Begitu pentingnya doa dan restu seorang ibu buat seorang anak. Itulah kunci serta keberkatan kejayaan yang sebenar. Berkat sentiasa menyantuni ibu, ikon usahawan sukses, Dato’ Hajah Sharifah Shareen Almashoor bersyukur kerana perjalanan perniagaannya sentiasa dipermudahkan. Rezeki juga sentiasa murah. Segalanya berkat doa dan restu ibunya.
Berikut perkongsian ibu kepada dua cahaya mata yang berusia 42 tahun ini di akaun Instagramnya yang dapat kita jadikan inspirasi:-
“Lepas Mama bersara dari Lembaga Hasil Dalam Negeri kira-kira 15 tahun dahulu dan sebelumnya lagi memang Mama most of the time tinggal di rumah saya.
“Tapi semenjak 4 tahun lepas Mama banyak di rumah adik bongsu saya Faatin selepas dia melahirkan anak pertama. Lepas itu lahir pula anak kedua. So jaranglah Mama dapat tinggal di rumah saya selepas itu.
Ads
“Kali ini, Faatin kena balik kampung rumah mentua, apa lagi peluang keemasanlah. Mama is staying with me, hurray!!
“Seronok sangat bila Mama stay here, walaupun Mama dah kurang daya ingat. Cakap berulang-ulang kali yang sama but we enjoy it.
“Entah berapa lama lagi kita nak dapat peluang ada “syurga” dalam rumah dan hidup kita ini entah berapa lama lagi hayat mereka. So, semenjak Mama duduk sini, setiap hari saya keluar mesti bawa Mama sekali. Tak kiralah ke bank ke, office ke, meeting ke, lunch meeting, tea meeting, masjid, madrasah, saloon semua bawa Mama
Ads
“Dan setiap kali bersama saya selalu minta Mama doakan. Kadang-kadang sehari lebih dari 10 kali heheh.. tamakkan doa seorang ibu.
“Kepada semua sahabat, sekiranya masih ada ibu, ayah,jagalah sebaiknya kerana masa kita bersama mereka ibarat lampu isyarat jingga menanti merah. Lepas ini kita akan kehilangan sebesar-besar kasih sayang dan redha Allah dalam dunia ini.
Ads
“Juga Ingat, anak-anak memerhati cara kita layan ibu kita. Kerana begitulah cara mereka akan layan kita nanti. Lead by example.
Dua anak perempuan Dato’ Shareen ialah Puteri Balqis, 18, dan Puteri Zara, 15. Kedua-duanya mempunyai minat yang sama dalam bisnes seperti ibu mereka. Tidak hairanlah, sejak kecil lagi mereka didedahkan dengan ilmu-ilmu bisnes dari Dato’ Shareen yang ingin melihat mereka berjaya dalam minat mereka serta akademik.
Kredit Foto: Instagram Dato’ Shareen Almashoor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanda awal leukemia sering disalah anggap sebagai keletihan biasa atau demam ringan. Ramai individu tidak menyedari bahawa gejala kecil yang dialami sebenarnya boleh menjadi petunjuk kepada kanser darah yang serius.
Leukemia ialah sejenis kanser darah yang menyerang sumsum tulang, iaitu tisu lembut di dalam tulang yang berfungsi menghasilkan sel darah. Apabila leukemia berlaku, sumsum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, lalu mengganggu penghasilan sel darah merah, sel darah putih yang sihat dan platelet.
Di Malaysia, leukemia masih tergolong antara 10 kanser paling kerap berlaku, namun tahap kesedaran masyarakat tentang kanser darah ini masih rendah berbanding kanser payudara atau kanser paru-paru.
Masalahnya, tanda awal leukemia sering kelihatan seperti penyakit biasa seperti demam virus atau keletihan harian. Ramai individu hanya mengambil ubat sendiri atau menangguhkan pemeriksaan kesihatan, sedangkan rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Berikut tanda awal leukimia yang ramai terlepas pandang, ambil tahu gejala kanser darah ini sebelum terlambat.
Secara umum, leukemia terbahagi kepada dua kategori utama iaitu:
Leukemia akut berkembang dengan sangat cepat dan memerlukan diagnosis serta rawatan segera.
Antara jenis yang paling dikenali ialah:
Jenis ini boleh menjadi serius dalam tempoh yang singkat jika tidak dirawat.
Leukemia kronik berkembang secara perlahan dan kadangkala tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal.
Contohnya:
Dalam sesetengah kes, pesakit hanya memerlukan pemantauan berkala sebelum rawatan dimulakan.
Berbeza dengan kebanyakan kanser lain, leukemia tidak membentuk ketumbuhan atau benjolan yang boleh dilihat pada tubuh.
Ini menyebabkan pengesanan awal menjadi lebih mencabar kerana:
Diagnosis leukemia biasanya bermula dengan ujian darah asas yang dipanggil kiraan darah lengkap (Full Blood Count) bagi menilai jumlah sel darah dalam tubuh.
Namun di kawasan luar bandar atau komuniti yang kurang akses kepada kemudahan kesihatan, diagnosis sering berlaku lewat dan ini boleh meningkatkan risiko kematian.
Memahami tanda awal leukemia boleh membantu seseorang mendapatkan rawatan lebih cepat sebelum penyakit menjadi lebih serius.
Pesakit sering berasa sangat letih dan lemah walaupun sudah berehat. Ini berlaku kerana kekurangan sel darah merah yang menyebabkan anemia (kurang darah).
