Kerjaya lakonan wanita tinggi lampai, pemilik nama penuh Hanez Suraya Abdul Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Hanez mula mengorak langkah apabila diperkenalkan oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Sheera Iskandar.
Kemudian, Hanez semakin menempa nama dalam industri seni tanahair apabila membintangi drama Love You Mr Arrogant dan juga telefilem berjudul Bimbo untuk siaran Astro Ria.
Bagaimanapun, setelah kontroversi yang melanda dirinya pada 20 Disember 2013 apabila namanya menjadi bualan hangat kerana dilabel sebagai ‘Perampas’. Semenjak itu, Hanez Suraya kini jarang kelihatan dikaca televisyen.
“Saya Tak Terfikir Untuk Kembali,” – Hanez Suraya
Namun, menerusi temubual bersama salah satu rancangan sensasi di televisyen, Hanez memaklumkan bahawa perkara berkenaan berlaku kerana dia ingin memberi lebih fokus tanggungjawabnya sebagai isteri.
“Nak kata rindu tu, sudah tentulah rindu sebab itu antara minat saya dari dulu.
“Saya kena korbankan bila suami dah tak bagi. Bukan tak bagi, cuma dia takut saya tak boleh bagi komitmen dekat keluarga. Daripada saya nak commit pun susah sebab anak lagi, mereka pun dah sekolah, saya yang kena uruskan mereka.
Ads
“Saya tak terfikir untuk kembali,” jelas Hanez.
Kolam Jiwa Perlu Bersih Untuk Gapai Kejayaan!
Malah, Hanez mengakui bahawa dia kini telah membuka buku baru dalam naskah kehidupanya dan bahagia memegang tanggungjawab sebagai ibu rumah tangga dan usahawanita, kerana bisnes tudungnya juga kian berkembang.
Ads
Menurut Hanez, suaminya, Romie Razin Adilha, menghormati keinginannya untuk menceburi bidang perniagaan sebagai galang ganti pada permintaan lelaki terbabit supaya beliau berhenti berlakon.
Menerusi posting di laman Instagram miliknya, pelakon berusia 38 tahun itu telah menitipkan satu nasihat yang bermanfaat buat peminat.
“Apa-apa yang kita nak buat, pastikan KOLAM JIWA kita kena bersih. Baru kita boleh berjaya!,” tulisnya ringkas.
Semoga perkongsian Hanez ini dapat dijadikan panduan hidup kepada semua agar sentiasa berjaya.
Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Romie Razin pada 25 Mac 2015 dan hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun itu, perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran empat orang cahaya mata.
Biarpun Mira Filzah cukup popular dalam dunia seni dengan followers mencecah 6.1 juta, dirinya masih lagi Mira seperti dulu. Personaliti dan sikap yang merendah diri, memikat hati siapa sahaja bersama dengannya.
Kejayaan demi kejayaan yang telah diraih Mira, memberi inspirasi untuk dirinya terus berusaha buat yang terbaik. Ditanya tentang resipi Mira untuk terus kekal relevan, ujar selebriti cilik ini, dia sentiasa percaya dengan rezeki yang telah Allah tetapkan selain usaha dan berkat doa semua pihak.
“Perkara pertama, usaha! Ini sangat penting untuk saya perbaiki diri pada masa akan datang. Jangan mudah selesa dengan apa yang kita ada sekarang, keep improve yourself misalnya ambil kelas atau apa sahaja supaya kualiti dan bakat yang ada lebih menyerlah daripada populariti semata,” jelas Mira Filzah menerusi majalah Maskulin Mac 2020.
“Kedua adalah doa. Sebagai umat Islam, kita ada Allah dan solat lima waktu. Jadi berdoalah supaya Allah permudahkan segala urusan kehidupan kita dan minta maaf dengan kedua orang tua. Itulah faktor-faktor kejayaan saya. Bagi saya restu dan doa daripada mak abah juga penentu seseorang anak menuju kejayaan. InsyaAllah.
Yang ketiga pula, sentiasalah berbuat baik dengan semua orang. Ini antara resipi yang saya kekalkan, no matter what you do tak kisah sama ada kita sebagai seorang selebriti atau kerja dalam bidang lain pun. Berbuat baiklah kepada orang sekeliling kita. Tiada istilah perbezaan darjat pun. Awak orang biasa, saya artis… Oh, tidak!
Bagi saya berbuat baik pada semua orang itu satu kewajipan. Tak kisahlah sama ada dengan peminat, orang sekeliling yang kita bekerjasama atau sesiapa sahaja. Apabila kita berbuat baik ia juga akan menyebabkan orang sekeliling sayang dan selesa dengan kita, malah nak bekerja atau jumpa kita lagi,” ujar Mira.
Menurut Mira dengan adanya media sosial, seseorang artis itu masih boleh kekal relevan dan popular walaupun tidak selalu muncul di kaca televisyen. Apatah lagi banyak kerjasama dan endorsement melalui media sosial yang boleh dilakukan, sekali gus mendekatkan selebriti dengan peminat.
Mira bersyukur rezekinya sentiasa murah dan tawaran berlakon juga datang tanpa putus. “Apabila kita semakin matang, kita akan lebih bijak umtuk memilih dan tiada masa untuk memikirkan benda remeh-temeh yang boleh menganggu mood bekerja. Saya juga tidak akan ambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan kepada saya.”
Harapan Mira Filzah, “Saya ingin menjadi better version of Mira Filzah dan dapat memperbaiki diri saya agar sentiasa menjadi lebih baik di masa akan datang. Saya juga ingin menerokai perkara baru dan lakukan macam-macam perkara. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya tahun ini, insyaAllah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak pasti mengenali Angkasawan Negara ini. Bila sebut saja nama Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pasti terbayangkan beliau sedang memakai pakaian angkasawan dengan penuh rasa bangga.
Pada 10 Oktober 2007, pastinya menjadi tarikh yang memahat memori indah kepada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menggunakan roket Soyuz TMA-11 buatan Rusia dari tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.
Walau bagaimanapun kelibat bapa kepada 4 orang anak ini mencuri tumpuan di majlis hari jadi anaknya baru-baru ini. Memakai kostum sebagai Aladin, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor nampak jauh lebih muda daripada usia yang sebenar.
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-47 pada 27 Julai nanti telah berkongsi tip untuk kekal cergas. Menurut Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor usia hanyalah angka semata-mata.
“As you grow older, it’s just getting tougher for so many reasons. To me Age is just a number. You must always find time for yourself no matter how busy you are. Just 30 minutes a day. Juggling life with work, talks, kids and family are never easy. You just need to find the time,” kongsinya.
5 Tip Kekal Sihat Cara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor;
1. Bersenam setiap hari
Bersenam 30 minit setiap hari sudah mencukupi. Buat kardio berselang-seli dengan senaman beban. Senaman jenis ini juga sesuai untuk meredakan tekanan.
2. Makan dengan ala kadar
Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap dalam 3 atau 4 jam sekali. Kurangkan pengambilan karbohidrat tetapi lebihkan pengambilan protein. Bahagian dada ayam adalah pilihan yang terbaik!
3. Pembakar Lemak
Makan makanan yang meningkatkan metabolisme dan seterusnya membakar lemak seperti avocado, kacang, minyak kelapa, pisang, apple cider dan buah-buahan berasaskan beri.
4. Jangan DIET
Berdiet dengan cara kurangkan pengambilan makanan akan membuat kita jadi lebih cepat lapar. Walaupun cara ini memudahkan kita turun berat badan tapi susah nak maintain.
5. Jangan tidur selepas makan
Mungkin selepas makan boleh melakukan aktiviti seperti berjalan. Atau mungkin juga boleh bermain dengan anak-anak atau buat kerja rumah. Cuba makan awal untuk makan malam. Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor biasanya akan makan malam jam 7.00 malam.
Foto: Instagram @drsheikhmuszaphar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa yang penting minat dan tekad untuk belajar. Apa jua seni mempertahankan diri, kalau ada ilmu pasti dapat melindungi diri kita daripada bahaya. Sekarang ni macam-macam kejadian menakutkan melibatkan wanita dan kanak-kanak.
Atas kesedaran itulah dramatis popular, Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Al Khaired atau Lynn Alkhaired berkongsi pengalaman dan manfaat yang diperoleh dengan mempelajari Muay Thai. Menariknya, dengan inisiatif sendiri Lynn sanggup turun ke Phuket semata-mata nak belajar teknik dan skill tinju tradisi Thailand itu. Bangga betul dengan ibu anak lima ni!
JATUH CINTA DENGAN MUAY THAI
“Saya memang suka fitness sejak kecil. Pantang dengar muzik saya akan terus menari. Bila dah dewasa saya buka gim pertama yang berkonsepkan kecergasan dan bina badan. Selepas lima tahun saya jual gim tu.
Kemudian saya mengikuti perkembangan aktviti kecergasan semasa. Yang tengah popular ketika itu ialah sukan Muay Thai dan MMA. Saya pun pergilah bertemu dengan rakan-rakan serta pemilik gim yang berpengalaman.
