Sudah semakin ramai wanita tidak betah terjun dalam dunia perniagaan yang memaksa mereka berpanas di bawah panahan matahari terik dan bergelumang dengan haiwan ternakan demi kelangsungan hidup. Datin Seri Nur mempunyai sifat menyayangi haiwan peliharaan lantas menjadikan industri agro-ternak sebagai sumber pendapatan utamanya. Melalui syarikat Agro World Channel Sdn. Bhd. (Agro World) wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini mampu melakukan apa sahaja walau dihalang pelbagai rintangan.

IKLAN

“Memang tidak ramai wanita yang mahu tangan mereka kotor bermain tanah, membersihkan haiwan ternakan apatah lagi menguruskan sisa haiwan ternakan. Namun, saya berbeza kerana saya seorang yang lasak dan memang minat membuat kerja-kerja sebegini. Suami sangat menggalakkan saya untuk menyertai industri agro-ternak ini dan saya banyak belajar sebelum terjun dalam perniagaan agro-tani ini. Saya juga turut belajar dari bawah mengendalikan perniagaan ini bersama-sama dengan rakan niaga.

Tidak Takut Cuba Sesuatu Yang Baharu, DATIN SERI SITI NUR CAHAYA Kini Menternak Kambing!

Saya mengusahakan ladang kambing boer yang berlokasi di Melaka. Kambing yang diternak di ladang tersebut lebih kurang 1000 ekor.  Kambing boer ini biasanya mempunyai badan putih dengan kepala coklat yang menonjol. Ada juga kambing boer yang seluruh coklat atau seluruh putih. Seperti kambing Nubia, kambing boer mempunyai telinga yang panjang dan labuh. Kambing boer juga terkenal dengan sifat yang jinak, cepat membesar dan tinggi kadar kesuburan,” tutur Datin Seri Nur memulakan bicara.

Benar kata orang selangkah kaki masuk dalam dunia perniagaan, pandangan mata akan terbentang luas dengan untuk mencipta peluang di depan mata. Begitu juga Datin Seri Nur yang bijak mencari peluang demi sumbangan membantu anak bangsa. “Memang benar, sejak menceburi bidang penternakan kambing, kini saya sudah bermula berjinak-jinak dalam dunia agro-tani pula.

Tidak Takut Cuba Sesuatu Yang Baharu, DATIN SERI SITI NUR CAHAYA Kini Menternak Kambing!

Baru-baru ini saya pergi ke Filipina untuk mengintai produk hasil tani yang berasaskan kelapa. Kita ada cuka kelapa, kopi beras, sabun organik dan sebagainya yang berasaskan kelapa. Produk ini masih dalam proses membina jenama dan bakal dilancarkan pada bulan Oktober nanti. Cabang perniagaan ini saya wujudkan demi membatu terutama golongan wanita agar terus aktif dalam pembangunan ekonomi negara walaupun bergelar suri rumah tangga.

IKLAN

Kini terdapat pelbagai peluang pemasaran yang tidak memerlukan wanita keluar dari rumah. Meskipun dari rumah, wanita boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga lebih-lebih lagi tatkala kos sara hidup kian meningkat.

Saya percaya bidang agro-tani ini boleh pergi jauh kerana merupakan sumber makanan yang diperlukan sampai bila-bila juga merupakan kunci kehidupan manusia. Walau di mana sahaja kita berada, kita perlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Sebagai wanita yang sudah menceburi bidang agro-tani ini saya menyeru agar lebih ramai wanita yang menceburi bidang agro-tani ini. Bukan sahaja mampu menjana pendapatan malah berbudi kepada tanah pasti akan mendapat pendapatan lumayan,” jelas Datin Seri Nur yang berusia 32 tahun ini.

IKLAN

Tidak Takut Cuba Sesuatu Yang Baharu, DATIN SERI SITI NUR CAHAYA Kini Menternak Kambing!

Tambah Datin Seri Nur lagi, “Sebagai wanita mereka perlu mempunyai unsur inovatif, kreatif, dan memperkaya alternatif. Tidak perlu takut atau malu untuk mencuba sesuatu yang baharu dan setiap wanita kena berani serta perlu kuat untuk mencabar diri sendiri demi mengetahui tahap kemampuan masing-masing. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, jika tidak mencuba pasti tidak akan berjaya,” ujar wanita ini bersungguh.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI