Adik beradik ‘The Melvin’ ini sememagnya terkenal dengan gelagat lucu, bersahaja dan happy go lucky. Maka, tak hairanlah gelagat mereka sering mencuri perhatian dan membuatkan ramai yang tak kering gusi.
Sedia maklum, Syatilla mempunyai lima orang adik beradik di mana kesemuanya adalah perempuan.
Empat adik beradiknya ialah Datin Seri Syafiqa Melvin, Syifa Melvin, Syida Melvin dan Melveena Melvin.
Kini, masing-masing punya kehidupan selesa termasuk bisnes Kekasih by The Melvins yang dilakukan bersama-sama.
Ads
Untuk info, bapa mereka berketurunan Jepun manakala ibu berketurunan Melayu. Patutlah anak-anak cantik semuanya!
Meninjau entri terbaharu Syatilla di Instagramnya, dia memuat naik gambar bersama keluarga dan adik beradiknya ketika raya. Masing-masing ayu berbaju kurung dengan sentuhan rona hijau.
Paling menarik perhatian ialah kapsyen Syatilla yang ringkas dan membuatkan ramai yang terhibur.
“1lorong 1karung”
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyifatkan kapsyen tersebut cukup menghiburkan.
Kenali adik beradik Syatilla:-
Kakak sulung kepada Syatilla iaitu Datin Seri Syafiqa Melvin atau nama penuhnya Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33, merupakan juara rancangan realiti Gadis Melayu musim kedua.
Kredit Foto: IG Datin Seri Syafiqa Melvin
Darin Seri Syafiqa berkahwin dengan ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada Julai 2012. Namun, suaminya meninggal dunia pada Ogos 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia 10 dan 7 tahun.
Syatilla Melvin, 32, atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin merupakan pelakon, model dan usahawan.
Ads
Kredit Foto: IG Syatilla Melvin.
Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini merupakan finalis Dewi Remaja 2009/2010 seangkatan dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna. Syatilla dan Shaheizy Sam dikurniakan tiga orang anak.
Manakala Syifa Melvin atau Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29, merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan.
Kredit Foto: IG Syifa Melvin.
Kariernya bermula sebagai seorang instafamous solekan. Pada 28 November 2022, Syifa sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid.
Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin atau Syida Melvin, 26, pula merupakan seorang pelakon dan model.
Kredit Foto: IG Syida Melvin.
Syifa kini merupakan ibu kepada dua orang anak dan isteri kepada usahawan, Mohamad Syafiq Azim Datuk Seri Shaheen. Suaminya merupakan anak kepada usahawan tersohor yang juga Iron Lady Malaysia, Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid.
Melveena Melvin pula merupakan anak bongsu dalam keluarga dan paling jarang muncul bersama kakak-kakaknya di media sosial.
Kredit Foto: IG Melveena MelvinKredit Foto: IG Melveena Melvin
Dalam adik beradik, Melveena satu-satunya yang kelihatan seperti Chinese look dan berkulit paling cerah.
Keluarga ceria dan bahagia!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, kebanyakan wanita sudah mula prihatin soal penjagaan wajah dan sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan rawatan wajah yang terbaik. Malah kehadiran klinik estetik juga hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang bertambah dari sehari ke sehari.
Klinik estetik MyClinic mengembangkan sayap dengan pembukaan cawangan ke-10 di Shah Alam baru-baru ini. Menurut Pengarah Perubatan MyClinic, Dr. Choo Kher Wooi, kewujudan klinik estetik ini memberi ruang dan peluang setiap pelanggan mendapat khidmat nasihat bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, disesuaikan dengan bajet yang ada.
Meskipun terdapat pelbagai pilihan klinik estetik, namun sebagai pelanggan mereka perlu bijak memilih klinik yang bertauliah agar tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari. Menempatkan barisan pakar bertauliah yang mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Klinik estetik berlesen perlu mempunyai doktor yang mempunyai Credentialing and Privileging (LCP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu barulah klinik tersebut akan mendapat kelayakan untuk membuka klinik estetik. Doktor kami mempunyai kepakaran dan profesional dalam mengendalikan masalah kulit dengan selamat.
Mungkin ramai beranggapan rawatan yang ditawarkan di klinik estetik tidak jauh fungsinya dari rawatan di salun, namun tanggapan tersebut sememangnya amat menyimpang apatah lagi rawatan di klinik estetik mempunyai paten dan kajian yang dijalankan sebelum ia diperkenalkan kepada para pelanggan. Ia amat penting untuk mengelakkan masalah-masalah seperti komplikasi kulit, alergik atau pengelupasan kulit secara berlebihan.
“Rawatan paling popular ialah hydra facial di mana ia sesuai dengan semua jenis kulit. Rawatan kulit menjadi antara keperluan masyarakat kita kerana faktor media sosial. Semua mahu kelihatan cantik dan yakin apabila berjumpa orang. Nak muat naik gambar di media sosial juga perlukan usaha untuk nampak cantik.
Tambah Dr Choo lagi, masalah kulit paling lazim yang dihadapi rakyat Malaysia ialah tona kulit tidak sekata dan kulit kusam. Jelasnya, penggunaan produk penjagaan kulit adakan rejim paling penting dalam memastikan kulit sihat dan bersih.
“Masalah kulit paling lazim yang dihadapi ialah tona kulit tidak sekata dan kulit kusam disebabkan cuaca panas. Saya sarankan setiap orang lakukan rawatan muka seperti facial sekali dalam sebulan. Ia bukan lagi satu gaya hidup, sebaliknya satu keperluan. Kulit mati, bintik putih dan bintik hitam, pigmentasi antara sebab utama kenapa kita perlu lakukan rawatan muka.
“Sejak kebelakangan ini, golongan wanita sering memuji kulit bak selebriti Korea atau Korean glass skin. Tidak salah untuk bercita-cita memiliki kulit yang cantik bak selebriti. Namun, yang paling penting ialah perlu gunakan skincare yang bersesuaian.
Jangan culas bersihkan muka sebelum tidur. Penting untuk bersihkan solekan dan cuci muka dengan double cleanser, kemudian toner, serum, pelembab dan akhir sekali, wajib gunakan pelindung matahari, kena top up empat jam sekali,” ulasnya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang layak Erra Fazira diangkat sebagai ratu. Mana tidaknya, usia mencecah 50 tahun pun masih kelihatan cantik jelita! 9 Februari lalu merupakan ulang tahun kelahiran ratu cantik Miss World Malaysia 1992 ini.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek antara selebriti wanita tanah air yang menjadi pujaan ramai kerana keperibadian yang dimiliki. Malah Erra juga sentiasa ramah melayan peminat dan tak lokek senyuman.
Barangkali kerana sikap positif dan ceria Erra itulah yang membuatkan dia sentiasa nampak awet muda dan menawan pada pandangan khalayak.
Bersempena hari lahir ke-50 baru-baru ini, primadona tersebut diraikan penuh meriah kenalan rapat dan peminat. Meskipun berstatus selebriti, Erra tetap tampil ringkas dengan berkemeja biru dan tudung rona senada.
Turut kelihatan meraikan ulang tahun kelahiran Erra ialah puteri kesayangan, Engku Aleesya.
Ujar Erra, “MasyaAllah TabarakAllah wahai kalian yang dekat dalam hidup ini. Clips ini sangat menyentuh hati. Saya bersyukur dihadirkan insan-insan yang sangat prihatin dan penyayang seperti kalian.
Mungkin saya tidak sekuat ini andai mereka tidak bersama. Terima kasih sahabat, terima kasih keluarga Bersama Erra dan teman-teman semua. Saya tahu tidak semua ada dalam clips ini tapi saya tahu mereka selalu dihati.
Saya menyayangi kalian kerana Allah Taala. Moga silaturahim terus berkekalan hingga ke jannah. Aamiin.
Terima kasih di atas ingatan, doa-doa yang dititip dan ada juga yang mengirim hadiah-hadiah buat saya. MasyaAllah terima kasih tak terhingga!! Moga Allah membalas kebaikan kalian dengan Rahmat dan LindunganNya. Love You All!”