Selepas itu saya buat keputusan untuk mengambil kursus jangka pendek di Phuket selama seminggu. Saya ke sana seorang diri saja. Saya menyertai sebuah pusat latihan Muay Thai yang ada short course setiap pagi dan petang selama 5-6 hari.
Akhirnya saya tertarik dan seronok dengan sukan ini walaupun ia agak hardcore. Kepuasannya bukan saja dari segi kecergasan badan malah dapat membakar banyak kalori serta mendapat ilmu mempertahankan diri.
Sepanjang berada di situ saya lihat bukan golongan dewasa saja yang datang belajar, kanak-kanak pun ada. Umur antara 10-11 tahun, mereka dah dilatih dengan latihan tradisional Muay Thai.
Balik saja Malaysia saya rasa rindu dan ‘ketagih’ dengan Muay Thai. Lalu saya buat keputusan untuk membuka gim baru yang berkonsepkan MMA dan Muay Thai. Maka dari situlah bermulanya bisnes dan juga sport activity Muay Thai saya.”
Lynn juga merupakan pemilik MuayFit Damansara Perdana yang pernah menganjurkan acara KL Fight 2018 secara besar-besaran sekitar tahun lalu.
BAGUS UNTUK WANITA & KANAK-KANAK
“Dari segi kecergasan Muay Thai sangat bagus untuk wanita terutama yang nak cepat kurus. Sebab ia melibatkan latihan kardio yang non stop, lasak dan tangkas sehingga dapat mengecilkan otot-otot badan. Yang penting kena praktis selalu dan tak boleh berhenti. Kena ada minat dan tekad. Kalau tak minat kita akan cepat give up.
Muay Thai juga bagus untuk kecergasan badan dan minda kerana banyak menggunakan otak ketika mempraktikkan teknik-tekniknya.
Dengan ilmu Muay Thai kita boleh guna untuk mempertahankan diri terutama ketika diserang. Percayalah, apa yang kita belajar akan keluar secara spontan. Muay Thai memang sangat bagus bukan saja untuk wanita bahkan kanak-kanak juga.”
BERALIH KEPADA YOGA
“Memandangkan tahun ini umur saya dah 47 tahun, saya beralih angin pula ke yoga. Dalam usia begini saya memerlukan aktiviti yang lebih tenang dan santai. Tak salah sebenarnya kalau ada yang nak meneruskan Muay Thai walaupun umur dah mencecah 50 atau 60 tahun sekalipun asalkan konsisten dengan latihan, kekalkan stamina dan keazaman yang kuat.
Saya sekarang dah tak praktis sebab minat ke arah Muay Thai tu dah semakin berkurangan. Selain yoga kini saya juga aktif dengan aktiviti mendaki. Dengan mendekati alam semula jadi dapat menjadikan jiwa lebih tenang.
Mendaki ni juga kepuasannya apabila kita sampai di puncak dan dapat melihat pemandangan ciptaan Allah SWT yang sangat menakjubkan di samping mendengar bunyi burung-burung serta unggas. Subhanallah sangat mendamaikan!”
DAPUR LYNN ALKHAIRED
“Bisnes online ni lebih kepada biskut, dessert dan kek. Antara signature product saya ialah Red Velvet Cookies dan brownies. Mula-mula tu saya buat sekadar suka-suka saja sebab banyak masa di rumah menjaga anak-anak.
Mulanya saya tak jual, bagi saja kepada kawan-kawan untuk rasa. Tapi mereka pula yang cadangkan untuk saya buat bisnes. Saya pun setuju dan buat bisnes suka-suka saja. Dari situlah bermulanya bisnes online saya.
Alhamdulillah makin lama makin banyak sambutan. Secara tak langsung saya makin bersemangat untuk teruskan, pendapatan pun dapat. Walaupun cuma hobi tapi ia memberikan pulangan.”
HARAPAN
“Saya memberikan kasih sayang dan didikan sama rata terhadap lima orang anak. Yang sulung, Alif Ronan lebih kepada pengajian Islam. Impiannya ingin melanjutkan pengajian sampai ke Yaman. Kemudian nak balik semula ke Malaysia untuk sambung bidang usuluddin pula.
Cita-citanya itu sangat tinggi tapi saya tak kisah dan tak pernah paksa Alif untuk jadi apa yang saya nak. Yang penting saya cuba untuk pupuk apa yang dia minat asalkan ianya tidak lari daripada fitrah manusia yang normal.
Dulu saya memang menitikberatkan soal agama tapi tak istiqomah. Namun sejak dah berhijrah ni saya merasakan perlu dan penting untuk anak-anak memiliki asas agama yang kukuh terlebih dulu. Tentang kerjaya pula just follow the flow.”
Kredit Foto: Instagram Lynn Alkhaired
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!