Sakit pinggang bukan saja boleh mengganggu rutin seharian bahkan keselesaan ketika tidur. Posisi tidur yang salah boleh menjadikan keadaan lebih parah. Maka pentingnya anda tahu posisi tidur yang tepat jika sedang menderita sakit pinggang demi kualiti tidur dan kesihatan yang lebih baik.

IKLAN

Pastikan kepala, bahu dan pinggul dalam keadaan selaras ketika tidur bagi menjaga kestabilan tulang belakang. Posisi yang salah boleh memberi tekanan di bahagian tersebut sehingga menyebabkan sakit pinggang kian parah. 5 posisi tidur ini sesuai dipratikkan semasa mengalami sakit pinggang.

POSISI TERLENTANG DENGAN BANTAL UNTUK MENGANJAL LUTUT

Posisi tidur terbaik ialah meluruskan bahagian punggung di atas tilam. Posisi ini meminimumkan tekanan berlebihan di kepala, leher dan tulang belakang. Letakkan bantal kecil di bawah lutut sebagai sokongan sehingga posisi badan dari kepala hingga ke kaki selari.

POSISI MENGERENG DENGAN BANTAL DI ANTARA KEDUA-DUA LUTUT

Tidur mengereng sering menjadi pilihan. Tetapi ia kurang baik buat penderita sakit belakang. Posisi ini boleh menekan bahagian pinggang dan menarik tulang belakang keluar dari posisi. Namun begitu anda masih boleh mencuba posisi ini dengan cara menyelitkan bantal di antara kedua-dua lutut. Bantal akan menjaga pinggul dan tulang belakang dalam posisi terbaik.

POSISI TERLENTANG DENGAN BERSANDAR DAN BERBARING

IKLAN

Posisi ini seperti duduk di kerusi yang ada penyandar yang bermanfaat kepada penderita sakit pinggang Spondylolisthesis isthmic di mana salah satu ruas atas tulang belakang bergeser dengan ruas di bawahnya. Posisi ini memberi keselesaan pada punggung. Anda boleh meletakkan tangan di atas perut, dada atau sisi badan.

POSISI MERINGKUK SEPERTI JANIN

IKLAN

Dengan posisi ini badan membuka ruang untuk sendi-sendi di antara tulang belakang.

POSISI TERLANGKUP

Sebenarnya posisi ini kurang bagus untuk penderita sakit punggung kerana ia meningkatkan tekanan di bahagian leher. Anda boleh meletakkan bantal di perut untuk memperbaiki keseimbangan tulang belakang.