MasyaAllah, ramai yang memuji penampilan sopan dan menutup aurat Bunga Citra Lestari yang mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. Sejuk mata memandang gaya Muslimah penyanyi popular Indonesia tersebut sepanjang berada di Tanah Suci.
Tak dinafikan, Bunga kelihatan lebih ayu dan mempersona dalam persalinan seumpama itu.
Rata-rata peminat setia Bunga Citra Lestari di Indonesia mahupun Malaysia memberi reaksi teruja dan gembira apabila pelantun lagu Cinta Sejati ini berkongsi momen bahagianya di Mekah bersama keluarga.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar figura berusia 40 tahun ini kekal istiqamah dan berubah menjadi insan lebih baik.
Sehingga kini, perkongsian berkenaan meraih hampir sejuta ‘likes’!
Anggun dalam persalinan putih bersih, dedah Bunga, “Alhamdulillah. Umrah di malam terakhir di tahun 2023. Thank you 2023, it’s been amazing. Happy New Year.”
Pemergian Bunga ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah ditemani suami tercinta, Tiko Aryawardhana. Turut kelihatan di samping mereka ialah anak lelaki dan ibu Bunga iaitu Noah Sinclair dan Emmy Syarif.
Terpancar wajah bahagia dan ceria Bunga dan keluarga tersayang sepanjang berada di sana. Apatah lagi dengan penampilan Bunga Citra Lestari yang meraih tumpuan.
Ads
Pastinya ibu seorang cahaya mata ini mahu menyambut permulaan tahun baharu 2024 dengan sebaik mungkin dan berusaha menjadi insan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Bunga Citra Lestari kembali bergelar isteri kepada Tiko Aryawardhana pada 2 Disember lalu. Terdahulu, dia mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 namun meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 13 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke London, United Kingdom (UK) bermula hari ini hingga 14 Mei.
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), lawatan khas itu atas undangan Raja Charles III sempena Istiadat Pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei.
“Seri Paduka berdua juga berkenan untuk menghadiri Majlis Resepsi dihoskan oleh Raja Charles III di Istana Buckingham pada 5 Mei,” menurut kenyataan Wisma Putra.
Lawatan khas itu amat signifikan dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada dan akrab yang dikongsi di antara Malaysia dan UK, terutamanya di antara institusi diraja kedua-dua negara serta ikatan dalam Komanwel.
Lawatan khas itu turut menzahirkan kepentingan hubungan erat di antara kedua-dua negara bekerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong di peringkat pemerintahan tertinggi negara.
Sumber: Bernama
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesetengah kaum ibu sering membawa anak ke tempat kerja bahkan ada juga setiap hari semata-mata mahu melihat anak ada di depan mata. Namun persoalannya, adakah membawa anak ke tempat kerja sesuatu yang baik?
Sekali-sekala boleh saja membawa anak ke tempat kerja untuk berkongsi dengannya bagaimana suasana ibunya bekerja. Tetapi tidak setiap hari. Fikirkan tentang karier dan perkembangan anak.
Jika terpaksa seperti tiada pengasuh yang dapat menjaganya, hantarkan kepada ahli keluarga atau pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar. Itu yang terbaik. Fikirkan dahulu tentang 5 perkara ini sebelum membuat keputusan.
GANGGUAN TERHADAP RAKAN SEKERJA
Adakah anda yakin anak tidak akan mengganggu anda mahupun rakan sekerja? Anak-anak memang sukar dilarang mahupun diramal emosinya. Mungkin mereka akan berlari ke sana sini, menjerit-jerit bahkan menangis sekaligus boleh mengganggu rakan sekerja. Jika ini terjadi kemungkinan besar ianya akan menggangu persekitaran kerja.
GANGGUAN TERHADAP DEADLINE TUGASAN
Di kala tugasan sedang menimbun dan sedang mengejar deadline pastinya komitmen serta disiplin sangat diperlukan untuk menyiapkannya. Ingat, pejabat bukan rumah di mana anda masih boleh bersantai-santai sambil menjaga anak. Jika anak anda tiba-tiba terjatuh dan cedera pasti ia akan menjejaskan tumpuan kerja anda. Pasti anda dalam dilema antara kerja dan menguruskan anak.
KESELAMATAN
Bukan hanya kabel elektrik ada di bawah meja bahkan mesin, bucu meja yang tajam dan sebagainya yang berbahaya untuk anak yang masih kecil. Jika anak hendak tidur anda harus menyediakan ruang yang selesa dan selamat buat anak. Adakah anda masih beranggapan membawa anak ke tempat kerja itu baik?
MUNGKIN MENYUSAHKAN ORANG LAIN
Jika tiba-tiba ketua memanggil anda dan mengarahkan untuk bertemu klien, mahu atau tidak anda harus meminta tolong rakan sekerja untuk menjaga anak buat sementara. Adakah ia tidak menyusahkan rakan anda yang turut mempunyai banyak tugasan yang perlu diselesaikan?
PERSEKITARAN KERJA YANG TIDAK SESUAI
Usia bawah 6 tahun seharusnya waktu untuk anak bermain bersama rakan sebaya. Membawa anak ke tempat kerja boleh menjadikan anak matang sebelum usianya. Ini kerana anak cepat belajar daripada pemerhatian atau perilaku orang-orang di sekelilingnya termasuklah cara anda bergaul dengan rakan di tempat kerja yang boleh mempengaruhi perkembangannya. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum ini bertebaran spekulasi dari netizen yang meneka pelakon dan model terkenal Remy Ishak dan isteri bakal menimang cahaya mata selepas gambar isteri kelihatan sedikit berisi.
Sebentar tadi, sumber melaporkan Remy Ishak akhirnya membuka mulut mengesahkan bahawa isteri tercinta, Ezza Yusof hamil 5 bulan sekali gus menamatkan spekulasi berkenaan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut sumber Kosmo!, Remy berkongsi perasaannya yang bakal bergelar bapa beberapa bulan lagi tidak dapat digambarkan dan ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa, dan dirinya sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.
“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.”
“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehkah saya kongsikan kepada orang ramai,” ujarnya.
Pelakon filem Cun itu turut berkongsi imbasan bunyi ultra (ultrasound) telah dilakukan dan kandungan isteri berada dalam keadaan sihat.
Dia juga dengan rendah hati berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya menjalani proses kehamilan dengan baik dan urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar.
Untuk rekod, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei bin Ishak telah mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021. Tahniah diucapkan kepada Remy dan isteri. Semoga dipermudahkan segalanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Living legend! Siapa masih ingat lagi penyanyi bersuara germersik ini?
Inilah penampilan terkini Krisya yang popular dengan lagu ‘Gemersik’ pada era 90-an.Setelah tujuh tahun menetap...