Seorang pengusaha peniagaan gergasi minyak dan gas, Reliance Industries daripada India, Mukesh Ambani, memiliki kekayaan bersih 45 billion US Dolar dan menduduki tangga ke-13 sebagai orang paling kaya di dunia! Bukan itu sahaja, Mukesh juga seorang lelaki yang bertuah kerana dikurniakan isteri yang sangat prihatin dan sanggup turun padang membantu orang kurang berkemampuan.
Pasangan paling kaya di dunia ini memiliki kediaman super luxurious yang juga dipercayai sebagai kediaman paling mahal dan terbesar di dunia yang terletak di selatan India, Mumbai.
Hartanah setinggi 27 tingkat yang mengagumkan itu menelan belanja RM 5.44 billion dan dinamakan Antilia sempena nama pulau mitos Laut Atlantik.
Antalia juga bukan sekadar rumah biasa kerana ia dilengkapi dengan 3 helipad, beberapa kolam renang, dewan, taman seluas tiga tingkat, tempat letak kenderaan enam tingkat, dan memerlukan seramai 600 pekerja untuk menguruskan kediaman tersebut. Lebih mengagumkan, Antilia juga mampu menahan gegaran gempa bumi berskala 8 magnitud!
Ads
Cuba tengok gambar-gambar di bawah. Memang amazing! Tak dapat bayangkan bagaimana sebuah bangunan setinggi 27 tinggkat boleh dijadikan sebagai rumah yang hanya didiami 5 orang!
Juga terdapat bilik ais yang direka khas dan bersalji, dimana penghuni dan tetamu boleh menyejukkan badan daripada cuaca panas di Mumbai. Selain itu,terdapat juga spa dan salon.
tiga helipad atas bumbung
Ads
Antilia mula dibina pada tahun 2006 dan siap pada tahun 2010. Reka bentuk rumah ini telah dihasilkan oleh arkitek terkenal dunia Perkins & Will dan mempunyai jumlah keluasan 37,000 meter persegi!
Bahkan, ia juga mempunyai ballroom, dan 80% daripada syiling ballroom ini dilitupi oleh lampu gantung kristal.
Ads
Empat tingkat dikhaskan sebagai taman terbuka yang mempunyai atrium dan dihiasi dengan taman bunga dan rumput hijau serta dilengkapi kuil yang sangat besar.
Garajnya juga mampu memuatkan 168 buah kereta pada waktu yang sama!
Garaj kereta
sumber gambar: iluminasi.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpikat dengan aura dan pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. 9 April nanti, personaliti diraja Brunei ini bakal menginjak usia 39 tahun. Meskipun menghampiri umur 40 tahun namun kejelitaan wanita bangsawan ini seakan tidak memudar.
Mana tidaknya, Pengiran Anak Sarah seorang wanita yang aktif bersukan. Tahun lalu saja, beberapa program kecergasan telah disertai.
Antaranya perlumbaan kecergasan global iaitu Hyrox yang berlangsung di Singapura pada Julai 2025. Menerusinya, Pengiran Anak Sarah dan tiga lagi ahli pasukan berjaya menduduki tempat ketiga.
Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.
Personaliti diraja ini sentiasa mencuri perhatian khalayak. Bukan hanya kerana raut wajah yang cantik dan penuh kelembutan. Bahkan juga kerana keperibadian yang dimiliki.
Menerusi kemas kini di akaun SR Design Brunei, Pengiran Anak Sarah komited dalam usahanya menderma darah setiap tahun. Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah kelihatan tenang menjalani prosedur menderma darah di Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Ujarnya, “Blood can’t be made or replaced. It has to come from people willing to give. And for someone going through surgery, an accident, or even childbirth, that one donation could be the reason they survive.
What keeps me going is knowing that each time I donate, I’m helping someone – a child, a mother, a father has another chance. It’s such a simple act, but it truly saves lives. That’s what inspires me.”
