, umum pastinya jelas mengenai kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seluruh sektor termasuklah industri penyiaran akibat penularan wabak tersebut.
Melihat daripada sudut yang positif, kedatangan pandemik mendorong kami melipatgandakan usaha keras secara lebih kreatif, inovatif dan proaktif agar misi penting yang lebih mustahak iaitu membawakan kandungan hiburan berkualiti kepada audiens secara berterusan dapat dijayakan.
Syabas saya ucapkan kepada seluruh tenaga kerja terutamanya pasukan produksi kerana berjaya merealisasikan penganjuran edisi kesebelas dengan begitu baik sekali. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua finalis yang bertanding. Semoga pencarian edisi kali ini mampu meneruskan legasi penganjuran tahun-tahun sebelum ini.”
Mengulas lanjut mengenai penganjuran Hero Remaja 2021, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Majalah Remaja berkata…
“Hero Remaja merupakan sebuah jenama yang banyak melahirkan individu-individu berbakat dan terkenal tanah air sejak tahun 1990 lagi. Tidak kiralah jika sekarang mereka bergelar seorang pelakon, penyanyi, model, hos, DJ radio ataupun usahawan, pertandingan ini dilihat sebagai satu titik mula dalam merealisasikan impian mereka untuk melangkah lebih maju di dalam kehidupan terutamanya di dalam bidang seni menerusi populariti yang mereka kecapi.”
MENDEBARKAN
12 finalis Pencarian Hero Remaja 2021 ialah AFIQ HAMIDON (20, Selangor), ALIF HAIQAL (21, Kuala Lumpur), AMIR AHNAF (21, Terengganu), ARYAN NAIM (24, Negeri Sembilan), AQIL TAQEE (22, Kuala Lumpur), FARHAN NORDIN (23, Johor), FAZZIQ MUQRIS (21, Selangor), IDEEN AZMAN (21, Melaka), MIERUL AIMAN (23, Putrajaya), SYAZANI ZAINAL (19, Selangor), ZAID ERAKAD (23, Selangor) dan ZAIM YAZID (22, Selangor).
Program pencarian Hero Remaja 2021 akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 11 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.
Program Hero Remaja 2021 menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos yang akan menceriakan hujung minggu anda.
Selain itu, juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Alyahya juga akan kembali ke kerusi Juri Tetap. Sebelum ini, beliau pernah menggalas tanggungjawab itu semasa program pencarian Hero Remaja 2020. Kali ini, Scha akan bergandingan dengan pelakon, pengacara, penerbit, pengarah dan usahawan terkenal, Dato’ Rosyam Nor.
Untuk pengetahuan, bukan hanya gelaran juara Hero Remaja 2021 yang akan menjadi rebutan. Malah, dua lagi kategori berasingan iaitu Hero Inspirasi dan Hero Favourite juga boleh dibawa pulang oleh mana-mana finalis semasa acara final.
Pencarian Hero Remaja turut meraikan kehadiran penaja, NIVEA Men yang akan mempersiapkan para finalis dan mewarnai lagi intipati program sepanjang musim ini. Bagi mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021, kunjungi laman web www.remaja.my/hero, Facebook [majalahremaja] dan Instagram [majalahremaja].
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Muabellaz menerima Anugerah Tokoh Belia dalam Program Dari Akar Umbi Ke Jaguh Dunia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan kosmetik dan ikon belia yang berjaya membina empayar perniagaan dari Kedah.