Demam yang kerap atau berpanjangan boleh berlaku kerana sistem imun menjadi lemah.
Antara tanda awal leukemia yang sering berlaku ialah jangkitan berulang seperti selesema atau jangkitan bakteria yang lambat sembuh.
Penghasilan platelet yang rendah menyebabkan:
Jika berat badan turun secara mendadak tanpa perubahan diet atau senaman, ia boleh menjadi tanda penyakit serius termasuk kanser darah.
Kelenjar limfa di leher, ketiak atau pangkal paha mungkin membengkak tanpa rasa sakit. Ini juga boleh menjadi tanda awal leukemia yang sering tidak disedari.
Limpa yang membesar boleh menyebabkan rasa penuh atau tidak selesa pada bahagian kiri abdomen.
Sesetengah pesakit mengalami sakit pada tulang atau sendi akibat pengumpulan sel leukemia dalam sumsum tulang.
Kulit yang pucat boleh menandakan kekurangan sel darah merah, salah satu petunjuk penting dalam mengenal pasti tanda awal leukemia.
Masih ramai beranggapan bahawa semua kanser darah pasti membawa maut. Hakikatnya, kemajuan perubatan telah meningkatkan kadar kelangsungan hidup pesakit leukemia.
Dalam sesetengah kes, terutama pada kanak-kanak, leukemia kini boleh dirawat sehingga sembuh.
Antara teknologi diagnosis moden yang digunakan termasuk:
Rawatan pula semakin canggih melalui:
Selain itu, rawatan sokongan seperti pencegahan jangkitan dan pemindahan darah turut membantu meningkatkan peluang pemulihan pesakit.
Setiap tahun, bulan September diiktiraf sebagai Bulan Kesedaran Kanser Darah di peringkat antarabangsa.
Di Malaysia, pelbagai pihak memainkan peranan meningkatkan kesedaran awam termasuk:
Pertubuhan seperti National Cancer Society Malaysia dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) juga aktif menjalankan kempen kesedaran, saringan kesihatan percuma serta pendidikan masyarakat.
Leukemia boleh menyerang kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas.
Namun perkara paling penting ialah tidak memandang ringan gejala yang berlarutan.
Jika mengalami tanda seperti keletihan melampau, demam berulang atau lebam tanpa sebab, lakukan pemeriksaan di klinik.
Kadangkala, satu ujian darah yang ringkas sudah cukup untuk memberi petunjuk awal. Mengenali tanda awal leukemia lebih awal boleh membantu pesakit mendapatkan rawatan tepat pada waktunya.
(Informasi ini disediakan oleh Dr Farzana Rizwan dan Dr Imam Shaik yang merupakan Pensyarah Kanan di Sekolah Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan & Perubatan, Universiti Taylor’s)
Jutaan tahniah buat Shahmalarani Chandran atas kejayaan sebagai atlet pertama sumbang pingat emas sulung Malaysia di Sukan SEA 2023, Kemboja. Dia mengungguli acara kumite wanita bawah 50 kilogram selepas berjaya menewaskan atlet Filipina, Junna Tsuki.
Kejayaan Shahmalarani itu sekaligus menebus kekalahannya kepada Junna dalam final Kejohanan Persekutuan Karate Asia Tenggara (SEAKF) di Phnom Penh pada Mac lepas.
Ujar atlet berusia 24 tahun ini ketika ditemu bual media selepas kemenangan tersebut, “Saya tidak bermula dengan baik tetapi jurulatih saya Tamel Adbelraof berpendapat atlet Filipina itu belum betul-betul bersedia dan minta saya manfaatkan ruang yang ada dan akhirnya saya berjaya mengikat kedudukan 1-1.
Selepas 1-1, saya sangat yakin akan menang kerana daripada situ saya mula mengawal perlawanan.”
Shahmalarani dinobat sebagai juara dan mempertahan pingat emasnya dalam acara yang berlangsung di Chroy Changvar Convention Centre.
Yang pasti, wanita aktif ini bukan calang-calang individu. Tahun lalu, Shahmalarani berjaya melayakkan diri dalam 11 kejohanan dan meraih 12 pingat serta 8 emas.
Tidak cukup itu, dia juga merupakan atlet cemerlang IPT yang menerima biasiswa Menteri Pengajian Tinggi 2022. Difahamkan Shahmalarani sedang melanjutkan pengajian peringkat Master’s of Science in Actuarial Science.
Kongsinya, “1000 over applicants, 112 selected candidates for this prestigious scholarship of the Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) and being handpicked and listed under Category 1 for the scholarship among the Olympians such as Nur Dhabitah Sabri and Phee Jinq En is such an honour.
Bukan itu saja, Shahmalarani juga memperoleh First Class Honours Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Aktuari dan menerima Anugerah Dekan sebanyak lapan kali!
“4 long years, 8 semesters, 8 dean’s list, 3 deferred graduation! It wasn’t easy but definitely worth it.”
Bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-77 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember 2022, Shahmalarani turut menjadi salah seorang penerima Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan.
“Grateful beyond words to be handpicked among thousands of athletes in the state of Selangor and representing Karate to receive The Royal Recognition, “Bintang Kecemerlangan Sukan (BKS)” by Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.”
Tumpang bangga kejayaan Shahmalarani yang bijak membahagikan masa di antara karier dan akademik. Terima kasih kerana mengharumkan nama negara di mata dunia dan terus menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!