Bertuahnya gadis ini! Dua rezeki besar dalam satu masa. Jemaah haji muda, Nur Saffiyah Nasuha Ramlan kini sedang melakukan ibadah haji di tanah suci.
Nur Saffiyah mengetahui keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menerusi panggilan video dari Masjidilharam bersama ibu dan ayahnya di Malaysia.
Berdasarkan perbualan video tersebut, difahamkan Nur Saffiyah berjaya merangkul keputusan cemerlang dengan mendapat 8A dalam peperiksaan tersebut.
Pencapaian itu sekali gus menjadikan Nur Saffiyah sebagai pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Raub, Pahang.
“Saya gembira kerana pertamanya dapat tunai haji pada usia muda dan pada masa sama mendapat keputusan cemerlang di bumi penuh barokah ini,” ujarnya.
Ads
Dalam pada itu, jelas Nur Safiyah, dia hanya mengamalkan fokus ketika sesi pembelajaran di dalam kelas selain menyiapkan kerja rumah dengan masa yang ditetapkan.
Kredit Foto: Bernama
“Saya tak ikuti tuisyen di luar. Lepas Maghrib akan mengaji al-Quran dan berdoa setiap masa agar cemerlang dalam akademik, siasah dan agama serta berjaya di dunia dan akhirat.
“Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih ibu bapa, adik-beradik dan guru-guru sekolah yang tanpa penat lelah membantu saya,” katanya.
Ads
Nur Saffiyah kini berada di tanah suci Mekah bersama empat kakaknya dan seorang abang ipar.
Sambil mengucapkan syukur, Nur Saffiyah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru-guru, adik beradik dan ibu bapanya yang selalu menyokongnya selama ini.
Nur Saffiyah juga berharap dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM dalam jurusan Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan. Semoga Nur Saffiyah terus sukses dan segala impian terlaksana.
Penyanyi popular antarabangsa yang juga komposer, penerbit dan pengarah, Taylor Swift telah menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) pada 18 Mei 2022.
Detik bermakna ini disaksikan ribuan penonton termasuk graduan ‘class of 22’ di Stadium Yankee yang penuh sesak. Swift tampil elegan dan berseri dengan jubah doktor kehormat rona ungu.
Sebelum majlis bermula, “Doctor Taylor Swift” menjadi trending di Twitter dengan tanda pagar #22GraduatesVersion.
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Love Story’ ini berkata dia akan memanfaatkan gelaran yang diterimanya itu dan turut berterima kasih kepada Universiti New York di atas penghormatan tersebut.
“Saya tidak pernah mendapat pengalaman belajar di kolej seperti biasa.
Saya pergi ke sekolah tinggi awam sehingga gred 10 dan kemudian menamatkan pendidikan saya dengan menghabiskan tugasan di terminal lapangan terbang.
“Saya tidak merasa layak untuk memberitahu anda apa yang perlu dilakukan kerana tiada siapa yang menyukainya.
Anda semua telah berkorban, belajar dan mengimpikan apa yang anda peroleh hari ini.
“Tetapi saya akan memberikan anda tip, apa yang saya lakukan semasa saya mula menjadikan impian saya sebagai kerjaya.
jangan pernah malu mencuba.”
Swift turut memuat naik video di akaun TikTok tentang persiapan dirinya untuk majlis graduasi itu dengan kapsyen:-
“Kali pertama memakai topi dan gaun – jumpa nanti NYU.”
Untuk info, penganugerahan yang diberikan ini bukanlah kerana Swift menyambung pengajiannya di peringkat kedoktoran. Sebaliknya, Universiti New York yang terkenal dengan pelbagai jurusan seni visual dan persembahan telah berbesar hati untuk memberikan penghormatan itu atas jasanya dalam industri muzik.
Swift yang memulakan karier seninya sejak usia 15 tahun telah memiliki sebanyak 100 juta album serta memenangi pelbagai anugerah dan mencatat rekod sebagai artis wanita pertama memenangi kategori Album Terbaik sebanyak tiga kali dalam Anugerah Grammy.
Tahniah sekali lagi kepada Taylor Swift!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Paetongtarn Shinawatra, hebatnya sosok PM termuda Thailand yang mampu mengurus negara, gaya dan keluarganya dalam satu masa!
Merupakan anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn telah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Chulalongkorn dan memperoleh ijazah dalam Pengurusan Hotel Antarabangsa dari University of Surrey.
Wanita berusia 38 tahun ini dikenali dengan gaya hidup mewah namun tetap mengekalkan imej sebagai wanita berkerjaya dan ibu penyayang. Beliau sering berkongsi momen bersama keluarga, menunjukkan keseimbangan antara tugas negara dan peranan sebagai isteri dan ibu.
Meskipun mewakili sosok figura wanita yang kompleks, mewarisi legasi politik keluarga dan berdepan pelbagai cabaran kepimpinan, namun Paetongtarn tetap menonjolkan sisi keibuan dan keanggunan. Kisah beliau menjadi inspirasi bagi wanita moden yang beraspirasi tinggi dalam kerjaya dan kehidupan peribadi.
Sebelum bergelar pemimpn dan ahli politik lagi, Paetongtarn terkenal dengan gayanya yang stylish dan mewah.
Walaupun menghadapi pelbagai kontroversi, Paetongtarn berjaya melepasi undi tidak percaya di Parlimen pada Mac 2025 dengan memperoleh 319 undi menyokong daripada 488 ahli parlimen. Namun, beliau terus berdepan kritikan mengenai pengaruh bapanya dalam pentadbiran dan cabaran ekonomi negara.
Seorang yang cantik dan bijak bergaya, ahli politik ini sering menjadi ilham fesyen wanita moden.
Setelah bergelar PM, Paetongtarn gemar mengenakan gaya formal yang stailo ke pejabat. Lari daripada kebiasaan officewear hitam dan membosankan, beliau lebih senang memakai blazer bermotif yang dihiasi kerongsang berlian. Riasan wajah tipis menyempurnakan kecantikan wanita tersebut.
Jenama blazer pilihan Paetongtarn semestinya yang berjenama mewah. Umpamanya outerwear Gucci ini.
Beliau juga selalu tampil dalam busana tradisional Thailand yang direka khusus. Umpamanya busana Ruean Ton dengan kain nuansa ungu lilac ini dipadukan dengan tas Gucci Jackie mini bag, juga dalam warna sedondon.
Pesona Paetongtarn Shinawatra, hebatnya sosok PM termuda Thailand yang mampu mengurus negara, gaya dan keluarganya dalam satu masa!
Gaya percutian yang lebih santai dan kasual. Paetongtarn dilihat mengenakan celana jeans bersama jaket Miu Miu dan tas Hermes ketika berkunjung ke UK.
Terus menginspirasikan, ibu anak dua itu tampil stylish dan awet muda bersama kakaknya, Pintongta Shinawatra ketika berkunjung ke Paris. Paetongtarn mengenakan backpack Loro Piana yang dipadu jaket Dior, topi Chanel dan celana kulit hitam.
Paetongtarn menggayakan busana dengan monogram jenama mewah. Antaranya blaus dari jenama ikonik Louis Vuitton ketika liburan ke luar negara.
Selain pakaian branded, anak kepada Thaksin Shinawatra dan isteri kepada Pitaka Suksawat itu juga sering dilihat memakai jam tangan mewah seperti Audemars Piguet Royal Oak.
Neelofa tidak pernah lari daripada disoal mengenai jodoh. Pada usia 32 tahun, tentu ramai yang ingin melihat ikon ini duduk di pelaminan dengan jejaka pilihan. Jujur menurut Neelofa, dia tidak terfikir lagi soal itu.
“Masa muda-muda memang nak sangat ada bersama seseorang. Someone who can listen, who can call me and how I am. I always need that someone. Tapi sekarang Allah makes me feel so content. Saya tak perlukan lagi kebergantungan seperti itu.
Saya ada Jayden, keluarga dan kawan-kawan. Masa senggang itu sudah diisi dengan lebih bermakna. Kadang-kadang, kalau ada masalah pun saya boleh lupa atau overcome dengan tenang tanpa perlu berbicara dengan sesiapa pun. Tak share pun tak apa. Saya sampai berdoa pada Allah untuk bukakan pintu hati saya untuk sekurang-kurangnya berfikir soal jodoh dan berkahwin!”seloroh Neelofa.
