Pertama kali bertemu suri hati Dr Say Shazril ini adalah sekitar bulan September dua tahun lalu. Selain terpikat dengan peribadi menyenangkan dan raut wajah cantiknya, pertemuan bersama Dr Azura Abas sekali lagi membuatkan penulis kagum dengan doktor cantik ini. Mana tidaknya, sejak menjadi ibu kulit wajah Dr Azura nampak makin gebu dan berseri-seri. Memang cantik!
Ditanya petua yang diamalkan hingga mampu memiliki kulit sihat, dengan nada rendah diri ibu Aezriel ini berkongsi rahsia. “Saya cuma guna skincare yang basic je. Basuh muka macam biasa dan sebagainya yang macam orang lain buat juga. Tapi, wajib pakai sunblock setiap hari. Sunblock ni fungsinya bukan untuk elakkan kulit kita gelap saja. Ia juga membantu melambatkan proses penuaan seperti kedutan, memperbaiki tekstur kulit dan macam-macam lagi.
Satu lagi kalau nak nampak cantik kenalah mekap. Maksudnya bukanlah mekap yang tebal. Cukup sekadar bibir dan pipi ada warna, pakai maskara sikit dan eyeliner. Tambahan pula sejak ada anak ni, kenalah cover sedikit eyebag. Jenis saya, mekap sekejap je. Dalam lima minit macam tu dah siap sebab saya tak pakai foundation. Alhamdulillah, lepas bersalin saya nampak kulit jadi lebih sihat dan bersih. Sebelum mengandung dulu tak pula macam ni,” ujarnya sambil ketawa.
Tambah Dr Azura lagi, “Selain tip itu, saya juga amalkan makanan yang seimbang. Tak boleh makan junk food banyak sangat. Sebenarnya tak ada petua spesifik pun yang saya
ikut, cuma saya akan pastikan semuanya dalam skala moderate. Makan dalam kuantiti sederhana, bersenam dan tidur yang cukup.
Bercerita tentang menu harian pula saya memang nasi setiap hari. Maklumlah, kita orang Melayu ni tak tinggal makan nasi dan dah jadi menu wajib. Apa-apa pun, portion nasi tu kena betul dan tak boleh melebih-lebih. Memadai portion nasi suku je tak kiralah sesedap mana pun lauk yang kita makan.
Ads
Nak nampak sihat dan segar selalu pun hidup kena less stress. Syukur, sekarang waktu kerja saya fleksibel dan bukan waktu pejabat dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Jadi, ada lebih masa dengan anak.”
Selamat melahirkan bayi lelaki comel secara pembedahan pada Mei tahun lalu, Dr Azura mengakui berdepan beberapa perubahan besar sejak cahaya mata yang dinanti-nanti hampir empat tahun itu dilahirkan. “Memang ada perubahan pun. Contohnya kalau dulu bolehlah saya mekap lebih sedikit dan buat rambut.
Kalau dulu saya dan suami rajin ke gym tapi sekarang semuanya terhad. Bukan je sebab keadaan saya yang lahirkan anak secara ceaserean tapi juga kekangan masa. Nak tak nak, kena juga buat senaman ringan to keep ourselves healthy.”
Ads
Sentiasa tersenyum dan melihat setiap dugaan serta cabaran hidup dari perspektif yang baik, Dr Azura turut mengakui dia seorang wanita yang berfikiran positif. “Saya memang seorang yang positif sebab nak tunggu dapat Ace ni agak lama. Jadi kalau timbul rasa negatif dengan kehadiran dia, tu nampak macam tak bersyukur lah pula.
Yang penting kena sentiasa bersyukur dan tetapkan dalam diri untuk selalu fikir yang baik-baik termasuk bila Allah bagi rezeki anak ni. Kena bersyukur dan betul-betul jaga amanah ni.”
Ads
Dalam temu ramah bersama Nona, Dr Azura menjelaskan dia sah bergelar isteri kepada Dr Shazril Shaharuddin pada tanggal 30 Mac 2014 setelah lebih lima tahun mengenali hati budi. Malah, perkenalan mereka terbina ketika masing-masing menuntut dalam jurusan dan tempat pengajian yang sama.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki comel yang diberi nama Aezriel. Difahamkan, Dr Azura sedang melanjutkan pengajian di sebuah institusi swasta. Kagum! Walau sibuk dengan anak kecil dan tugas sebagai doktor masih rajin menuntut ilmu.
Kredit foto: Instagram Dr Azura Abas & Dr Say
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berseri-seri wajah ibu hamil yang juga penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesti Kejora! Sarat mengandung anak kedua, selebriti berkenaan mengambil kesempatan sebelum melahirkan anak dengan menjalani sesi fotografi di samping suami tercinta dan anak tersayang, Muhammad Leslar Al-Fatih.
