Syatilla Melvin Diuji Tak Mampu Susukan Anak Lepas Bersalin, “Serik” Kata Isteri Shaheizy Sam

Setiap ibu menjalani proses kelahiran berbeza begitu juga selepas melahirkan anak. Syatilla Melvin diuji tidak mampu menyusukan anak selepas diserang spinal headache.

Foto: Instagram @samtilla

“Hari ke-4 lepas pembedahan (cesarean section). Tumpas lagi, ke pangkuan hospital balik.

Kena spinal headache attack yang sangat teruk. Tak boleh bangun, tak boleh susu baby, even tak pegang baby sangat pun. Serik, ya Allah! Doakan Tilla,” tulis Syatilla Melvin di laman media sosial milik peribadinya.

Anak ketiga pasangan selebriti ini, Salama Samheizy. Foto: Instagram @samtilla

Beberapa hari lalu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam Abdul Samad, 38 tahun ini telah melahirkan bayi perempuan seberat 3.05 kilogram secara pembedahan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Anak ketiganya pasangan selebriti ini telah diberi nama Salama Samheizy. Sebelum ini pasangan yang sama cantik sama padan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5 tahun dan Sarima Samheizy, 2 tahun.

Foto: Instagram @samtilla

Sam dan Syatilla telah mendirikan rumahtangga pada 8 Februari 2016. Kakak ipar kepada Datin Seri Zizie Izette ini dikhabarkan telah menjalani proses berpantang di Melaka bersama ibu mentuanya iaitu pelakon Khaty Fauziah. Sebelum ini, Syatilla Melvin diuji pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali.

Berbicara dengan salah seorang Pengasas Kekasih by The Melvin, Syatilla Melvin sedikit sebanyak telah membuka mata bahawa hubungan kekeluargaan itu sangat penting kalau nak berjaya. Tambah-tambah lagi kalau membina perniagaan bersama adik-beradik sepertinya.

Foto: Instagram @samtilla
Foto: Instagram @samtilla

“Sebenarnya kami adik-beradik memang tak expect

Kekasih by The Melvins grow sangat cepat. Kami sendiri rasa tak percaya sampai hari ini. Eh! Betul ke Kekasih by The Melvins dah macam ni kan,” begitulah penerimaan awal perniagaan yang diusahakan oleh adik-beradik, Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin ini.

Tambah Syatilla lagi, “Ini memang rezeki Allah SWT nak bagi dalam sekelip mata sahaja. Rahsianya mungkin kami jaga hubungan baik antara adik-beradik.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Kami tak gaduh tak masam muka dan tak ada iri hati jauh sekali berkira tentang duit di antara kami. Itu saya rasa rahsia kejayaan yang paling besar.

Selain itu sokongan daripada ibu dan ayah yang selalu mendoakan kami adik-beradik. Ibu dan ayah selalu pesan apa-apa pun adik beradik tak boleh berpecah, apa apa pun adik beradik kena stick together tak akan boleh berpisah unless kita mati. Itu pesan mak ayah.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Dan satu lagi kami pegang prinsip yang kalau ada rezeki lebih kita akan share

dengan semua orang dan niat untuk berniaga kena betul,” terang Syatilla ketika ditemui NONA sedikit masa dahulu.

Baca juga; 20 tahun Menanti, “Beraya Satu Family, Priceless!” Sebak Dengar Perkongsian Anak Sulung Didie Alias 

IKLAN
Share