Selebriti popular dan kaya Indonesia, Syahrini sememangnya cukup sinonim dengan gaya hidup mewah. Apa sahaja yang digayakan Syahrini dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya berjenama antarabangsa dan mahal! Terbaharu, perkongsian Syahrini yang dikhabarkan sedang berada di kampung halaman suaminya di Tokyo menarik perhatian ramai. Apatah lagi dunia ketika ini termasuk negara Jepun sedang ‘berjuang’ menangani pandemik Covid-19 dan melaksanakan darurat di sana.
Menerusi laman media sosial miliknya, Syahrini mendedahkan dia dan suami, Reino Barack selamat tiba di Tokyo pada 20 Disember lalu. Daripada gambar yang dikongsikan kelihatan wanita cantik ini di samping suami tercinta menaiki jet peribadi untuk sampai ke Negara Matahari Terbit tersebut. Malah, dia memaklumkan perjalanan untuk ke Tokyo kali ini berbeza daripada kebiasaan dan terpaksa melalui pengawasan yang ketat.
“Kemarin selama 7 jam tepat sampai Tokyo. Untuk yang pertama kalinya travelling ke luar negeri setelah satu tahun diam di rumah dan hanya sekali saja travelling ke Bromo dan Borobudur. MashaAllah rasanya campur aduk travelling di era pandemik ini. Ga bisa (tak boleh) diungkapkan dengan kata-kata. Dengan segala macam protokol kesihatan penerbangan yang begitu ketat.
Tapi semuanya disyukuri saja dengan ucapan ‘Alhamdulillah terima kasih Ya Allah Ya Rabb’. Telah selamatkan kami semua selamat sihat sampai ke kampung halamannya Reino Barack.”
Pastinya perjalanan Syahrini dan suami ke Tokyo kali ini penuh dengan warna-warni. Mana tidaknya, bagi pasangan romantis yang sering melancong ke seluruh pelusuk dunia ini… peluang dapat ke Tokyo sudah tentu memberi nafas baharu dan dimanfaatkan sebaik mungkin. Pun begitu, Syahrini mengakui timbul rasa khuatir setiap kali mahu ke luar rumah.
Ads
Ujar Syahrini, “Aktiviti isteri selama pandemik, grocery kebutuhan sehari-hari bersama suami. Walaupun grocery dan makan di dekat rumah saja dan hanya berani keluar rumah di seputaran rumah, tapi rasanya tetap campur aduk ketika harus melangkah keluar rumah.
Rasanya betul-betul nga bisa (tak bisa) diungkap dengan kata-kata. Untungnya cuaca di Tokyo tak terlalu dingin seperti Disember tahun lalu. Cerita baru di Tokyo, ada 14 orang dari Inggeris membawa virus baru yang penyebarannya lebih cepat. Jadilah Tokyo lockdown kembali sejak 2 hari yang lalu. Wahai pandemik, segeralah berlalu.”
Ads
Meskipun berwaspada dengan penularan wabak Covid-19, penampilan Syahrini dalam berfesyen tidak pernah menghampakan. Dia merupakan seorang wanita yang amat menitikberatkan penampilan diri. Kerap menyarung jacket kerana cuaca di sana yang sejuk ketika ini, aksesori dan beg yang digayakan Syahrini ternyata dari label mewah antarabangsa.
Cermin mata hitamnya berjenama Chanel, persalinan pula jenama Gucci sementara beberapa beg tangan yang dibimbit pula dari jenama Hermes pelbagai saiz dan jenis! Memang Syahrini tidak pernah ‘kalah’ berfesyen.
Ads
Semoga Syahrini dan suami berada dalam keadaan selamat dan dilindungiNya sepanjang berada di sana.
Kredit: Instagram Syahrini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mahkota Diraja merupakan salah satu alat kebesaran yang dijaga dengan penuh tertib sejak berzaman lagi. Ia adalah sebahagian daripada simbol kedaulatan raja dan sesebuah negeri.
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, juga sering mengenakan mahkota dalam acara rasmi yang dihadirinya.
MAHKOTA NENDA SULTAN SELANGOR
Foto: Instagram @selangorroyalofficial
Baru-baru ini ketika berkongsi potret sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-49 di laman rasmi keluarga diraja Selangor, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin buat pertama kalinya telah mengenakan perhiasan Mahkota yang pernah dipakai oleh nenda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Maha Mulia Almarhum Tengku Ampuan Raja Jemaah.
MAHKOTA BERTATAHKAN BERLIAN
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin juga sering kelihatan menggayakan tiara bertatahkan berlian ini untuk menghadiri majlis rasmi Istiadat diraja.
MAHKOTA DI ISTIADAT PERTABALAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Bagi menghadiri Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Balairung Seri, Istana Negara, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menggayakan mahkota diraja ini.
Tengku Permaisuri Norashikin yang juga merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2005.
TRIVIA
Mahkota DYMM Tengku Ampuan Selangor
Mahkota bertatah berlian, batu delima merah dan diikat dengan emas tulen dipakai oleh DYMM Tengku Ampuan Selangor ketika Istiadat Kemahkotaan banginda dan juga istiadat pertabalan DYTM Raja Muda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga, pasangan ini dikhabarkan sedang bercuti ke luar negara.
Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Buah Hati Putera Mateen
Dalam hantaran terbaharu anakanda Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ini di media sosial, Putera Mateen dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah kini menikmati percutian musim sejuk di kota London.
Tidak sekadar melancong di samping isteri tercinta, Putera Mateen turut memuat naik momen istimewa bertemu Ketua Negara Britain, Putera Charles dan Perdana Menteri, Keir Starmer.
“It was an honour to meet King Charles III once again, as well as the Prime Minister. We take great pride in the enduring bond between Brunei and the UK – like old friends reconnecting.”
Putera Mateen Ucap Hari Lahir Buat Anisha Rosnah
6 November lalu, putera diraja kacak ini menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran ke-30 buat isteri tercinta.
Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan diraja gilang-gemilang itu, Istiadat Perkahwinan Diraja berlangsung selama beberapa hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari 2024, Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari dan Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.
Acara kemudian diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.
Sejak bergelar suri hati Putera Mateen, penampilan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah menjadi tumpuan ramai kerana kejelitaan yang dimiliki.
Difahamkan wanita cantik ini ialah cucu penasihat negarawan Brunei dan pasangan diraja ini sudah mengenali sejak kecil. Malah, Putera Mateen bersahabat baik dengan abang Pengiran Anak Isteri Anisha iaitu Daniel Deen Isa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita memang suka mendengar pujian kerana ia dapat menaikkan semangat dan self-esteem dirinya. Namun kadang-kadang ungkapan dan pujian yang diberi juga ada makna lain di sebaliknya. Ungkapan ‘hot mama’ ini ada dua makna. Mungkin bagus mungkin tidak. Misalnya:
Anda seorang ibu yang berumur antara 45-55 tahun ke atas dengan ketinggian yang tak seberapa dan ukuran badan yang montel sedikit dan memakai skirt pendek atas paras lutut dengan blaus tali kecil yang ketat – anda juga bole dipanggil hot mama tetapi dengan nada yang sinikal kerana ia jolokan yang bertujuan tidak jujur kerana anda berpakaian tidak sesuai dengan umur anda dan dianggap seorang yang keterlaluan.
Foto: @shshawati
Dan mungkin pula anda memakai pakaian yang sesuai dengan umur anda serta mengalih perhatian daripada kecacatan badan yang ada dan mengenakan pakaian yang up to date tetapi ada stail tersendiri disamping menjaga kesihatan kulit muka dan badan kelihatan sihat dan bertenaga dan konsisten dalam menjaga penampilan- maka anda juga boleh diiktirafkan sebagai hot mama tetapi dengan pandangan yang tepat.
Kadang-kadang orang memberi pujian dengan tujuan untuk menyedarkan diri kita tetapi disampaikan dalam pelbagai cara yang mempunyai makna yang terselindung dan kita perlu tahu how to read in between the lines…
Foto: @shshawati
Maka apa pilihan anda?
Tips dari saya untuk kelihatah bergaya dan trendy untuk kaum ibu ialah:
1] Tahu kelemahan dan asset kita di mana dan serlahkan asset itu. Kebanyakkan wanita diperingkat umur 40 ke atas akan mengalami masalah lebih lemak di perut dan peha maka elakkan daripada memakai singlet atau t-shirt yang terlalu ketat tetapi pilih yang ada kedutan atau warna yang sedikit gelap di bahagian yang bermasalah ini untuk menutup kekurangan itu.
2] Elakkan mengkerinting rambut kerana kerintingan akan menampakkan seseorang itu lebih matang dan berusia. Pilih stail rambut yang pratikal dan senang digayakan mengikut cara hidup anda dan juga personaliti anda.
Foto: @Shshawati
3] Imej yang sesuai untuk seorang ibu ialah sopan, tertib tetapi bergaya dan sofistikated. Penggunaan aksesori juga boleh menambah gaya walaupun hanya memakai t-shirt putih sahaja. Jangan menjadi mangsa trend tetapi serlah kan gaya tersendiri dengan lebih kreatif. Tidak semua trend sesuai untuk semua orang tetapi boleh mengikut trend dengan menggunakan elemen trend itu dalam dos yang kecil.
Teknik suaipadan juga boleh digunakan untuk menghasilkan gaya yang trendy. Misalnya menggunakan baju kemeja –T- putih dengan jeans biru gelap dipadankan dengan aksesori silver yang ranggi dan kasut tumit tinggi 3 inci strapies boleh memberi anda the trendy look for young moms of today. Gunakan bag yang besar dalam jenis kulit dalam warna yang terang atau bold. That’s it you look stylish already!
4] Personal hygiene mesti dijaga setiap masa, Kebersihan diri dan kesihatan diri perlu diutamakan setiap masa. Rambut yang berminyak akan menghasilkan kulit muka yang berminyak dan akan membuat seseorang itu kelihatan sugul dan tidak bermaya. Jaga kesihatan kulit dan rambut.
Wanita kini harus mengikis tabiat ‘ kalau dah kahwin jadi ibu tak perlu bersolek lagi’seperti ini. Tabiat ini akan merugikan diri anda sendiri. Diri wanita umpama bunga yang mekar, lagi mekar , segar dan harum bunga itu serta warnanya yang ceria maka ia akan dijual dengan lebih laris orang membelinya. Tetapi jika bunga sudah layu dan pudar dan hilang serinya maka tiada yang ingin menyentuhnya. Your value is what you dictate for yourself!
Foto: @shshawatifoto: @shshawati
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang bangga dengan kejayaan anak Malaysia yang melakar sejarah tersendiri dalam apa jua bidang sekaligus mengharumkan nama negara di mata dunia.
Seperti mana Zul Hakim...