Mengimbas temu bual Nona bersama Erra Fazira ketika dia menjadi penghias Nona Oktober 2018, dia yang merupakan wanita berdikari dan berstatus ibu tunggal tak mahu menjadikan ia halangan mengejar impian.
“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah.
Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.
Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance dunia akhirat.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mata tak berkelip melihat tontonan video yang dilakukannya. Kepetahannya bercakap dalam loghat utara menambah keseronokan netizen untuk menonton video tutorial mekap yang dilakukannya.
Lagaknya seperti seorang selebriti. Jangan terkejut dia mempunyai pengikut di laman sosial melebihi 2 juta. Nur Nabila Zulyadaini, dahulunya hanyalah seorang suri rumah dan dari keluarga susah sebelum menjadi viral dek kerana video tutorial mekap mendapat tontonan di luar jangkaan.
Pernah Titiskan Air Mata Menahan Kecaman Netizen!
Malah anak jati Tanjung Dawai ini mengakui pernah menitiskan air mata semata-mata kerana mendapat kecaman pelbagai netizen. Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam bidang yang diminatinya ini.
Menurut wanita kacukan Turki-Melayu ini berkata dalam Sinar Harian online, suaminya Anuar Ahmad, tidak pernah putus memberi semangat untuk meneruskan minat dalam bidang yang dipupuk sejak empat tahun lalu.
Bukan senang untuknya berjaya seperti hari ini. Dia yang hanya suri rumah sahaja sebelum ini mengakui dirinya pernah sedih sampai menangis kerana kecaman netizen hingga tidak berselera untuk makan. Lebih-lebih apabila dirinya difitnah solek tak cantik macam najis dan juga dikutuk disebabkan keadaan fizikal.
Namun Tuhan itu lebih mengetahui. Setelah disiasat rupanya fitnah itu datangnya dari individu yang sama bidang dengannya. Dia merasa terancam dengan kehadiran dia dalam industri solekan hingga sanggup melemparkan fitnah berkenaan.
Bella yang cukup terkenal di utara ini memberitahu minat terhadap bidan solekan muncul sejak mengandung anak pertama, Iris Alisya, 5 tahun. Tidak mahu terus berada di tahap sama, Bella turut merancang mengeluarkan jenama kecantikan sendiri 10 tahun lagi.
Mula Sekadar ‘Suka-Suka’ Akhirnya Jadi Kerjaya
Dia yang belajar mekap di laman youtube sekadar suka-suka untuk menghilangkan rasa bosan di rumah. Maklumlah keluarganya orang susah dan tiada peluang belajar kelas solekan kerana kosnya yang mahal. Tetapi Bella memang meminati seni dan lukisan. Jadi dia tidak kisah untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.
Kini, Bella menjadikan bidang solekan sebagai sumber pendapatan utama apabila menubuhkan studio di Alor Setar, Kedah.Pada masa sama, wanita berusia 26 tahun ini turut dijemput mengendalikan bengkel solekan wajah di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.
Ibu kepada dua cahaya mata ini membuat tutorial mekap sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Dia mengakui mendapat kepuasan peribadi apabila ada pengikutnya memperoleh pendapatan sendiri dengan belajar teknik solekan selepas menonton video tutorial berkenaan.
Mengakui tiada asas dalam penggunaan alat kosmetik, namun ternyata jemarinya mempunyai sentuhan magis yang memukau. Bella juga lebih senang menggunakan produk kosmetik keluaran usahawan tempatan yang secara langsung membantu membangunkan ekonomi peniaga terbabit.
Bukan sahaja Bella yang pandai membuat tutorial, tetapi anaknya Iris Alisya yang berusia empat tahun juga mempunyai minat sama. Malah tutorial yang dimuat turun di facebook miliknya pernah mencecah 8,000 jumlah tontonan walaupun disiarkan waktu pagi.
Memang hebat sekali penangan mekap artis dari utara ini. Walaupun mencari rezeki bukan di kota besar seperti Kuala Lumpur, tetapi Bella tetap popular umpama selebriti. Setiap kali video dimuat turun personaliti media sosial itu berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran langsung.
Admin juga suka dan leka sekali menonton tutorial berkenaan. Nampak macam mudah solekan yang dihasilkan dan impaknya memang mengagumkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!