Kehebatan bakat lakonan dalam diri aktres jelita ini sememangnya diperakui oleh peminat seni tempatan. Tidak bersandarkan wajah semata-mata Farah Nabilah mampu membawakan pelbagai watak dengan jayanya. Bakatnya terus terserlah sehingga dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31.
Hari ini Farah Nabilah melakar sejarah buat dirinya dan industri seni apabila telah dilantik sebagai Duta Kemanusiaan pertubuhan Asia Development Relief Foundation atau ADRF. Pertubuhan ADRF ini telah ditubuhkan di Korea Selatan dan telah aktif menjalankan usaha murni dengan bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan.
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Sebuah sidang media telah dianjurkan bagi mengumumkan perlantikan Farah sebagai Duta Kemanusiaan organisasi tersebut. “Saya akan terbabit dengan kerja kemanusiaan dengan pertubuhan ADRF. Penglibatan saya ini sebagai ruang untuk gives back kepada masyarakat terutama mereka yang memerlukan dan hidup dalam serba kekurangan.
Jujur tahun ini fokus saya bukan untuk mengejar populariti semata-mata. Saya mahu mengimbangi kerjaya seni dengan pembabitan projek kemanusiaan. Saya lihat contoh seperti bintang antarabangsa, Angelina Jolie merupakan antara aktivis kemanusiaan yang masih terbabit di arena seni dan dalam masa sama melakukan hal yang memberikan manfaat sejagat.
Ads
Saya percaya pengaruh yang dimiliki golongan artis patut dimanfaatkan untuk perkara sebegini. Membuat mereka yang memerlukan ini tersenyum sudah membuat saya gembira daripada duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa,” katanya.
Farah juga kelihatan turut sama memeriahkan dunia kecantikan dengan memperkenalkan produk kecantikannya sendiri di bawah jenama Fawaa Beauty. Cecair kolagen jenama Fawaa Beauty merupakan rahsia penjagaan dalaman dan rejim kecantikan dirinya yang dilancarkan hujung tahun lalu.
Ads
Kata pemilik nama sebenar ini, Farah Nabilah Saipuddin dia dan pasukan kerja Fawaa Beauty memulakan perancangan rapi bagi menghasilkan produk berkenaan sejak tahun lalu. “Saya percaya kita mungkin boleh menutupi cela atau apa saja yang tumbuh di permukaan kulit dengan mekap. Namun soal penjagaan dalaman itu nak dijaga atau dirawat dengan cara bagaimana pula? Kalau setakat menjaga kecantikan luaran saja namun mengabaikan hal dalaman pun tiada guna juga. Sebaliknya penjagaan dalaman dan luaran itu perlu diimbangi.
Ads
Menyentuh tentang sisi kerjaya seninya, Farah saat ini sedang menyiapkan telefilem Cik Reen Encik Ngok Ngek edisi raya arahan Hadith Omar bergandingan dengan Fikry Ibrahim. “Tahun ini tumpuan saya juga untuk terus mengukuhkan syarikat produksi sendiri, Fawaadeanfilms. Selain itu, program travelog 13 episod berjudul Coffee Roaster Traveller yang saya hoskan juga akan disiarkan tak lama lagi,” tutur Farah yang optimis merencana masa depannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesungguhnya ujian dari Allah itu tanda sayang. Dalam kegembiraan Norazilah Musa dan suami menerima kehadiran cahaya mata keempat, mereka diuji dengan kelahiran anak istimewa. Dunia Norazilah yang selama ini cerah tiba-tiba bertukar malap saat doktor mengesahkan keadaan bayi miliknya. Akui ibu empat anak ini, lidahnya menjadi kelu dan perasaannya bercampur-baur menerima situasi mengejutkan tersebut.
Tenang berkongsi perjalanan hidup serba mencabar, Norazilah atau mesra disapa Iyla mengharapkan agar pendedahan ini menjadi suntikan semangat buat wanita khususnya kaum ibu yang turut dikurniakan anak syurga.
“Tahun lepas, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan kami sepakat menamakan anak ini sebagai Nuh. Nuh dilahirkan pada 18 April 2020. Waktu dia lahir wabak Covid-19 sedang menular. Dengan keadaan jangkitan virus maut ini di luar sana ditambah pula emosi yang masih terkejut dan tak stabil, saya mengaku kehidupan kami suami isteri ketika itu sangat mencabar.
Berbeza dengan tempoh berpantang lepas bersalin anak-anak sebelum ini, saya terpaksa berpantang di rumah bersama suami dan anak-anak yang lain. Memandangkan waktu itu tengah Covid-19. Allah saja tahu bagaimana saya bergelut dengan kehidupan sendiri tiap-tiap hari.
Nuh dilahirkan sindrom down dan sepanjang mengandungkan Nuh, doktor tak kesan sebarang perubahan tidak normal terhadap kandungan saya. Semuanya baik-baik saja sehinggalah Nuh lahir dan disahkan sindrom down.
Memang kami terkejut sebab tak ada dalam kalangan keluarga kami yang ada genetik ini. Sampai sekarang walau Nuh dah berusia setahun lebih kami masih follow up kes dia dan berulang-alik ke hospital setiap hari.”
Entah dari mana datangnya kekuatan, jiwa Iyla seolah-olah ‘dijentik’ seterusnya membuatkan dia segera bangkit demi anak syurga. “Iya, pada awalnya memang sukar untuk saya terima kenyataan yang kami ada anak istimewa. Tapi bila fikir secara rasional, dan percaya kepada ketentuan Allah Yang Maha Adil… perlahan-lahan saya terima takdir ini.
Saya juga percaya anak syurga kami adalah ‘rezeki besar’ yang tak semua orang ada. Fokus saya dan suami sekarang ialah untuk jaga Nuh sebaik mungkin dan merancang masa depan dia sebaik-baiknya.”
Jelas Iyla, dia yang mengusahakan bisnes solekan Amanda Touch turut terjejas dari segi pendapatan sejak pandemik Covid-19 melanda negara. “Kalau tanya di mana saya dapat kekuatan, mestilah anak-anak yang menjadi semangat untuk saya berjaya dan berusaha lebih kuat. Lagi-lagi sekarang, saya ada seorang anak syurga. Jadi itu membuatkan saya bersemangat dan yakin yang saya boleh lakukan apa saja serta berjaya seperti orang lain.
Tak dinafikan, sumber pendapatan saya tak menentu. Demi untuk tampung perbelanjaan keluarga dan bantu suami, saya ambil paid review di platform media sosial selain buat jualan kecil-kecilan secara online.
Musim Covid-19 memang saya tak ambil job mekap. Tambahan pula ada Nuh, saya risau kalau dia terjangkit. Sebab itu dari bulan Januari lepas, saya usaha jual Chocolate Almond untuk tambah pendapatan. Suami saya bekerja sendiri sebagai kontraktor.”
Bukan berasal dari keluarga berada, Iyla menjelaskan dia sudah terbiasa hidup susah sejak kecil bersama lapan adik-beradik yang dua daripadanya sudah meninggal dunia. “Saya dilahirkan di Kuantan, Pahang dan merupakan anak kelima daripada lapan beradik. Ayah dah lama pencen dan mak pula suri rumah sepenuh masa.
Sebelum ini saya pernah kerja sebagai penari artis budaya di Pahang dan Kuala Lumpur. Belajar hanya sampai SPM saja di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad. Saya mula aktif dalam bidang solekan selepas kahwin sekitar tahun 2014. Terdetik untuk ada bisnes make up sebab minat dan saya rasa bakat saya dalam bidang ini sangat luas. Selain ambil tempahan mekap, saya juga ada buat kelas solekan sendiri.
Dengan lambakan make up artist sekarang, memang diakui sukar untuk mendapat tempat. Tapi saya percaya dengan bakat yang ada dan kelainan yang saya bawa. Maksudnya bukan sekadar solek orang tapi saya juga boleh mekap diri saya sendiri secara live dan buat video mekap sendiri serta bersaing secara sihat.
Tujuan saya berkongsi solekan secara live di media sosial juga adalah untuk beri semangat kepada followers saya yang semua wanita mampu buat apa yang mereka inginkan tanpa alasan,” ujar Iyla sambil mengagumi bakat solekan dan jiwa usahawan Dato’ Alha Alfa.
Meniti usia 34 tahun, isteri kepada Zulhelmi Sulaiman ini berkata walau ada perniagaan sendiri dan pernah menata rias beberapa selebriti tanah air namun Iyla tetap berdepan pelbagai cabaran. “Cabaran sepanjang bergelar makeup artist ini banyak. Tapi antara yang paling kerap saya lalui adalah apabila saya terpaksa bawa semua anak-anak untuk job mekap pelanggan.
Alhamdulillah, Allah permudahkan kerja saya dan dikurniakan anak-anak yang sangat menjaga tingkah-laku bila saya bawa mereka bersama pergi kerja. Anak-anak faham kerja ibu mereka dan suami pun banyak tolong uruskan anak-anak sebab kami tak ada pengasuh.
Begitu juga pelanggan yang faham keadaan saya. Tapi kalau ada event tertutup atau saya kena hadir jadi jurucakap atau mekap selebriti, saya tak bawa anak-anak. Jadi saya terpaksa minta tolong kakak ipar untuk jagakan mereka.”
Ditanya mengenai perancangan Iyla pada masa hadapan, dalam nada penuh semangat dia memberitahu mahu mempunyai satu studio solekan khas buat golongan wanita. “Sememangnya saya mahu jadi wanita berjaya dan memasang impian untuk buka satu studio khusus untuk wanita kurang berkemampuan mendapatkan ilmu berkaitan solekan. Saya mahu adakan ini untuk mereka supaya mereka yakin dan mampu mencuba sesuatu yang menguji kemampuan mereka serta berfikir di luar kotak.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertuahnya gadis ini! Dua rezeki besar dalam satu masa. Jemaah haji muda, Nur Saffiyah Nasuha Ramlan kini sedang melakukan ibadah haji di tanah suci.
Nur Saffiyah mengetahui keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menerusi panggilan video dari Masjidilharam bersama ibu dan ayahnya di Malaysia.
Berdasarkan perbualan video tersebut, difahamkan Nur Saffiyah berjaya merangkul keputusan cemerlang dengan mendapat 8A dalam peperiksaan tersebut.
Pencapaian itu sekali gus menjadikan Nur Saffiyah sebagai pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Raub, Pahang.
“Saya gembira kerana pertamanya dapat tunai haji pada usia muda dan pada masa sama mendapat keputusan cemerlang di bumi penuh barokah ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, jelas Nur Safiyah, dia hanya mengamalkan fokus ketika sesi pembelajaran di dalam kelas selain menyiapkan kerja rumah dengan masa yang ditetapkan.
Kredit Foto: Bernama
“Saya tak ikuti tuisyen di luar. Lepas Maghrib akan mengaji al-Quran dan berdoa setiap masa agar cemerlang dalam akademik, siasah dan agama serta berjaya di dunia dan akhirat.
“Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih ibu bapa, adik-beradik dan guru-guru sekolah yang tanpa penat lelah membantu saya,” katanya.
Nur Saffiyah kini berada di tanah suci Mekah bersama empat kakaknya dan seorang abang ipar.
Sambil mengucapkan syukur, Nur Saffiyah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru-guru, adik beradik dan ibu bapanya yang selalu menyokongnya selama ini.
Nur Saffiyah juga berharap dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM dalam jurusan Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan. Semoga Nur Saffiyah terus sukses dan segala impian terlaksana.
Sumber: Sinar Harian
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masya-Allah, so sweet! Suka sangat tengok kebahagiaan yang dikecapi Ustaz Don Daniyal dan suri hatinya ini.
Walau dah masuk 11 tahun usia perkahwinan serta dikurniakan empat anak, mereka tetap bahagia, makin romantik pula tu. Sentiasa berpimpin tangan dengan isteri.
NONA tertarik dengan hantaran yang dimuat naik Ustaz Don di Instagram peribadi sempena ulang tahun kelahiran isteri tercintanya, Dr Husna Zahry yang ke-35 tahun pada 20 Januari 2023.
Demi menjadi yang pertama, Ustaz Don telah memuat naik satu hantaran berserta kapsyen ‘sweet’ di Instagram sehari sebelum tarikh birthday isterinya. Terbukti, Ustaz Don Daniyal memang seorang suami yang sangat romantik, penyayang dan setia.
Tulis Ustaz Don: – “Hi Dinda. Selamat Hari Lahir untuk esok. Saya nak make sure saya yang wish dulu. Hehehe.. Dinda Cinta Mati saya. Terima kasih Allah!”
Kapsyen tersebut dibalas dengan komen-komen gurauan dari para pengikutnya termasuklah Ustaz Elyas Ismail dan Imam Muda Megat.
Menjengah ke akaun Instagram isterinya pula, Dr Husna turut memuat naik hantaran dengan kapsyen ringkas tanda syukur masih diizinkanNya untuk terus bernafas hingga ke saat ini.
“Another year lived, alhamdulillah.. Selamat Hari HusnaZahry semuaaa!”
Tidak ketinggalan, Dr Husna turut berkongsi hantaran di Instastory.
Untuk info, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang kini berusia 39 tahun merupakan pendakwah serta pengacara terkenal bagi program-program berbentuk keagamaan.
Ustaz Don Daniyal berkahwin dengan Dr Husna Zahry pada 23 Ogos 2012. Pasangan ini dikurniakan empat ‘hero’ comel iaitu Don Mustofa, Don Ibrohim, Don Sulaiman dan Don Yunus.
Semoga Ustaz Don Daniyal dan Dr Husna sekeluarga kekal bahagia sampai syurga. NONA ‘belanja’ beberapa lagi gambar sweet Ustaz Don Daniyal dan Dr Husna. Relationship goals!
Kredit Foto: Instagram Ustaz Don Daniyal, Dr Husna Zahry
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!