Sikap ‘menayang’ handbag jenama mewah seperti Chanel, memandu kereta Ferrari atau Porche sambil memakai pakaian jenama Gucci di laman sosial bukan lagi gaya hidup golongan berharta untuk menunjukkan kekayaan mereka lagi. Sikap menayang jenama-jenama mewah dan mahal ini dikatakan sudah ketinggalan zaman.

IKLAN

TAYANG Handbag & Kereta Mewah So Ketinggalan, Orang Kaya Kini ‘Tayang’ PENDIDIKAN & KESIHATAN

Masyarakat berstatus elit kini lebih mengutamakan keselamatan privisi mereka sekeluarga. Golongan Rich & Famous ini lebih selesa memilih kediaman yang jauh daripada kesibukan dan hiruk-pikuk bandar. Malah alamat kediaman mereka sukar dikesan melalui Google Street View dan Waze.

TAYANG Handbag & Kereta Mewah So Ketinggalan, Orang Kaya Kini ‘Tayang’ PENDIDIKAN & KESIHATAN

Jika dahulu jenama mewah yang menjadi kegilaan wanita hanya boleh dimiliki oleh golongan kaya-raya sahaja. Namun kini jenama mewah tersebut mampu dimiliki oleh golongan kelas atasan dan golongan kelas pertengahan. Sedangkan golongan kaya membeli jenama mewah sebagai pelaburan semata-mata.

Terbaharu trend golongan elit era moden tidak lagi menunjukkan kekayaan dengan gaya sebegitu sebaliknya mereka kini memilih untuk melabur dalam pendidikan dan kesihatan. Keluarga kaya kini sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

TAYANG Handbag & Kereta Mewah So Ketinggalan, Orang Kaya Kini ‘Tayang’ PENDIDIKAN & KESIHATAN

Mereka akan menghantar anak-anak ke sekolah swasta dengan silibus tertentu dan pengkhususan tertentu mengikut target masing-masing. Kemudian keluarga kaya ini akan menghantar anak mereka ke universiti ranking terbaik di dunia seperti Universiti Harvard atau Universiti Oxfords.

IKLAN

Begitu juga dengan tahap kesihatan. Keluarga kaya era modenisasi akan memilih kediaman yang mempunyai kawalan rapi dengan kawasan sekitar yang indah dan penuh dengan pokok-pokok. Mereka sanggup membayar kediaman sebegitu apatah lagi lengkap dengan kawasan riadah dan mempunyai gym khas untuk penduduk setempat sahaja.

TAYANG Handbag & Kereta Mewah So Ketinggalan, Orang Kaya Kini ‘Tayang’ PENDIDIKAN & KESIHATAN

IKLAN

Malah ada yang sanggup membayar yuran keahlian yang tinggi pusat kecergasan dan mengupah fitness instructor untuk menjaga jadual dan tahap kecergasan mereka.

Begitu juga dengan rawatan di hospital. Mendapat rawatan yang terbaik dengan mengambil pelan kesihatan dengan syarikat insurans dengan bayaran bulanan yang tinggi. Ada juga yang menggajikan jururawat peribadi di rumah jika dijangkiti penyakit dan sebagainya. Sebab itu kita dapat melihat terdapat banyak hospital swasta dibuka setiap tahun.

TAYANG Handbag & Kereta Mewah So Ketinggalan, Orang Kaya Kini ‘Tayang’ PENDIDIKAN & KESIHATAN

Sumber: https://www.businessinsider.my

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI