Avokado sering dikaitkan dengan khasiat untuk mencantikkan kulit. Lantaran fungsinya yang meluas dalam industri kosmetik, ramai yang tidak mengetahui bahawa buah berbentuk bujur telur atau pir ini juga sebenarnya kaya dengan vitamin A. Ia sering dikisar untuk dijadikan jus berkhasiat. Tahukah anda,bagi individu yang sukar menaikkan berat badan, pengambilan avokado mampu membantu mengembalikan berat yang ideal?

IKLAN

Pokok avokado tumbuh subur di kawasan bercuaca panas dan lembap. Turut dikenali sebagai Persea americana miller dari keluarga Lauraceae, tumbuhan yang berasal dari kawasan Amerika Tengah ini sudah mula ditanam secara meluas di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Jika dilihat, kulit avokado bertekstur licin atau kasar, manakala isinya berwarna kuning kehijauan dengan biji yang keras ditengahnya.

Sebiji avokado membekalkan khasiat protein, zat besi, kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, sodium dan potassium. Ia juga mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya adalah lemak (minyak monotepu). Ini menjadikan zat avokado sangat ideal untuk menambah berat badan, khususnya di kalangan kanak-kanak yang kurus dan dewasa.

Sejak Amal Sebiji AVOKADO Sehari, Yang Sukar Naik Berat Badan Pun Tersenyum Gembira Sekarang!

IKLAN

KHASIAT

IKLAN

Buah avokado berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian sendi seperti leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki. Amalan memakannya setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, iaitu sejenis kolesterol baik untuk menghindarkan seseorang itu daripada serangan sakit jantung. Malah minyak monotepu avokado mempunyai kesan antikolesterol.

Ia juga merupakan salah satu dari buah-buahan yang paling disyorkan untuk ahli bina badan dan ubatan untuk merawat penyakit jantung yang disebabkan kolesterol. Malah tahukah anda bahawa ekstrak avokado juga baik untuk mencegah kanser payudara dan kanser prostat? Sebuah kajian menunjukkan toksin yang ditemui dalam avokado berupaya membunuh sel kanser. Namun begitu, kesahihannya masih lagi dikaji secara saintifik.

  • Avokado turut mengandungi asid oleic, lemak monotepu untuk merendahkan kolesterol.
  • Sumber pembekal potassium iaitu mineral penting untuk keseimbangan tekanan darah. Pengambilan yang mencukupi membantu mengelakkan masalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau strok.
  • Secawan avokado mempunyai sekurang-kurangnya 23% kandungan folat untuk kesihatan jantung, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
  • Berbanding bayam atau lobak, makan hirisan avokado sehari meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap karotenoid.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI