Ketika membelek laman Instagram Scha AlYahya tiba-tiba mata tertumpu dengan posting bersama pakciknya, Datuk Syed Sobrie Syed Kechik. Datuk Syed Sobrie merupakan penyanyi yang terkenal dengan lagu evergreenCinta Yang Terhumban. Kelihatan Datuk Syed Sobrie tetap kacak seperti zaman kegemilanganya dahulu.
Foto: Instagram @schaalyahya
Bila tersebut nama Datuk Syed Sobrie secara tidak langsung pasti terlintas di fikiran tentang isterinya yang jelita dan juga seorang penyanyi terkenal sekitar era zaman 80an, Datin Azie.
Foto: Instagram @syedsobrie_dss
Rupa-rupanya Datin Azie ataupun nama sebenarnya Nor Aziah Sidek kini sudah pun berusia 56 tahun. Namun, wajah ayunya masih kekal seperti dahulu.
Foto: Instagram @syedsobrie_dss
Daripada paparan gambar Datin Azie yang pernah popular dengan lagu Mengharapkan Cintamu sekiar tahun 80an ini benar-benar awet muda. Agaknya apa lah petua yang diamalkan. Lagi 4 tahun nak memasuki usia 60 tahun tetapi tetap cantik dan tak jemu mata memandang.
Ads
Foto: Instagram @syedsobrie_dss
Dahulu Datin Azie bersama suaminya, Datuk Syed Sobrie Syed Kechik, 57 tahun, merupakan pasangan penyanyi yang kerap muncul membuat persembahan di kaca televisyen.
Foto: Instagram @syedsobrie_dss
Dalam diam pasangan sama cantik sama padan ini mempunyai 6 orang anak yang sudah dewasa. Malah pasangan ini juga sudah mempunyai dua orang cucu yang sangat comel. Dah dapat ‘gelaran’ nenek rupanya Datin Azie ni.
Bahasa Melayu kedengaran di pentas dunia! Hari ini menjadi detik sejarah buat semua rakyat Malaysia apabila Datuk Seri Ismail Sabri menggunakan bahasa ibunda pada perhimpunan PBB baru-baru ini.
Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta sejarah apabila muncul mewakili negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini seorang lagi dengan nama sama muncul melakar satu lagi sejarah.
Pada September 1957, tidak sampai sebulan selepas negara mencapai kemerdekaan, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang merupakan duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat dan PBB, muncul di Perhimpunan Agung PBB untuk menyampaikan ucapan dengan berbaju Melayu lengkap dengan keris.
Beliau kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dari September 1970 hingga Ogos 1973.
Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu.
Beliau yang tampil segak berbaju Melayu hitam mencuri tumpuan delegasi lain sebaik melangkah masuk ke dewan utama, manakala seluruh delegasi negara termasuk Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut memakai baju kebangsaan dan batik Malaysia.
Perdana Menteri mengakhiri ucapan berdurasi 20 minit itu dengan ayat “United we stand, divided we fall”, selagi kita bersatu padu dan teguh bersama dalam memikul beban ini, saya pasti kita akan berjaya”.
Beliau turut mengajak komuniti antarabangsa bekerjasama dengan mengamalkan semangat Keluarga Dunia, dalam menghadapi cabaran global.
Sumber: ASTRO Awani / BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam usia 36 tahun usahawan produk kecantikan ORGGA, Zazarina Zainal Abidin atau Zaza bukan sahaja sukses dalam perniagaan bahkan memiliki aset serta kehidupan sempurna yang menjadi dambaan setiap wanita.
Memiliki darah campuran Melayu-China, Zaza merupakan ibu kepada dua orang anak berusia 5 dan 2 tahun. Sebelum bergelar usahawan, Zaza pernah bergelar pereka grafik dan web. Setelah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan, Zaza mendapat sokongan serta turut dibantu sepenuhnya oleh suami tercinta.
IKUT PETUA IBU
“Ibu, Zaleha Ahmad adalah sumber inspirasi saya untuk kekal sihat dan cantik. Salah satu petuanya ialah ibu sering mengingatkan supaya jangan minum air semasa makan atau sejurus selepas makan. Maka, saya hanya minum air setengah jam selepas makan. Ibu juga mengingatkan kami untuk tidak membuat jus buah-buahan sebaliknya ia harus dimakan begitu sahaja kerana kebanyakan zat di dalam buah-buahan akan hilang jika dikisar dan dijadikan jus.
Ibu berkerja dalam bidang kesihatan selama 30 tahun lebih dan beliau juga merupakan penyokong utama ketika saya mahu memulakan perniagaan. Walaupun kini ibu sudah berusia 69 tahun tetapi masih kuat dan sihat. Bayangkan, ibu masih aktif mendaki Gunung Kinabalu, pergi ke luar negara termasuk zon perang untuk misi kemanusiaan dan sebagainya. Saya memang kagum dengan ibu.
Sebab itulah saya menganggapnya juga sebagai ‘hero wanita’ kerana ibulah sumber kekuatan saya. Dalam usianya sekarang ibu masih kelihatan bertenaga, kekal cergas dan aktif.
Selain ikut petua ibu, saya juga lebih suka berbelanja membeli rangkaian produk dari Eropah. Walaupun ia berasaskan bahan-bahan natural dan organik tetapi kesannya sangat efektif serta bahan-bahan yang digunakan sangat berkualiti tinggi dan selamat.
AKTIF MUAY THAI
Setiap hari saya akan sampai rumah (dari pejabat) sekitar pukul 6-7 malam. Setiap malam juga (pada minggu bekerja) saya dan suami akan ke kelas Muay Thai pada pukul 8.30 malam. Tetapi sebelum keluar kami akan meluangkan masa terlebih dahulu bersama anak-anak di rumah. Pulang dari kelas iaitu kira-kira pukul 11.30 malam saya akan menyemak segala perancangan untuk hari esok termasuk membaca buku atau melakukan light research. Sekitar pukul 2 pagi barulah dapat melelapkan mata.
Hujung minggu pula adalah waktu berkualiti saya bersama keluarga. Walaupun saya dan suami tidak banyak masa untuk bersama anak-anak tetapi kami cuba memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka termasuk menyeimbangkan pelajaran dan hiburan.
Saya jarang keluar bersama rakan-rakan kerana kebanyakan mereka tinggal di Kuala Lumpur, saya pula di Senawang. Namun kalau ada masa, kami akan keluar untuk minum-minum dan membeli belah. Sebenarnya saya lebih selesa keluar bersama suami kerana beliau umpama teman rapat saya. Antara tempat kegemaran kami ketika keluar ialah kedai buku.
NASIHAT & TIP SUKSES
Saya banyak membaca termasuk mengalami sendiri detik susah senang dalam perniagaan. Untuk menjadi usahawan sukses haruslah fokus. Kedua, rajin membuat kajian. Allah SWT mengurniakan otak yang sama untuk berfikir tetapi bergantung kepada individu untuk memanfaatkannya dan sejauh mana kemampuan untuk berfikir.
Generasi sekarang sangat kurang membaca. Membaca artikel di internet tidak sama dengan membaca buku. Amalan membaca menjana tahap kemampuan otak dan cara kita berfikir sekaligus menambah nilai diri kita sebagai manusia dan usahawan.
Bergelar ibu dan usahawan bukan mudah untuk membahagikan masa. Satu perkara yang saya sentiasa amalkan ialah tidak tangguhkan kerja atau niat. Kerana jika kita ingin menunggu masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu, masa itu tidak akan tiba dan kerja atau perancangan akan sentiasa tertangguh.
PERNIAGAAN
ORGGA merupakan singkatan perkataan ‘organik’ yang melambangkan konsep produk selain mudah disebut dan diingati. Produk kecantikan ORGGA berasaskan bahan-bahan natural dan organik yang juga memfokuskan kepada penggunaan bahan-bahan botanikal berkualiti. 90 peratus bahan-bahan natural yang digunakan diimport dari United Kingdom, United States, Timur Tengah, Eropah dan China.
Saya berpendapat kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai stigma bahawa produk natural dan organik tidak begitu berkesan dan menunjukkan hasil yang perlahan. Mereka lebih suka memilih produk kecantikan yang kesannya pantas tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang ke atas kulit.
Ia menjadi cabaran buat saya untuk menghasilkan produk natural dan organik yang berkualiti serta berkesan di Malaysia. Justeru, saya mengambil inisiatif dengan menghabiskan masa lebih kurang satu tahun setengah untuk proses RND termasuk mengambil kursus memformulasi produk kecantikan berasaskan natural dan organik dari UK. Semoga produk kecantikan berasaskan natural dan organik terus mendapat sambutan baik di negara kita.”
Zaza merupakan graduan dalam bidang pengurusan teknologi multimedia dari Universiti Multimedia serta jurusan teknologi informasi bisnes dari Universiti Limkokwing.
Kredit Foto: Instagram @zaza_alzahra & @hanzaking
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah kejayaan figura ini membuka mata ramai orang untuk tidak berputus asa mencapai impian yang diimpikan. Nama Merry Riana tidak asing lagi dalam dunia perniagaan. Buku motivasinya yang bertajuk ‘Million Dolar Dream’ menjadi popular dan menarik perhatian orang di Singapura dan Asia Tenggara kerana menceritakan pencapaian Merry Riana yang berjaya menghasilkan $1,000,000 USD pada usia 26 tahun di samping mengimbas sejarah Merry yang belajar di Universiti Teknologi Nanyang yang berhutang sebanyak $ 40000 USD.
Kini, Merry berdiri megah dan senang untuk memberi motivasi kepada orang ramai mengenai perihal dunia perniagaan. Dia juga turut dilabelkan sebagai Motivator Wanita Nombor 1 di Asia. Kini, video-video motivasinya seringkali menjadi popular di laman sosial termasuklah di Instagram serta TikTok.
Merry Riana dilahirkan di Jakarta pada 29 Mei 1980. Hasratnya untuk memasuki Universiti Trisakti dalam jurusan teknik elektro terhalang disebabkan oleh rusuhan yang berlaku di Indonesia pada tahun 1998. Oleh disebabkan itu, dia mencari peluang belajar di Singapura dan berjaya belajar di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada tahun 1998 dengan bantuan biasiswa yang diterima dari kerajaan Singapura.
Ternyata kos pembelajaran amat tinggi menyebabkan Merry terpaksa melakukan beberapa pekerjaan untuk menanggung kos perbelanjaan hariannya. Dia pernah menjual surat khabar di tepi jalan, menjaga kedai bunga dan bekerja di hotel sebagai pelayan. Ketika itu, mee segera merupakan makanan rutin hariannya.
Selepas beberapa lama bekerja, Merry mula bertekad dan bercita-cita untuk mengubah hidupnya.
Merry mencuba nasib untuk menceburi bidang pekerjaan walaupun tanpa sebarang pengalaman dan juga sijil belajar. Firasatnya, berkemungkinan dia dapat meraih keuntungan dengan menyertai perniagaan saham dan pemasaran rangkaian (MLM), namun semuanya berakhir dengan sebuah kegagalan. Bukan itu sahaja, malah Merry juga mengalami kerugian 10.000 dolar dalam perniagaan saham.
Kecewa dengan kegagalannya menyebabkan Merry mengalami tekanan mental. Namun dia tidak mudah melatah dan tidak juga berputus asa. Dia memutuskan untuk belajar dalam bidang Industri Perancangan Kewangan kerana merasakan bidang itu mampu membuat dirinya mencapai impian dalam waktu yang singkat. Hari demi hari, setelah enam bulan bekerja, Merry telah berjaya untuk membayar segala hutangnya. Pada tahun pertama bekerja, dia telah berjaya menghasilkan $200,000 USD.
Pada tahun 2003 pula, Merry telah diberi penghargaan dalam kerjaya penasihat kewangan dan telah menjadi pengurus pada tahun 2004 dengan penubuhan syarikatnya sendiri. Seterusnya pada tahun 2006, beliau telah berjaya menghasilkan $1,000,000 USD dan juga telah menerima pelbagai anugerah.
Kini, Merry memiliki impian untuk memberikan impak positif bagi 1 juta orang di Asia, terutama di Indonesia. Salah satu kaedahnya ialah dengan menulis buku yang dapat memberi inspirasi kepada ramai orang terutamanya kepada anak-anak muda agar dapat mengikut jejak langkahnya mengubah kehidupan.
Akhirnya, buku bertajuk ”Dream of a million dollars” atau dalam bahasa ‘Mimpi Sejuta Dolar’ itu sendiri telah menjadi buku terlaris hanya dalam waktu satu bulan setelah dilancarkan. Buku itu menarik perhatian orang Singapura dan Asia Tenggara kerana menyingkap pencapaian Merry Riana yang berjaya menghasilkan $1,000,000 pada usia 26 tahun di samping mengimbas sejarah Merry yang belajar di Universiti Teknologi Nanyang yang berhutang sebanyak S $ 40000. Dia digelar Jutawan Di Usia Muda!
“Asalkan kamu bisa menjadikan hari ini hari yang lebih baik dari kemarin, hari ini kamu sudah menang”- Merry Riana
Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez akhirnya menikah selepas hampir 10 tahun bersama. Ketahui kisah cinta mereka dari butik Gucci hingga ke gerbang perkahwinan.