Agak lama tidak beraksi di layar perak,  nama Laudya Cynthia Bella meniti di bibir peminat filem Indonesia apabila aktress dan usahawan berusia 35 tahun itu memegang watak utama sebagai Siti Raham dalam filem BUYA HAMKA.

IKLAN

Tetap Cantik Meski Dalam Solekan Versi Orang Tua, Wajah LAUDYA CYNTHIA BELLA Dipuji Punya Kecantikan Asli!

Filem yang mula ditayangkan di seluruh pawagam di Indonesia sempena kedatangan Ramadan ini dikatakan sebagai filem termahal dalam sejarah penerbitan filem di Indonesia. Mana tidaknya, filem arahan sutradara terkenal Indonesia iaitu Fajar Bustomi dan ditulis oleh Alim Sudio serta Cassandra Masardi ini mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan sepenuhnya dan menelan belanja kira-kira AS$12 juta (sekitar RM53,670,000).

Tetap Cantik Meski Dalam Solekan Versi Orang Tua, Wajah LAUDYA CYNTHIA BELLA Dipuji Punya Kecantikan Asli!
Foto: Instagram @laudyacynthiabella

Malah dua produksi gergasi Indonesia iaitu Falcon Pictures dan Starvision telah bergabung untuk menerbitkan filem ini dengan kerjasama Majlis Ulama Indonesia. Memandangkan ia merupakan filem biopik, sudah semestinya ia telah digarap sempurna dengan segala aspek diberi perhatian khusus untuk memastikan penghasilan filem tersebut menepati fakta mengenai tokoh yang diketengahkan.

Tetap Cantik Meski Dalam Solekan Versi Orang Tua, Wajah LAUDYA CYNTHIA BELLA Dipuji Punya Kecantikan Asli!
Foto: Instagram @buyahamkamovie

Dalam filem tersebut, Laudya Cynthia Bella perlu menjalani sesi solekan prostetik untuk memastikan wajahnya mirip dengan isteri kepada Buya Hamka iaitu Siti Raham. Menariknya, meskipun disolek seperti wanita yang sudah berumur, kejelitaan Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra disapa Bella tetap terserlah!

Tetap Cantik Meski Dalam Solekan Versi Orang Tua, Wajah LAUDYA CYNTHIA BELLA Dipuji Punya Kecantikan Asli!

Tetap Cantik Meski Dalam Solekan Versi Orang Tua, Wajah LAUDYA CYNTHIA BELLA Dipuji Punya Kecantikan Asli!

Menurut Bella, ia merupakan pengalaman pertama dirinya melalui proses solekan prostetik. Meskipun terpaksa menghabiskan masa selama empat jam untuk mendapatkan efek solekan terbaik, selebriti yang juga merupakan bekas isteri Engku Emran ini ternyata puas dapat merealisasikan peranan sebagai isteri Buya Hamka yang disifatkan sebagai figura wanita yang penuh kesopanan dan berkarisma.

IKLAN

Tetap Cantik Meski Dalam Solekan Versi Orang Tua, Wajah LAUDYA CYNTHIA BELLA Dipuji Punya Kecantikan Asli!

Tetap Cantik Meski Dalam Solekan Versi Orang Tua, Wajah LAUDYA CYNTHIA BELLA Dipuji Punya Kecantikan Asli!

IKLAN

Mengimbas semula, Erra Fazira pernah menjalani proses solekan khas tua dalam filem Hingga Hujung Nyawa  pada tahun 2004. Filem yang dibintangi oleh  Erra Fazira dan Datuk Yusry Abd Halim merupakan  filem pertama yang menggunakan kesan khas solekan bagi menukarkan wajah pelakon (Erra Fazira) menjadi watak seorang tua berusia 78 tahun. Kos untuk kesan khas solekan menggunakan bahan silikon ialah sebanyak RM350,000. Filem ini ditayangkan pada 22 Julai 2004.

Tetap Cantik Meski Dalam Solekan Versi Orang Tua, Wajah LAUDYA CYNTHIA BELLA Dipuji Punya Kecantikan Asli!

Admin rasa, wajah Laudya Cynthia Bella apabila berusia 70-an kelak mesti tidak banyak berubah memandangkan Bella seorang wanita yang mementingkan penampilan diri dan menjaga wajah dengan perawatan sewajarnya. Lihat sahaja kemulusan kulitnya dengan solekan yang minimalis, tetap anggun dan berseri. Memang awet muda!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI