Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat kembali ke tanah air hari ini, selepas empat hari melakukan lawatan negara ke Singapura, bermula Selasa lepas (25 Oktober).
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.
Sejurus ketibaan itu, Tunku Azizah dipersembahkan jambangan bunga oleh seorang kanak-kanak sebagai mengalu-alukan keberangkatan pulang Seri Paduka berdua ke tanah air.
Seri Paduka berdua kemudian menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada empat pegawai diketuai Mejar Abdul Hafizi Abdul Halim dan 103 anggota dengan diiringi tembakan meriam 21 das serta lagu Negaraku.
Istiadat menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka berdua itu disusuli dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Ads
Seri Paduka berdua berangkat ke Singapura pada Selasa lepas atas undangan Presiden Singapura Halimah Yacob.
Jadual lawatan Al-Sultan Abdullah bermula dengan lawatan ke Asian Civilisations Museum dan Edible Garden City pada 25 Oktober, manakala Tunku Azizah turut berangkat melawat Gardens by the Bay pada sebelah malamnya.
Seri Paduka berdua turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong serta beberapa menteri Singapura disusuli Majlis Santapan Tengah Hari yang dihoskan Lee dan isteri, Ho Ching pada 26 Oktober.
Ads
Pada hari sama, Seri Paduka berdua berangkat ke Majlis Santapan Malam di Istana dan diberikan sambutan negara selain mengadakan pertemuan dengan Presiden Singapura Halimah Yacob dan suami Mohammed Abdullah Alhabshee.
Ketika lawatan negara Seri Paduka berdua, Singapura menamakan satu spesies orkid hybrid sempena dengan nama Raja Permaisuri Agong iaitu ‘Queen Azizah of Malaysia’ dalam Majlis Penamaan Orkid yang diadakan di Istana pada Rabu.
Program Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong diaturkan berasingan pada sebelah pagi hingga petang semalam, dengan Al-Sultan Abdullah berangkat mengadakan dua lawatan bermula di Pusat Pelawat NEWater iaitu loji merawat serta memproses air yang digunakan untuk bekalan rakyat Singapura, disusuli lawatan di Kem Pasir Ris yang merupakan institut latihan ketenteraan republik itu.
Ads
Tunku Azizah pula berangkat mengadakan lawatan di National Library of Singapore, National Museum of Singapore serta Persatuan Pandu Puteri Singapura dan mengurniakan sumbangan wang S$15,000 kepada organisasi tersebut pada 27 Oktober.
Pada Khamis malam, Seri Paduka berdua berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama diaspora Malaysia di Hotel Shangri-La dan meluangkan masa lebih dua jam serta bergambar dengan rakyat Malaysia yang hadir di majlis itu.
Lawatan Seri Paduka berdua ke Singapura mencerminkan hubungan dua hala yang rapat dan istimewa di antara kedua-dua negara bermula sejak 57 tahun lalu.
Selebriti bertaraf antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh turut tidak ketinggalan melahirkan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan negara dalam mengekang penularan wabak Covid-19. Meskipun menetap di luar negara dan jarang pulang ke tanah air atas kekangan tugas namun tidak bermakna wanita kelahiran Ipoh, Perak ini melupakan Malaysia sama sekali.
Sedar situasi pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh terus mengikuti perkembangan semasa negara dari jauh. Menerusi perkongsiannya di Instagram beberapa jam lepas, kelihatan bintang Crazy Rich Asians ini memuatnaik gambar dirinya memegang sekeping cardboard bertulis ‘Stay Home Please’ selain berkongsi gambar para kakitangan perubatan Malaysia memegang kertas yang bertulis ‘We stayed work for you, you stay home for us!’
Bersama Henry Golding, aktor Crazy Rich Asian yang juga rakyat Malaysia
Antara pesanan yang diberikan aktres berbakat besar ini, “Frontliner, our heroes pleading for you to stay at home! Please please stay home, stay safe. Stay home, stay positive, stay strong. From the safe hands challenge to social distancing to taking care of yourself and your community. We must all do our part to stop the spread of coronavirus.”
Tan Sri Michelle Yeoh yang kini menyertai United Nations Development Programme (UNDP) bermatlamat membantu segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia yang kekurangan dan terjejas susulan Covid-19 ketika ini turut memaklumkan, “I’m joining UNDP to spread the word and peace, not the virus. Coronavirus transcends race, gender, faith, ethnicity and borders. Today, UN Secretary-General Antonio Guterres is calling for a global ceasefire so the world is able to win the war against our common enemy, Covid-19.
Menelusuri perjalanan karier seni Tan Sri Michelle Yeoh sebelum namanya terus gah di mata dunia, wanita berusia 58 tahun ini pernah menjuarai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia suatu ketika dulu dan bakat lakonannya mula disedari sewaktu beliau bergandingan bersama Jackie Chan dalam pengambaran seni mempertahankan diri pada tahun 1984.
Setahun kemudian Tan Sri Michelle Yeoh menerima tawaran berlakon untuk sebuah filem aksi daripada produksi perfileman Hong Kong.
Kini setelah hampir 36 tahun menceburi dunia lakonan dan aksi lasak, nama Tan Sri Michelle Yeoh terus dikenali barisan pelakon antarabangsa. Antara lakonan mantap
Tan Sri Michelle Yeoh termasuklah menerusi Star Trek: Discovery, Crazy Rich Asians, Crouching Tiger Hidden Dragon, Memoirs of A Geisha dan James Bond Tomorrow Never
Dies.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
11 Januari pastinya menjadi tarikh yang diingati oleh setiap peminat seni tanah air kerana ia merupakan tarikh kelahiran penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Setiap kali menjelang tanggal 11 Januari saban tahun, isteri kepada Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa ini bukan hanya diraikan oleh kaum keluarga dan peminat tersayang malah stesen radio tempatan juga mengambil peluang ini untuk memutarkan lagu-lagu popular dendangan Dato’ Sri Siti sebagai menghargai karier anak seni berbakat besar tersebut.
Antara stesen radio terlibat yang turut meraikan hari lahir Dato’ Sri Siti hari ini termasuk Hot FM, THR Gegar, Kool FM, ERA FM, Suria FM, Sinar FM dan Best FM. Wah, bertuahnya insan bernama Dato’ Sri Siti Nurhaliza!
Tulis Dato’ Sri Siti dalam Instagram @ctdk, “Saya terharu apabila pihak radio-radio ini (saya yakin stesen lain juga mendukung perjalanan karier saya dengan cara tersendiri) mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahiran saya adalah satu penghormatan yang tidak pernah saya jangka.
Kerjasama di antara penyanyi dan stesen radio ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan dan mendukung di antara satu sama lain. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang mengadakan slot istimewa pada 11 Januari 2018. Ini adalah sesuatu yang amat kami hargai dan tentunya menjadi hadiah yang bermakna buat saya.”
Tidak cukup dengan itu, pada hari yang cukup bermakna ini juga Dato’ Sri Siti Nurhaliza akhirnya terbuka untuk berkongsi jantina bayi yang bakal dilahirkan pada Mac nanti.
Tahniah, Dato’ Sri Siti dan suami. Moga bayi perempuan yang dilahirkan kelak membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna kepada agama dan masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersandarkan status dan pangkat bapanya sebagai ahli politik terkenal, Najwa Mahiaddin boleh mengambil ‘jalan singkat’ untuk dikenali dan berjaya dengan mudah. Namun anak seni berusia 33 tahun ini memilih untuk bermula dari bawah dan jauh daripada ‘spotlight’ populariti bapa tersayang. Apatah lagi, kini bapanya merupakan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasssin.
Sepanjang bergelar pemuzik, Najwa yang kini dikenali sebagai Njwa Mahiaddin dilihat tidak gemar mencampuri urusan politik bapanya. Malah, ketika Tan Sri Muhyiddin masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) pun… dia seboleh-bolehnya mengelak status sebagai anak TPM diketahui umum. Mungkin kerana bimbang hal tersebut lebih menarik perhatian masyarakat berbanding bakatnya dalam karier muzik.
Nama Njwa mula meniti di bibir peminat sejak dendangan lagu duetnya bersama Malique iaitu Senyum berkumandang di corong stesen radio tanah air sekitar tahun 2010. Dari situ, Njwa semakin aktif mengubah lagu dan menyertai pertandingan nyanyian. Antara lagu popular Njwa termasuk Got To Go, Sweet October dan Sama Saja.
Tidak pernah selektif dalam membuat persembahan, Njwa dikhabarkan tetap menerima mana-mana pelawaan nyanyian tidak kira berskala kecil mahupun besar. Semuanya kerana rasa cintanya terhadap muzik. Lebih membanggakan, wanita berusia 33 tahun ini pernah menggondol anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18.
Njwa di samping suami
Mengintai latar belakang penyanyi bersuara unik ini, Njwa merupakan anak ketiga daripada empat beradik bagi pasangan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Njwa juga pernah mendedahkan dia tidak datang dari keluarga yang berlatar belakangkan muzik tetapi minat terhadap dunia seni hadir ketika dia mengikuti kelas piano dan muzik sejak kecil. Dia turut menjalin hubungan baik bersama penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna ketika kedua-duanya pernah berpadu suara dalam sebuah konsert.
Meniti tanggal 26 Mac ini genap lima tahun Njwa bergelar isteri kepada Idris Koh yang merupakan salah seorang ahli muzik yang sering mengiringi Njwa dalam setiap persembahannya.
Kredit foto: Instagram Njwa Mahiaddin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!