
Kemunculan Thalita di pentas eksklusif ‘Konsert By Ajai & Mega Friends Singapore’ baru-baru ini cukup istimewa kerana ia mengimbau semula memori kita kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Bukan sahaja melihat sosok Thalita yang persis arwah ibunya itu bahkan koleksi lagu yang disampaikan termasuk duet bersama bapanya menerbitkan rasa rindu yang tak berpenghujung. Begitu kuat aura arwah Siti Sarah Raisuddin dalam diri Thalita.
Sebelum pemergiannya, Siti Sarah merupakan seorang penyanyi berbakat besar di Malaysia serta sukses dalam bsines.
Pemilik nama penuh, Dzahira Talita Zahra ini bukan hanya mewarisi kecantikan ibunya itu malah vokalnya juga dikatakan seakan-akan sama.
Impiannya untuk mengikut jejak langkah arwah ibu sebagai seorang penyanyi yang hebat suatu hari nanti.
View this post on Instagram
Minatnya terhadap dunia hiburan begitu menyerlah apatah lagi mendapat sokongan kuat daripada keluarga terutama bapanya, Shuib yang merupakan seorang pelawak, usahawan dan penyampai radio terkenal.


Datuknya, Raisudin Hamzah juga sentiasa memberi dorogan dan tunjuk ajar kepada Thalita bagaimana untuk menjadi seorang penyanyi yang hebat seperti arwah ibunya.
Tidak terkecuali, ibu tirinya Watie Hanifiah yang sentiasa ada bersama.
BACA JUGA: “Sahabat Dunia Akhirat” Isteri Mark Adam Rindu Momen Terakhir Di Mekah Bersama Siti Sarah


Betapa bertuahnya Talita dikelilingi insan-insan tersayang yang sentiasa menyokong apa jua minatnya di saat dia sedang melalui fasa usia seorang remaja. Thaliita kini berusia 12 tahun.


Disolek Oleh Jurusolek Profesional
Selain terpegun dengan vokal Thalita yang kian mantap serta penampilannya yang penuh keyakinan, gaya elegen Thalita menyarungkan dress rona soft pink meraih perhatian ramai.

Begitu juga dengan solekan dan dandanan rambutnya yang simple namun tetap menyerlahkan kecantikan semula jadinya sebagai seorang anak dara sunti.
Rupa-rupanya, Thalita mendapat sentuhan solekan daripada jurusolek profesional terkenal tanahair iaitu Tiar Zainal.
View this post on Instagram
Sentuhan magis Tiar Zainal sememangnya cukup terkenal di kalangan artis-artis popular dan golongan kenamaan termasuk kerabat. Penampilan Thalita pada konsert itu kelihatan sangat eksklusif!
Untuk info, Shuib dan Siti Sarah Raisuddin mendirikan rumahtangga pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

Allahyarhamah Siti Sarah meninggal dunia pada usia 36 tahun akibat jangkitan COVID-19. Pada 9 Ogos 2021 arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




