Menerusi perkongsian terbaharu itu, Lesti tampil menawan dalam persalinan rona putih. Sedondon dengan suami, Rizky Billar dan anak lelaki kesayangan sambil dilatari dengan bunga-bungaan rona putih dan merah jambu.
Kembali ke Langkawi, kunjungan Wan Aishah Wan Nawawi atau nama Thailand, Sirintra Yayee atau Nong May yang dikatakan waris generasi ketujuh Mahsuri kembali menjadi bualan hangat. Kali ini, wanita tersebut membawa suami dan anak lelakinya melawati lokasi bersejarah Makam Mahsuri.
Dalam beberapa video, Wan Aishah kembali menjadi tular di laman sosial selepas ke Langkawi, bahkan sempat bertemu YTM Tunku Temenggong Kedah Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim di sana.
Turut menyambut baik kedatangan Wan Aishah adalah Ketua Pegawai Eksekutif Langkawi Development Authority (LADA) iaitu Tuan Nasaruddin Abdul Muttalib serta warga Langkawi yang mengalu-alukan waris Mahsuri tersebut.
Kedatangan Wan Aishah disambut baik oleh warga Langkawi
Potret kenangan disamping YTM Tunku Temenggong Kedah Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz
Kenangan di depan Replika Rumah Kedah
Wan Aishah melawat Makam Mahsuri
LEBIH DEWASA
Seperkara yang menarik, isteri ahli perniagaan yang kini berusia 37 tahun itu tampil lebih cantik berhijab. Berkulit putih mulus, berhidung mancung dengan raut wajah lembut mengasyikkan, ibu anak satu itu merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Bangkok dalam jurusan komunikasi.
Wan Aishah dipercayai sebagai keturunan yang menamatkan sumpahan yang dijatuhkan oleh moyangnya. Hal ini kerana, Wan Aishah merupakan keturunan ketujuh Mahsuri dan seperti yang dilafazkan oleh moyangnya sendiri, sumpahan itu akan tamat setelah tujuh keturunan lalu – kelahiran Wan Aishah pada tahun 1985.
Selain cantik, orangnya juga pandai bergaya. Persis model, ada yang kata wajah Wan Aishah ni ada iras-iras selebriti Filipina, Marian Rivera dan Rita Rudaini. Apa pendapat anda…
Tumpang seronok tengok koleksi foto percutian Wan Aishah dengan suami dan anak kesayangannya. Semua cantik-cantik!
Dikatakan mewarisi kecantikan moyangnya, Wan Aishah pernah dijemput untuk datang ke Langkawi pada kali pertama pada tahun 2000 sempena ulang tahun ke-10 Lembaga Pembangunan Langkawi.
Beliau ditemani oleh ibu bapanya iaitu Wan Nawawi dan Sumaini Yayee, beserta datuknya Wan Hashim dan ahli keluarganya yang lain, dan disambut seperti VIP apabila tiba ke Langkawi. Wan Aishah juga ditawarkan oleh kerajaan untuk menetap dan belajar di sini pada waktu itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak puas mata memandang kecantikan Marian Rivera. Sememangnya aktres Filipina ini bertuah kerana dikurniakan rupa paras yang cantik dan berbakat dalam bidang seni. Tidak hairanlah pada usia mencecah 40 tahun, Marian Rivera kekal popular dalam industri seni di Filipina dan antara selebriti berjaya serta kaya di sana.
Apatah lagi Marian baru saja menggondol Best Actress Award Cinemalaya 2024 baru-baru ini. Sekaligus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran yang disambut pada 12 Ogos lalu.
Genap meniti usia 40 tahun, jelitawan Filipina ini bagaimana pun kelihatan muda remaja dan cantik. Biarpun sudah bergelar ibu, penampilan Marian Rivera Gracia Dantes kekal popular dan mempersona.
Pendek kata, persis anak dara. Pandai isteri Dingdong Dantes ini jaga badan!
Bertuah empunya badan dikurniakan pakej lengkap. Patutlah sering menjadi buruan
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita. Dia memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibunya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Marian Rivera berkahwin dengan aktor kacak Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Hasil perkongsian hidup hampir sedekad, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Maria Letizia dan Jose Sixto G Dantes IV.
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga bungaan segar Flora Vida by Marian.
Selain perniagaan bunga segar, Marian juga mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah serta melancarkan jenama pakaian miliknya sendiri.
Cantik manis orangnya! Sejak zaman anak dara sampai sudah pun berstatus isteri dan ibu tiga orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha sentiasa tarik perhatian warga maya. Walau usia makin meningkat, kecantikan isteri pemain bola sepak popular iaitu Khairul Fahmi Che Mat ini seakan tidak memudar.