“Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya. Seseorang Itu Mesti Berusaha Keras Untuk Menjadi Yang Terbaik” begitulah pegangan Tiara Suraya. Setiap mata yang memandang pasti tertarik dengan aura dimiliki, mana tidaknya, wanita ini memiliki wajah cantik dan tutur kata yang sentiasa tersusun indah. Pemilik nama Tiara Suraya, 24, merupakan seorang wanita muda yang berjaya dalam dunia perniagaan kecantikan.

Ads

Pengasas jenama kecantikan Venus Rose ini adalah contoh inspirasi wanita muda yang berjaya menembusi dunia perniagaan kecantikan dan kesihatan kulit. Meskipun baru memulakan perjalanan perniagaannya pada Januari 2024, Tiara Suraya sudah membuktikan dirinya sebagai seorang usahawan yang berwawasan dan mempunyai matlamat besar dalam industri ini. Melalui Venus Rose, Tiara Suraya bukan sekadar fokus kepada produk kecantikan, tetapi juga mengangkat konsep women empowerment dan integriti wanita.

“Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya”

“Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya. Seseorang Itu Mesti Berusaha Keras Untuk Menjadi Yang Terbaik” Tiara Suraya

Memulakan bicara, Tiara Suraya berkata, dia mula berkecimpung dalam dunia perniagaan bagi membantu wanita meningkatkan keyakinan diri melalui penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit.

“Sebenarnya impian saya sejak kecil ingin menjadi seorang doktor. Saya mahu membantu orang, khususnya wanita dari segi perubatan. Tapi apabila meningkat dewasa impian tersebut mula berkembang dan saya sedari bukan saja dari segi perubatan malah saya juga boleh membantu wanita menjaga kecantikan dan kesihatan kulit,” kongsi Tiara Suraya yang menyedari bahawa kecantikan luar dan dalam juga penting untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang wanita.

Dek kerana itu juga dirinya tertarik untuk melanjutkan pelajaran berkaitan kecantikan. Wanita hebat ini juga merupakan pemilik dua ijazah sarjana muda, pertama dalam jurusan Kosmetik & Kecantikan diikuti dengan ijazah kedua dalam bidang Sains Kimia Kosmetik.

Berbekalkan pendidikan yang kukuh, Tiara Suraya memutuskan untuk menubuhkan Venus Rose, sebuah jenama yang menawarkan produk kecantikan dan penjagaan kulit berkualiti tinggi. Menurutnya, fokus utama Venus Rose adalah pada bahan-bahan terbaik dan inovasi dalam produk yang semuanya dihasilkan dengan teliti dan dinilai oleh pakar-pakar dalam industri kecantikan.

“Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya. Seseorang Itu Mesti Berusaha Keras Untuk Menjadi Yang Terbaik” Tiara Suraya

Sumber Inspirasi

Salah satu faktor yang mendorong Tiara Suraya untuk terus maju adalah ibunya, yang bukan sahaja seorang mentor, tetapi juga pengurus yang hebat. Ibu Tiara Suraya adalah inspirasi utama, seorang wanita yang berjaya dan berdedikasi.

“Mummy adalah figura yang sangat kuat dalam hidup saya. Saya ingin menjadi seperti beliau, seorang wanita yang boleh menguruskan perniagaan dengan bijaksana dan penuh kasih sayang,” ujar Tiara penuh rasa hormat.

Hubungan yang erat ini bukan sahaja memberi sokongan moral, tetapi juga mengajarnya untuk tidak pernah berputus asa, meskipun perjalanan perniagaan penuh dengan cabaran. Dalam banyak perkara, Tiara Suraya sering menegaskan bahawa kekuatan mental dan tekad adalah kunci untuk berjaya.

Apa yang membuat Tiara Suraya begitu mengagumkan adalah kemampuannya untuk mengimbangi pelbagai peranan dalam hidup. Selain seorang usahawan, Tiara Suraya juga seorang anak yang sangat menghargai peranan ibunya dalam hidupnya. Sebagai seorang wanita muda yang sudah mempunyai perniagaan sendiri, Tiara Suraya juga berfungsi sebagai inspirasi bagi wanita lain, membuktikan bahawa wanita boleh mencapai kejayaan besar dalam apa jua bidang yang mereka pilih.

Walaupun dunia perniagaan kecantikan penuh dengan persaingan, Tiara Suraya tetap berani menghadapi cabaran. Dalam banyak kesempatan, Tiara Suraya menekankan bahawa untuk berjaya dalam dunia yang sangat kompetitif ini, kita perlu sentiasa fokus pada kualiti, pelanggan dan pemasaran yang bijak. “Persaingan ada di mana-mana, tetapi yang penting adalah bagaimana kita terus memberi yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Ads

Sebenarnya wanita cantik ini juga merupakan seorang yang aktif dalam dunia seni lakonan. Antara drama yang dibintangi adalah Andai Tiada Dia yang turut dilakonkan oleh Ummi Nazeera dan Hisyam Hamid.

Menginjak ke soalan tentang produk kecantikannya, Venus Rose merupakan produk yang mengutamakan kualiti. Setiap produk yang dihasilkan diberi perhatian yang teliti, bermula dari pemilihan bahan yang terbaik sehingga ke pembungkusan menarik dan eksklusif. Salah satu produk utama Venus Rose adalah pelembap yang mengandungi bauan istimewa dari Mekah, yang bukan sahaja memberikan sensasi wangian menyegarkan tetapi juga mengandungi bahan-bahan berkualiti tinggi. Selain itu, produk ini hadir dengan lima jenis serum yang diformulasikan untuk memberikan manfaat berbeza kepada kulit.

“Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya. Seseorang Itu Mesti Berusaha Keras Untuk Menjadi Yang Terbaik” Tiara Suraya

Tiada Jalan Pintas Untuk Berjaya

Berkongsi tip dalam mengendalikan perniagan, Tiara Suraya menekankan pentingnya mendengar dan memahami kehendak pelanggan. “Pantang larang yang utama adalah kita perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada pelanggan. Kepuasan mereka adalah keutamaan kami,” katanya. Menjaga hubungan baik dengan pelanggan dan memastikan mereka berpuas hati adalah kunci untuk memastikan pelanggan setia kembali lagi.

Tiara Suraya menyedari bahawa dunia perniagaan kecantikan penuh dengan persaingan sengit. Namun, dirinya percaya bahawa untuk berjaya, perlu sentiasa fokus pada kecemerlangan.

Ads

“Tiada jalan pintas untuk berjaya. Seseorang itu mesti berusaha keras untuk menjadi yang terbaik dalam bidang ini,” sambung Tiara Suraya yang juga menekankan kepentingan pemasaran yang berkesan, terutama melalui platform media sosial yang menjadi saluran penting untuk mempromosikan produk Venus Rose.

Menyentuh tentang impian masa depan, Tiara Suraya berharap untuk mengembangkan Venus Rose ke peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Saya mahu memiliki kilang sendiri dan membawa produk Venus Rose ke seluruh dunia. Kami mahu memperkenalkan kecantikan Venus Rose kepada wanita di luar negara,” jelasnya.

Selain itu, Tiara Suraya juga berhasrat untuk membuka lebih banyak spa kecantikan di bawah jenama Venus Rose ke seluruh Malaysia sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan produk kepada lebih ramai pengguna.

Menarik Disini : Berkilauan Bak Berlian, Tokoh Wanita Berjaya Diraikan Di Nona Superwoman Award 2024!

Bagi Tiara Suraya, kejayaan dalam perniagaan tidak datang dengan mudah, tetapi dengan semangat yang tidak kenal erti putus asa, wanita mampu mencapai apa sahaja yang mereka impikan. “Wanita muda perlu percaya pada diri mereka sendiri dan kekuatan mental mereka. Kehidupan ini memang sukar, tetapi jika kita terus berusaha, pasti kita akan berjaya,” luahnya.

Menurutnya, generasi muda kini mempunyai lebih banyak peluang untuk berjaya berbanding sebelumnya. Dengan pendidikan, semangat, dan kerja keras, tiada yang mustahil. Mengakhiri perbualan Tiara Suraya berasa sangat bangga apabila dirinya terpilih menerima pengiktirafan Nona Superwoman Award 2024 menerusi kategori NONA Best Young Entrepreneur Award.

“Nona Superwoman Award adalah platform yang memberi peluang kepada wanita, terutama wanita muda untuk tampil dan berjaya dalam bidang keusahawanan. Saya percaya bahawa setiap wanita memiliki potensi untuk mencapai kejayaan, dan melalui sokongan seperti ini, mereka dapat memperkenalkan produk mereka ke pasaran dan mengembangkan perniagaan mereka. Saya juga yakin wanita mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk mencipta perubahan dan berjaya dalam apa jua yang mereka usahakan. Ia adalah dorongan positif untuk wanita muda agar terus berani mengejar impian dan mencipta peluang bagi diri mereka sendiri,” kongsinya.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI