Menakluki seluruh perhatian dengan hentak sepatu stiletto tentunya membuatkan seseorang wanita terasa lebih seksi dan sempurna. Ya, jutaan wanita gemar menyarungkan sepatu jenis ini sebagai sebahagian item fesyen utama yang melengkapi hari mereka. Ramai juga yang sanggup berbelanja besar malah menahan sakit kaki dengan senyuman. Pun begitu, mampukah kaki itu melangkah yakin dalam kesakitan?

Berjalan dengan sepatu tinggi boleh mengubah mekanikal tubuh anda dalam usahanya untuk mengimbangi diri daripada terjatuh. Walaupun membentuk figura seksi, namun banyak padah menanti termasuk kepada struktur pinggul dan tulang belakang anda. Kajian menunjukkan bahawa wanita muda yang bersepatu tinggi melebihi 40 jam seminggu akan menunjukkan gaya berjalan yang berbeza berbanding wanita yang tidak memakainya dan gaya berjalan tersebut akan berkekalan walaupun tanpa sepatu sebagai akibat kecederaan yang dialami.

Tak Sangka Boleh Jadi Macam Ni Kalau Pakai HIGH HEELS Lebih 40 Jam!

 

KESAN KEPADA TAPAK KAKI

Tidak dinafikan bahawa pemakaian sepatu tinggi boleh meninggalkan impak negatif terhadap kesihatan kaki anda. Bentuk kaki bukan sahaja terjejas malah boleh mengakibatkan kesakitan jangka panjang serta risiko pembedahan jika perlu. Dari semasa ke semasa, pemakaian sepatu jenis ini atau sebarang sepatu berbentuk runcing atau ketat yang lain akan menyebabkan:

Tak Sangka Boleh Jadi Macam Ni Kalau Pakai HIGH HEELS Lebih 40 Jam!

  • BUNION: Keadaan ibu jari kaki yang membengkak atau bonjol pada sendi ibu kaki. Bunion juga sering ditandai dengan rasa sakit akibat benjolan tulang yang terbentuk

 

  • CORN: Peningkatan kulit tebal dan kasar boleh menyebabkan iritasi, malah tekanan kepada jari kaki anda. Keadaan ini disebabkan oleh geseran berulang antara kulit kaki dan kasut.

 

  • HAMMER TOE: Keadaan ini sering terjadi pada sendi jari kedua di sebelah ibu jari kaki, pabila ia terpaksa membengkok ke bawah kerana kasut yang ketat.

 

  • MORTON’S NEUROMA: Merupakan kecederaan pada saraf tengah tapak kaki. Ia menyebabkan tisu di bawah kaki menebal dan mengundang kesakitan atau kebas. Pembedahan diperlukan untuk membuang tisu ini bagi mengurangkan simptom sakit.

 

  • PUMP BUMP: Secara teknikalnya ia dikenali sebagai kecacatan Haglund iaitu pertumbuhan tulang di tumit kerana tekanan berterusan atau geseran di bahagian ikatan atau belakang kasut.

 

  • METATARSALGIA: Ini merupakan sejenis inflamasi yang menyakitkan pada tapak kaki akibat tekanan berterusan pada tulang metatarsal. Tulang ini terletak di antara jari kaki dan lengkungan kaki.

Tak Sangka Boleh Jadi Macam Ni Kalau Pakai HIGH HEELS Lebih 40 Jam!

Pemakaian sepatu tinggi juga meningkatkan risiko kecederaan buku lali kerana ia berkait dengan keseimbangan tubuh. Semakin tinggi tumit sepatu anda, semakin tinggilah risikonya. Ia juga menyebabkan anda sukar berjalan, terutamanya bagi wanita bertubuh kecil yang memiliki kaki yang pendek dan kecil. Anda berisiko tinggi untuk jatuh dan mengalami patah buku lali.

 

KESAN KEPADA PAHA DAN LUTUT

Selain tapak kaki, impak sepatu tinggi turut menjejaskan paha dan lutut anda. Meskipun ia dapat menjadikan kaki tampak lebih panjang, tirus dan terbentuk indah, namun ia juga mengundang masalah berjalan yang serius.

Tak Sangka Boleh Jadi Macam Ni Kalau Pakai HIGH HEELS Lebih 40 Jam!

  • ACHILLES TENDON: Sepatu tinggi boleh menyebabkan tendon Achilles memendek secara signifikan. Dari semasa ke semasa, banyak masalah akan muncul kerana tendon anda memerlukan ‘spring’ mencukupi untuk berjalan. Apabila tendon Achilles tidak dapat melaksanakan tugas ini, otot di bahagian bawah kaki akan mengambil alih dan menyebabkan kecederaan.

 

  • OTOT BETIS: Seperti tendon Achilles, sepatu tinggi juga menyebabkan otot Soleus dan Gastrocnemius memendek. Lama-kelamaan, paha betis menjadi semakin tegang dan sakit walaupun anda berjalan tanpa kasut.

 

  • LUTUT: Pemakaian sepatu tinggi menambah beban kepada lutut di bahagian dalam, tempat di mana wanita sering mengalami osteoartritis. Kajian menunjukkan tekanan pada sendi lutut ini akan meningkat sehingga 26% apabila sepatu tinggi dipakai.

Tak Sangka Boleh Jadi Macam Ni Kalau Pakai HIGH HEELS Lebih 40 Jam!

 

TIP KESELAMATAN

  • Hadkan tempoh pemakaian kepada 2-3 kali seminggu. Jika boleh, tanggalkannya selalu apabila anda duduk.
  • Apabila duduk, lenturkan otot betis anda dan putarkan buku lali untuk meregangkan otot.
  • Pilihlah gaya sepatu baji berbanding stiletto. Kasut baji memberi lebih sokongan dan tidak menyebabkan pergerakan lateral seperti stiletto.
  • Beli sepatu pada waktu siang atau malam pada ketika kaki lebih besar sedikit berbanding waktu pagi untuk memastikan keselesaan anda.
  • Pakai sepatu tinggi pada majlis istimewa sahaja dan carilah rekaan yang dapat memberi keselesaan dan menyokong tubuh badan anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI