Rezeki Bella Astillah dapat pergi menunaikan umrah pada waktu yang sangat diimpikan umat Islam iaitu pada 10 malam terakhir Ramadan. Berangkat ke Tanah Suci pada 22 Mac lepas, pemergian aktres tersebut kali ini turut ditemani adik tersayang iaitu Didi Astillah.
Kian tabah melalui episod duka selepas perceraiannya dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, kehidupan Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah kini makin bahagia di samping insan tersayang.
Bella Astillah Tunai Umrah Dengan Adik
Bukan hanya dikelilingi rakan-rakan yang baik, dia juga dikurniakan rezeki melimpah ruah dengan menerima tawaran sebagai duta pelbagai jenama fesyen serta kosmetik.
15 Mac lalu genap 31 tahun usia wanita kelahiran Sabah ini. Selamat tiba di Tanah Suci Mekah, Bella Astillah berkongsi aktivitinya di sana di samping menitipkan doa buat peminat dan followers kesayangan.
Ads
“Terima kasih atas jemputan ke rumahMu Ya Allah, Makkah Al-Mukarrahmah bagi hambaMu yang penuh kekurangan ini. (Mekah melepasi 3 juta tetamu buat kali pertama pada malam ke-23 Ramadan).
Syukur Alhamdulillah selesai umrah. Bella dapat bawa adik Didi Astillah bersama. Alhamdulillah. Tahun lepas Bella datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.
Ads
Dan kali ini juga menangis di depan Kaabah tapi kerana rasa syukur dan ingin berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang. Alhamdulillah, betapa Allah Maha Baik kepada hamba-Nya.”
Tambahnya lagi, “Bella turut mendoakan semua yang mengenali bella atau pun tidak. Kebelakangan ini, bella terima banyak sangat kasih sayang dan sokongan yang luar biasa dari semua mashaAllah. Never did I think in a million years that I would receive such great amount of love and support, Alhamdulillah. Terima kasih semua.
Dan kepada yang sedang bersedih/down, mulai untuk belajar menerima apa jua keadaan dengan hati yang lapang. Kerana ini yang kita panggil berdamai dengan takdir. Sama ada kita nak terima atau pun tolak, semuanya akan tetap berlaku tapi ia juga pasti berlalu.
Ingat bahawa takdir tidak pernah bertanya tentang bagaimana penerimaan kita, perasaan kita, sama ada kita suka, tak suka atau bahagia.
Takdir juga tidak ambil tahu tentang proses ‘healing’ kita, tapi disitulah letaknya kekuatan. Ketika kita cuba jadi lebih kuat, lebih tenang dan lebih bersedia menghadapi apapun yang datang.”
Hasil perkongsian hidup dengan Aliff Aziz, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lepas ini kalau rasa stres, cepat-cepat ambil dan nikmati kudapan kuaci. Selain membuatkan anda ‘khayal’ untuk membuka kulitnya… hakikat yang ramai tak sedar tentang kuaci adalah ia menyimpan pelbagai manfaat. Lebih mengujakan, kebanyakan khasiat yang terkandung dalam cemilan ini sangat baik untuk kaum wanita. Tak percaya? Ini rahsianya!
Kuaci atau ada yang menggelarnya biji labu kaya dengan vitamin E, tinggi serat, kalsium dan protein.
Kelebihan menikmati kuaci pula adalah seperti berikut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Lembut’ dan tak ada masa depan. Itu antara dilema yang terpaksa ditempuh makeup artist lelaki apabila mereka menceburi bidang solekan. Apatah lagi persepsi negatif ini timbul dek kerana pemikiran kebanyakan masyarakat yang beranggapan dunia kecantikan, kosmetik dan solekan lebih sesuai untuk golongan wanita.
Bercerita mengenai isu ini, teringat insiden yang berlaku semasa ujibakat Fabulous MUA pada 14 dan 15 September lalu. Kehadiran seorang lelaki bergaya maskulin yang turut ditemani isterinya yang hamil ketika itu nyata mencuri perhatian ramai. Disangkakan sang isteri yang mahu menyertai pertandingan… namun sebaliknya pula berlaku. Suami, dikenali sebagai Syamil Tiyat tanpa rasa malu dan segan mengakui mahu menjadi salah seorang peserta.
Ditanya penerimaan ibu bapa terhadap minat tersebut, Syamil yang bertugas sebagai Aircraft Engineering berkata, “Mula-mula bila keluarga tahu saya buat mekap, agak terkejut juga. Tapi sekarang family dah tahu. Begitu juga isteri yang boleh terima minat saya ni termasuk keluarga mentua. Awal dulu memang ada ‘perception’ orang yang tak sedap didengar.
Lepas kenal dengan isteri, saya pernah tanya pandangan dia… macam mana kalau saya hendak belajar lebih dalam lagi tentang mekap ni. Masuk kelas dan sebagainya. Alhamdulillah, isteri sokong dan beri green light. Masa tu family saya tak tahu lagi. Ikutkan, mak saya dulu pun pernah mekap orang juga. Jadi mak andam tapi kejap je. Saya buat mekap secara senyap-senyap je dulu pada awalnya.”
https://www.instagram.com/p/B2bifdMn9Ha/
Berkesempatan menemu bual isteri Syamil, jawapan yang diberikan wanita yang bernama Ika Shazana ini sangat mengagumkan dan pastinya dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap makeup artist lelaki. “Saya tahu yang dia dari kecil suka melukis… suka coloring. Saya memang tahu dia ada bakat tu dan saya sokong. Sebab itu saya suruh dia masuk pertandingan ini. Untuk tunjukkan kepada masyarakat yang walau kerja dalam bidang kejuruteraan pesawat tapi dia juga boleh buat kerja mekap ni. Supaya dapat buka mata dan pandangan masyarakat, jangan kita ni fikiran terlalu negatif sangat dekat orang yang suka mekap.
Ditanya tidakkah dia rasa cemburu apabila suami mekap perempuan lain, ini jawapan padu Ika. “Kita kenal suami kita. Sebab dia pun kerja dalam Air Asia jumpa pramugari dan sebagainya. Jadi, sebagai isteri kena ada kepercayaan.”
Sementara itu, mengulas tanggapan sama… salah seorang peserta Top 9 Fabulous MUA, Nik Aswat bersyukur kerana sehingga kini dia tidak pernah lagi di sindir pihak tertentu yang berasa kurang senang dengan kerjayanya sebagai makeup artist. “Alhamdulillah, setakat ini belum pernah lagi saya di sindir atau kena perli. Cuma pernah sekali, saya terpaksa menggantikan seorang makeup artist wanita yang cancel tempahan mekap wedding last minute.
Awal-awal tu memang ada adegan tak best berlaku. Sebaik masuk je rumah pengantin perempuan untuk dimekap, keluarga pengantin tadi tanya siapa saya. Bila dijelaskan yang saya datang untuk mekap pengantin, mak dia terus jeling dan bapa dia pula marah kerana ambil makeup artist lelaki. Mujur saya jenis ‘hati kering’. Saya tak pedulikan pun apa yang mereka cakap dan terus buat kerja. Lepas siap mekap semua… barulah mereka datang dan tegur saya elok-elok.”
Menganggap ia adalah perkara biasa dan cabaran yang harus ditempuh untuk bergelar makeup artist, Nik bagaimana pun menegaskan dia cukup peka dengan isu aurat dan batas di antara lelaki dan wanita. “Selalunya kalau klien perempuan, saya memang akan pakai sarung tangan. Iyalah, kita pun tak mahu perkara-perkara seperti itu dijadikan halangan. Maaf saya katakan, bagi saya lelaki yang masuk bidang solekan ini adalah mereka yang hebat. Pemikiran mereka sangat jauh ke depan dan kreatif. Kami juga mampu buat bermacam-macam kerja solekan dan dandanan. Tak ada batas,” ujarnya.
Seorang lagi peserta iaitu Albin Hassan, mengutarakan pandangan senada. “So far, alhamdulillah zaman sekarang ni dah ramai yang boleh terima makeup artist lelaki. Kerjaya makeup artist ni bukan untuk wanita sahaja. It’s all about art. So seni tu tak kira lelaki atau wanita, yang penting kena ada minat. Kecaman netizen tu mesti ada. Cuma tengok macam mana je kita handle dengan segala kecaman.”
Seperti sudah boleh menghidu tanggapan khalayak yang lebih cenderung ke arah negatif, satu-satunya peserta duo dalam Fabulous MUA ini terpanggil untuk berkongsi pendapat. Kata Shahrul Aznan Ishak dan Muhammad Rohaizat Bahanan atau lebih dikenali dengan gelaran Shahzard Duo, “Yes, memang betul kami tak boleh lari dari stigma sedemikian kerana pandangan orang ramai terhadap bidang ni lebih kepada feminin dan kami juga pernah alami.
Tapi sebagai seorang lelaki yang dikurniakan bakat ini, kami cuma perlu jadi diri sendiri dan tidak menghiraukan fasal kritikan masyarakat. As long as kami tak langgar hukum agama dan budaya kita. Tambahan pula bila kami buat duo mekap, chemistry yang kami ada ni pernah dianggap kami ‘sesuatu’ dan dipandang serong. Bagi kami, mekap ni tak semestinya untuk kaum wanita sahaja sebab bakat ni boleh ada pada sesiapa saja tanpa mengira jantina.”
Bagi peserta wanita dan senior Top 9 Fabulous MUA, Suzana Zainan pula terbuka berkongsi pandangan berhubung perkara tersebut. Tidak mengiyakan mahupun menafikan apa yang berlaku dalam industri solekan, dia bagaimanapun melihat situasi ini secara positif. “Pada pandangan saya, kewujudan makeup artist lelaki ni tak jadi masalah pun. Setiap MUA tak kira lelaki atau perempuan memang ada sentuhan yang tersendiri.
https://www.instagram.com/p/B4RjdmFnQ_G/
Jadi ibaratnya, ia universal. Yang paling penting bagi makeup artist ialah attitude. Attitude itulah yang sebenarnya membezakan di antara makeup artist ni. Contohnya macam etika kerja. Itu yang membezakan kebanyakan makeup artist … tak kisahlah lelaki ke perempuan kena mengutamakan soal punctuality, kebersihan, dan profesionalisme.
Saya tak nampak ada persaingan di situ. Sebab saya tahu makeup artist perempuan pun tidak kurang hebatnya. Bergantung kepada cita rasa pelanggan. Ada yang lebih selesa dengan makeup artist perempuan dan ada juga sebaliknya.”
Tambah ibu kepada empat anak ini lagi, “Saya tak kisah lelaki masuk bidang ni. Khidmat mereka juga diperlukan lagi-lagi bila melibatkan mekap drama atau filem, waktu masa panjang dan tak menentu… so kewujudan lelaki sebagai makeup artist sangat membantu. Dunia mekap ni terlalu luas. Mereka yang berkecimpung dalam bidang mekap amat beruntung. Tapi make sure kekalkan profesionalisme kalau nak kekal lama.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini sudah masuk hari ke-4 umah islama menjalani ibadah puasa. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pastinya suasana menyambut bulan Ramadan agak berbeza jika dibandingkan tahun sebelumnya.
Manakan tidak, jika sebelum ini, terdapat banyak bazar Ramadan yang boleh pergi untuk membeli juadah. Tapi tahun ini, semua bazar tidak dibenarkan beroperasi gara-gara krisis yang sedang melanda. Walaubagaimanapun, ralyat Malaysia masih boleh membeli brang keperluan di kedai atau pasar raya yang dibenarkan beroperasi.
Namun, harus diingatkan, langkah keselamatan perlu diambil kira lagi-lagi ada bulan Ramadan ini. Maklumlah, mungkin kesibukan atau kesesakan orang membeli barang agak berbeza jika dibandingkan waktu sebelum bulan Ramadan. Jom Nona kongsikan Langkah-langkah selamat yang perlu diamalkan ketika membeli barang keperluan!
1. Pakai penutup hidung dan mulut serta sarung tangan.
2. Ketika membeli barang keperluan, kekalkan jarak satu meter dari orang lain dan elakkan menyentuh mata, mulut dan hidung.
3. Jika boleh, pastikan anda sanitize pemegang troli atau bakul sebelum menggunakannya.
4. Sebaik pulang dari membeli barangan dapur, buka penutup mulut dan hidung dan masukkan ke dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah.
5. Elakkan menyentuh atau memeluk ahli keluarga.
6. Terus ke tandas, tanggal dan rendam pakaian dalam air sabun.
7. Sanitize permukaan yang telah dipegang.
8. Mandi seluruh tubuh sebersihnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!