Setuju dengan kenyataan Pengiran Anak Sarah mengenai pendermaan darah. Walau usaha ini nampak kecil kepada penderma namun ia sangat besar maknanya buat penerima yang memerlukan.
Apatah lagi, menderma darah juga memberi manfaat tersendiri kepada tubuh badan si pemberi.
Antara kelebihan menderma darah ialah berupaya menurunkan risiko serangan jantung, merangsang penghasilan sel darah baru dan mengurangkan risiko kanser.
Pengiran Anak Sarah berkahwin dengan pewaris Sultan Brunei, Pengiran Muda Mahkota ketika berusia 17 tahun.
Perkahwinan Baginda berdua pernah mendapat perhatian dunia dan mendapat julukan ‘Asian Wedding of the Year’ kerana berlangsung dengan cukup gilang-gemilang dan mewah serta dihadiri pemimpin-pemimpin dari seluruh pelusuk dunia.
Hasil perkahwinan dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, pasangan diraja ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin hari, makin berseri-seri wajah pengacara rancangan talkshow Mingguan Wanita ini, Nurul Syuhada Nurul Ain. Dalam sibuk-sibuk kita ke open house, Nurul Syuhada dan family sibuk juga bercuti. Tengoklah gelagat mereka dalam Instagram, seronok!
Program raya Nurul bermula beberapa hari sebelum raya lagi. Menurutnya, pada waktu itulah sibuk nak membeli baju raya dan persiapan lain kerana suasana hujung-hujung Ramadan lagi meriah.
“Kedai-kedai akan mula pasang lagu raya. Bila memilih baju tu, rasa macam membuak-buak semangat nak sambut Syawal. Walaupun penat mengharungi ‘kesesakan’ membeli-belah, feel tu buat kita rasa lebih excited!”katanya.
Apa yang paling Nurul nantikan pada pagi Syawal? “Of course rendang kerbau yang nenek buat! Samapi di Rembau je semua dah tersedia. Teringat masa awal kahwin dulu, pagi Syawal saya makan bijirin je, maklumlah berlainan adat. Tapi sekarang, kalua beraya di Australia, kami makan rendang. Cerita bijiran memang akan buat kami gelak!”
“Raya di kampung tak sama macam di bandar. Anak-anak tak merasa suasana tu kerana semuanya tenang-tenang je. Kalau di kampung, malam sebelum raya lagi dah meriah. Awal pagi pula kalut bukan main sebab masing-masing bangun lambat tapi beriya-iya nak solat di masjid.
Itu yang kami terpaksa solat di atas rumput, di tempat selipar dan ada juga yang dah sampai tahiyat akhir baru sibuk nak masuk saf. Adui, boleh pening kepala kalau ingat balik kisah dulu-dulu,”katanya.
Eh, banyak lagi yang di kongsi Nurul Syuhada kisah Syawalnya, termasuk bagaimana dia masuk ke kampung-kampung untuk menyerahkan zakat. Jangan lupa beli Nona edisi Jun 2019 untuk baca lebih lanjut ok!
Januari lalu pastinya menjadi antara memori terindah buat Intan Sarafina apabila dia akhirnya memutuskan untuk ‘berhijrah’. Berbekalkan niat untuk berubah ke arah kebaikan, selebriti cantik ini yakin akan takdir Allah dan mengambil segala apa yang berlaku ke atas dirinya baru-baru ini sebagai iktibar dalam menjadi hamba yang lebih baik. Alhamdulillah!
Meskipun tidak mengumumkan secara rasmi penampilan baharu tersebut kepada peminat, Intan ketika dihubungi Nona bagaimana pun mengesahkan dia kini sudah berhijab sepenuhnya. Mesra menyambut panggilan penulis, Intan dalam nada rendah diri berharap agar peminat mendoakan perubahan dirinya untuk terus kekal istiqamah.
Mengulas tatkala hatinya ‘dijentik’ untuk berhijab, Intan atau nama penuhnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya yang ketika ini sedang berehat daripada sebarang aktiviti seni berkata, “Intan terdetik memakai hijab selepas pulang dari hospital. Mungkin ramai yang belum tahu, baru-baru ni Intan mengalami kecederaan di bahagian kaki. Di mana tulang kelima Intan retak selepas terjatuh masa jogging di kawasan rumah.
Jujurnya, Intan rasa sangat bersyukur dan rasa macam it’s a blessing juga atas apa yang jadi. Jadi sejak dari insiden tu, Intan terus tekad nak berubah.”
Tambahnya lagi, kecederaan kaki yang dialami agak teruk sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Lebih menyakitkan, kecederaan berkenaan turut mengehadkan pergerakan Intan. Bahkan sukan jogging dan bersenam yang menjadi minat Intan sebelum ini juga ‘ditunda’ buat masa ini.
“I can’t really walk pun. Intan kena pakai crutches and walking boots at the moment. Kaki Intan kena masuk metal cap and screw to fix it. Sebab itu proses hendak sembuh pun ambil masa. Memang kena rehat dulu. InshaAllah, dalam tiga bulan lagi baru completely heal. Masa tu baru boleh run balik. Tengok how fast recovery nanti. Setakat ni Intan cuma buat workout yang light je di rumah.”
Terang pelantun lagu ‘Duhai Malam’ ini, keputusan untuk berhijab dibuat atas kerelaan dirinya sendiri dan bukan kerana paksaan segelintir pihak. Tentunya, individu paling bahagia melihat perubahan Intan ialah suami tercinta, Iskandar Ezzahuddin.
“Suami agak terperanjat pada mulanya sebab quite sudden kan. Tapi lepas tu, dia tak halang dan terima baik semua ni. Intan ada terfikir nak pakai tudung before this tapi masih belum bersedia masa tu. Kali ni, Intan dah bulat hati nak pakai. Alhamdulillah, tanpa sesiapa paksa pun,” ujar jelitawan ini yang mengakui gemar memakai tudung jenis selendang.
Sejak menceburi bidang seni hingga sekarang, tidak dinafikan Intan Sarafina seorang selebriti yang pandai menjaga penampilan. Susuk tubuhnya dari zaman anak dara sampai sekarang, maintain langsing! Kalau orang tak kenal, mesti ramai yang sangka dia anak dara.
Bercerita ‘rahsia’ tubuh ramping yang diamalkan Intan, bekas pramugari yang juga ibu tiga anak lelaki ini mendedahkan rutin kegemarannya untuk kekal sihat. “Selepas kelahiran anak ketiga, Intan cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Intan nak sihat dengan cara bersukan secara aktif. Antara sukan yang Intan sangat suka buat ialah running, HIIT workout dan indoor cycling.”
Bagi yang mengikuti perkembangan Intan di IG, mesti tahu betapa dia minat dengan sukan. Memang kuat stamina Intan! Diaju penjagaan kecantikan pula, bekas peserta Gegarvaganza 2016 ini tanpa berselindung memberitahu, “Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan workout, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.”
Bakal meniti usia 40 tahun, Intan sememangnya cantik dalam kelas tersendiri. Sebelum bergelar anak seni, Intan dilaporkan pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005.
Sementara itu, ditanya adakah dia mungkin akan menceburi bidang perniagaan suatu hari nanti, Intan bagaimana pun tidak menolak perancangan tersebut. “Ada, mungkin dalam bisnes berkaitan pakaian. Tapi masih belum ada kesempatan untuk berfikir secara serius. InshaAllah, kalau ada peluang nanti.”
Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada tahun 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, 11 tahun, Megat Israfel Raez, 9 tahun dan Megat Noah, 6 tahun.
Kredit foto: Instagram Intan Sarafina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah Taufik Batisah menyentuh hati ramai apabila beliau setia menemani isteri melalui 6 rawatan IVF dan pernah alami keguguran, bukti cinta tanpa syarat.