Bagi Neelofa, dia melihat ada perkara yang lebih besar dari soal jodoh. Jika dulu dia begitu teruja untuk berkahwin tetapi kini dia mempunyai matlamat lain yang bukan sahaja boleh membahagiakannya tetapi keluarga juga.
“Saya nak cari kestabilan dalam ekonomi. Saya bukan bekerja untuk diri sendiri tetapi saya juga bertanggungjawab untuk menjaga keluarga. Bukan atas kehendak mereka tetapi ini pilihan saya. Saya melihat ramai orang-orang di sekeliling yang sudah berkahwin. Masing-masing ada masalah tersendiri. Jadi sebelum saya melangkah dalam gerbang perkahwinan, berilah saya peluang untuk mencari rezeki untuk semua dahulu.
Tak perlu rushing, tak perlu memaksa dan tak perlu mencari. Jika tahun ini Allah temukan saya dengan jodoh terbaik, yang meyakinkan dan boleh membuatkan saya gembira, saya akan settledown. Saya yakin Allah akan pertemukan saya dengan orang yang sempurna di mata saya. Kebanyakkan orang lupa, mereka sibuk mencari orang yang dia nak tetapi dia terlupa Allah yang menetapkan segalanya. Jadi biarlah Allah merencanakan perjalanan itu,”katanya.
Sifat tegas dalam merencana kehidupan dipegang Neelofa sejak dahulu lagi. Tidak hairanlah jika semakin hari Neelofa dapat meletakkan dirinya di tahap berbeza.
“Saya sentiasa tetapkan matlamat yang tinggi dalam hidup. Jika tidak berjaya dicapai, tak salah jika ubah perancangannya. Rutin harian kita yang akan memaksa kita untuk mencapai matlamat itu. We have to push ourselves untuk keluar dari comfort zone. That was how everything started.
Saya sedar zaman muda saya dihabiskan dengan kerja sepanjang masa. Dulu saya tidur ddi dalam kereta kerana terpaksa travel dari Kuala Lumpur ke Johor. Umpamanya sudah seperti perjalanan ke Pavilion sahaja. Famili juga terabai apatah lagi kawan-kawan. Pernah satu ketika saya suarakan pada teman betapa penatnya saya melalui kehidupan tetapi respons dia membuatkan saya terkedu.
Katanya, saya bertuah kerana pada usia begitu muda saya telah melalui kesibukan begini. Dengan apa yang saya miliki, saya patut bersyukur kerana terlalu ramai yang mengimpikan apa yang saya ada sekarang. Berpegang pada satu perkara, apabila usia mencecah 30-an atau 40-an, saya akan lebih selesa dan cekap dalam mengendalikan masalah kerana pengalaman lalu mengajar saya dan nyata, kata-katanya benar!
Saya mencari rezeki untuk membahagiakan keluarga saya. Melihat kegembiraan mereka membuatkan saya mahu mencari lebih banyak duit supaya saya dapat membantu keluarga dan saudara-mara lain. Ketika mengerjakan haji dahulu, perbelanjaan mengikuti pakej VVIP bukan murah, tambah-tambah membawa Jemaah yang ramai. Tetapi mereka gembira dan itulah hadiah yang sangat bermakna untuk saya.
Sejak Naelofar Hijab beroperasi, telah ramai usahawan lahir dengan perniagaan ini. Mereka bukan orang senang. Pelbagai cerita suka duka mereka saya tahu. Tetapi dek kerana peluang perniagaan begini telah menjadikan mereka hidup dengan lebih selesa.
Teringat saya pada seorang budak lelaki yang menjual susu pisang Neelofa. Dia bekerja di beberapa restoran makanan segera untuk mencari pendapatan. Tetapi sekali dia membuat pesanan susu, beratus ribu paket yang berjaya dijual.
Walaupun hanya sebagai stokis namun dia mampu mendapat keuntungan yang besar. Pemilik produk mana yang tidak bangga dan gembira apabila dapat membantu orang lain?”soal Neelofa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!