Walaupun kehadiran wanita ini tampak feminin dan lembut, tetapi memiliki kekuatan yang luar biasa. Memikul tugas sebagai seorang ibu, isteri dan pemilik Klinik Medissa Senawang  bukan suatu tugas mudah yang digalas oleh wanita ini. Namun, hakikatnya Dr Nur Diana Abd Razak dapat melakukan dengan jayanya.

Siapa Sangka DOKTOR MUDA Anak 2 Ini Begitu Optimis Merawat Kulit Wanita & Gemar Melancong

IKLAN

 

Meneroka bidang estetik bukan suatu yang asing dalam masyarakat malah kini telah diangkat sebagai pusat yang wajib dikunjungi oleh setiap wanita. “Memang betul, wanita sekarang dah mulai sedar dengan pilihan yang ada untuk melambatkan penuaan,” ujar pemilik Klinik Medissa Senawang yang sudah 4 tahun beroperasi ini.

Siapa Sangka DOKTOR MUDA Anak 2 Ini Begitu Optimis Merawat Kulit Wanita & Gemar Melancong

Berkongsi lanjut tentang perkembangan Klinik Medissa Senawang yang menjadi tumpuan wanita ini, “Sekarang ramai wanita datang ke klinik untuk merawat kulit. Mereka dah sedar boleh guna cara tradisional tapi jika ada cara yang pantas sekali gus berkesan kenapa mahu bertangguh lagi, kan?

Siapa Sangka DOKTOR MUDA Anak 2 Ini Begitu Optimis Merawat Kulit Wanita & Gemar Melancong

Di Klinik Medissa Senawang kami menyediakan perkhidmatan merawat kulit dan memperlambatkan penuaan dengan menggunakan teknologi terkini dari Korea. Masalah yang sering mengganggu wanita adalah jeragat.

Kita perlu tekankan penggunaan krim tabir suria yang berkualiti dengan kerap 2 hingga 4 jam sekali, kemudian baru dianjurkan beberapa cara rawatan di klinik, produk penjagaan kulit di rumah dan penggunaan supplemen yang membantu untuk memudarkan jeragat. Insyaallah jeragat boleh hilang,” kata doktor estetik yang baru berusia 35 tahun ini.

Siapa Sangka DOKTOR MUDA Anak 2 Ini Begitu Optimis Merawat Kulit Wanita & Gemar Melancong

Sebagai seorang doktor yang menceburi bidang estetik, Dr Diana begitu menitikberatkan penggunaan pelindung tabir suria yang wajib diaplikasi oleh setiap wanita. “Langkah yang paling mudah untuk melambatkan penuaan, bintik gelap dan jeragat adalah dengan melindungi kulit dengan pelindung tabir suria seawal umur 12 tahun.

Siapa Sangka DOKTOR MUDA Anak 2 Ini Begitu Optimis Merawat Kulit Wanita & Gemar Melancong

Kesalahan yang selalu dilakukan oleh wanita apabila memilih produk penjagaan kulit tanpa mengetahui keperluan dan jenis kulit mereka. Di sini mereka perlu mendapatkan konsultasi daripada mereka yang pakar untuk mengetahui jenis kulit sendiri. Barulah kulit akan dijaga dengan betul,” kata pemilik Klinik Medissa Senawang yang beroperasi di Senawang, Negeri Sembilan ini.

Siapa Sangka DOKTOR MUDA Anak 2 Ini Begitu Optimis Merawat Kulit Wanita & Gemar Melancong

IKLAN

Ternyata wanita yang pernah menjawat jawatan selama 12 tahun sebagai doktor perubatan di hospital kerajaan dan swasta ini, membuka klinik sendiri dengan tekad dan begitu bersungguh dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai doktor perubatan dan estetik di klinik beliau.

“Sebagai pemilik klinik ini, saya gembira dan bangga apabila melihat wanita mempunyai keyakinan diri yang tinggi setelah kulit wajah mereka dirawat,” katanya jujur.

Siapa Sangka DOKTOR MUDA Anak 2 Ini Begitu Optimis Merawat Kulit Wanita & Gemar Melancong

Obsesi Dr Diana memuncak apabila suami turut sama berganding bahu menjayakan misinya di klinik ini. “Alhamdulillah, apabila suami melihat saya tak menang tangan untuk mengendalikan pelanggan di klinik lantas membuat keputusan untuk meninggalkan jawatan sebagai doktor perubatan tentera di sektor kerajaan untuk sama-sama menyumbangkan masa dan tenaga merawat pelanggan kami yang semakin bertambah,” tutur Dr Diana dengan penuh semangat.

Siapa Sangka DOKTOR MUDA Anak 2 Ini Begitu Optimis Merawat Kulit Wanita & Gemar Melancong

Langkah Dr Diana semakin laju apabila mula merencana untuk menambahkan lagi cawangan kliniknya. “Saya memang sudah mula merencana untuk membuka cawangan. Tapi semua itu masih dalam perancangan awal. Saya juga bercadang untuk melanjutkan ilmu dalam bidang ‘Anti aging and regenerative medicine’,” bicara Dr Diana yang memiliki kelulusan dalam bidang estetik; Medical Aesthetics Certification (MAC) program dan Diploma Dermatology Academy Family Physicians Malaysia (AFPM) ini.

IKLAN

Siapa Sangka DOKTOR MUDA Anak 2 Ini Begitu Optimis Merawat Kulit Wanita & Gemar Melancong

Mempunyai hobi melancong, doktor cantik ini telah berkongsi cara menjaga kulit ketika melancong. “Kalau melancong kita kena tahu cuaca tempat kita pergi tu. Pastikan bawa krim pelembap, krim tabir suria dan oral sunblock.

Siapa Sangka DOKTOR MUDA Anak 2 Ini Begitu Optimis Merawat Kulit Wanita & Gemar Melancong

Cuba mengorek rahsia Dr Diana bertubuh langsing walau sudah ada anak dua, jawabnya, “Saya memang bukan pemakan. Mungkin sebab itu saya tak berisi. Satu lagi mungkin sebab saya seorang yang workaholic,” gurau doktor yang berasal dari Negeri Sembilan ini mengakhiri perbualan.

Siapa Sangka DOKTOR MUDA Anak 2 Ini Begitu Optimis Merawat Kulit Wanita & Gemar Melancong

Instagram klinik : @drdiana.seremban
Instagram personal: @dyanaeffendy

Facebook :
Dr Diana Clinic
Klinik Medissa Senawang

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI