Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62 yang berlangsung hujung minggu lalu menyaksikan kategori wanita dimenangi peserta Malaysia iaitu Sofizah Mousin dengan meraih markah sebanyak 89.66 peratus. Sofizah Mousin merupakan johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 mewakili Selangor.

IKLAN

Qari Bahrain, Qariah Malaysia, SOFIZAH MOUSIN juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa
Bagi kategori lelaki pula, ia dimenangi peserta dari Bahrain, Mohamed Sameer Mohamed Magahed (93.33 peratus) diikuti peserta Malaysia, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan (88.83 peratus). Juara bagi kedua-dua kategori membawa pulang hadiah berupa piala, sijil penghargaan dan wang tunai, bagi tempat kedua serta ketiga turut membawa pulang hadiah sama.

Qari Bahrain, Qariah Malaysia, SOFIZAH MOUSIN juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa
Penyampaian hadiah kepada pemenang tempat pertama hingga kelima daripada dua kategori tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Qari Bahrain, Qariah Malaysia, SOFIZAH MOUSIN juara Tilawah Al-Quran AntarabangsaTurut hadir di majlis tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff.

Qari Bahrain, Qariah Malaysia, SOFIZAH MOUSIN juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa
Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-62 disertai 36 peserta melibatkan 28 buah negara dan dihakimi oleh 16 hakim iaitu pakar-pakar dalam bidang al-Quran dari dalam dan luar negara.

Majlis tersebut berlangsung selama enam hari iaitu daripada 19 Oktober lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Bertemakan “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran,” majlis itu berlangsung selama enam hari bermula Rabu lepas, melibatkan 36 peserta dari 28 negara.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 secara keseluruhannya melibatkan 36 orang peserta merangkumi 24 Qari dan 12 Qariah dari 28 buah negara yang bertanding bagi memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum.

IKLAN

Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-62 adalah yang pertama kali diadakan selepas dua tahun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

Qari Bahrain, Qariah Malaysia, SOFIZAH MOUSIN juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa
Bagaimanapun, hanya kategori tilawah yang dipertandingkan kali ini, manakala kategori hafazan akan kembali pada tahun hadapan.

IKLAN

Untuk rekod, Malaysia merupakan negara Islam pertama di dunia  menganjurkan pertandingan membaca Al-Quran ataupun dikenali sebagai Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa iaitu pada tahun 1960.

Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dijenamakan semula dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dan yang terkini dinamakan sebagai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sejak tahun 2014.

Sumber: UTUSAN

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI