Nama pembaca berita dan pengacara jelita, Nurul Alis Aidil Akhbar atau Kiki Joule sangat sebati dengan dunia permotoran.
Cintanya terhadap aktiviti lasak ini mula tercetus sejak lebih 20 tahun dulu. Lumba kereta dan motor berkuasa tinggi menjadi kepakaran anak jati Negeri Sembilan ini sehingga digelar ‘sifu permotoran’.
Hanya sekadar suka-suka, ibu kepada 4 cahaya mata ini mula aktif dalam sukan go-kart di usinya 22 tahun.
Paling membanggakan, Kiki pernah menyertai perlumbaan Asean Cup Prix 1997. Hebatnya!
Ads
Suatu ketika dulu wajahnya sangat dikenali sebagai penyampai berita di RTM dan lebih 20 tahun Kiki diberi peluang mengendalikan segmen sukan.
Bertitik tolak dari situlah minatnya kian bercambah terhadap aktiviti lasak ini sekaligus menjadi sebahagian dari gaya hidupnya sampai kini.
Namun apa yang paling kagum ialah semangat dan kemampuannya masih hebat walaupun usia dah mencecah 40an.
Apatah lagi dengan gelarannya sebagai seorang isteri, ibu serta serta penyampai berita. Ternyata, Kiki bukan calang-calang wanita. Punya stamina dan tahap kecergasan yang tinggi.
Ads
Nona mencungkil rahsia sebenar yang diamalkan Kiki untuk kekal sihat, cergas dan awet muda.
JAGA MAKAN “Saya memang jaga makan sejak dulu lagi. Waktu umur 20an saya jarang makan di luar sebab suka masak sendiri. Masak ringkas-ringkas saja pun tak mengapa asalkan dapat masak sendiri.
Ads
“Segala jenis makanan ringan saya elakkan. Memandangkan saya asal Negeri Sembilan semestinya makanan pedas menjadi kegemaran.
“Saya juga amalkan makan buah dahulu sebelum makan nasi. Turut diamalkan ialah makan sayur-sayuran, ulam dan minum air putih secukupnya setiap hari.
“Kalau nak tahu saya bukanlah seorang gym person. Namun saya pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya setiap hari.
“Manakala aktiviti hujung minggu pula semestinya riding bersama rakan-rakan mahupun suami agar sentiasa cergas dan dapat keluarkan peluh secara sihat,” kongsi Kiki yang sentiasa mengamalkan prinsip menunggang selamat dengan bergaya.
Bersama suami tercinta.
Kredit Foto: Instagram Nurul Alis Aidil Akhbar
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mak-mak yang berkerjaya tentu menghadapi masalah ketika ‘melepaskan’ anak-anak ke sekolah. Lebih-lebih lagi terdapat pelbagai aktiviti di sekolah yang membuatkan mak-mak terpaksa bergantung harap kepada pakcik van untuk menghantar dan mengambil anak-anak ke rumah atau ke transit. Kalau nak bagi anak-anak handphone memang tak dibenarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Dalam hati tak keruan memikirkan anak-anak, badan sahaja di pejabat tapi fikiran di sekolah mereka.
Tertarik dengan perkongsian Peah Ahmad pemilik Butik Vendor, Malvita yang beroperasi di dua buah lokasi iaitu Pulau Pinang dan Kedah tentang Kids Smartwatch untuk anak sulungnya, Min Jasmin Lateefa yang baru berusia 5 tahun.
Di laman Instragamnya Peah ada berkongsi dengan Kid Smartwatch ini, “Baru ni saya belikan Min smartwatch kat shoppe. Since jadual dia tahun ni agak pack, tuisyen la, kelas mengaji lah. So kadang-kadang perlu jugak untuk dia call atau ping abah dia yang kadang-kadang terlupa atau ralit nak amik dia,” katanya.
Ketika dihubungi Peah menjelaskan lagi tentang manfaat Kid Smartwatch ini, “Sebenarnya mak dia yang excited bila nak beli jam ni. Zaman mak dia dulu tak ada jam yang boleh call. Saya terpanggil untuk membeli jam ini adalah demi keselamatan anak dan juga memudahkan hubungan apabila dia jauh dari pandangan seperti menghadiri kelas tuisyen dan sebagainya. Jam tangan ini ada GPS so at least boleh pantau dia ke mana-mana.
Jam ni ada banyak kelebihannya seperti mempunyai alarm. Kalau pergi shopping mall, kita click button alarm dia, akan berbunyi macam siren kecik tu. So boleh tahu atau trace dia ada di mana. Kalau nak pakaikan dia harness mungkin sudah tak sesuai lagi sebab dah besar.
Kalau Min pergi kelas tuisyen jika terjadi kelas drag atau habis kelas awal, dia boleh voice message inform atau call terus abah dia. Kalau abah dia tak sempat saya boleh ambil alih tugas mengambil dia di kelas tuisyen. So far bagi saya Kids Smartwatch ni okay. Sebab as a parents boleh kontrol masa dia,” terang Peah yang merupakan graduan UiTM.
Menurut Peah Kid Smartwatch ini tidak memudaratkan kerana mempunyai aplikasi asas sahaja untuk call and message. Berpadanan lah dengan harganya RM39. Tak ada aplikasi lain seperti You Tube dan sebagainya. Kalau ada You Tube memang tak beli la. Menariknya jam ini boleh diaktifkan mengikut keperluan. Jika berada dalam bilik darjah boleh set SLEEP MODE. “Untuk message pula, dia buat siap-siap dah group. So kalau Min voice tanya abah kat mana, mak dia dalam tu tahu la abah dia belum amik dia lagi.
By the way Kid Smartwatch ni sesuai untuk anak-anak yang berusia 5tahun ke atas. Mungkin tahun ni birthday anak boleh hadiahkan jam ni,” jelas Peah yang mencadangkan untuk beli sim card onexox hanya RM30 untuk 28 bulan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penerbit yang juga CEO Pencil Pictures Records, Datuk Normashayu Puteh seorang yang sangat merendah diri. Biarpun ada segala-galanya namun beliau tidak pernah menganggap dirinya ‘hebat’ sebaliknya jiwa prihatin yang dimiliki mencerminkan keperibadiannya yang sebenar.
Seronok mendengar perkongsian tentang kerja-kerja kebajikan ibu anak 5 berusia 45 tahun ini. Segalanya atas inisiatif sendiri sambil dibantu anak-anak. Bangga sangat dengan Datuk Ayu kerana selain bergelar isteri, ibu serta penerbit, beliau masih berkesempatan turun padang dalam urusan kebajikan. Beliau juga merupakan pengasas sebuah sekolah tahfiz.
KEKUATAN
“Perlu ada mindset yang betul bagaimana untuk bahagikan setiap rutin tugasan. Tetapi niat untuk buat kerja-kerja kebajikan tu memang sentiasa ada. Cuma dari segi masa, mungkin dalam seminggu tu 2 atau 3 kali. Buat masa ni Rabu dan Jumaat. Lebih afdhal lagi kalau hari Jumaat.
Semangat tu datang dari apa yang didengar melalui apa yang disampaikan oleh Ustaz dan Ustazah. Atau rakan-rakan yang selalu buat kebajikan, mereka cakap kalau kita nak tenang hati kita selalulah bersedekah. Tak kira siapa dan bangsa apa asalkan kita niat nak bantu mereka. Secara tak langsung ia memberi kesan ke hati saya.
Memang tak semua orang terjentik hati untuk buat begitu tapi bila ianya sampai dan banyak dugaan yang Allah bagi pada kita seperti dalam rumahtangga, berniaga, kelakuan anak-anak, ahli keluarga dan sebagainya kita akan mula terfikir di mana silapnya. Hati jadi tak tenang.
Sebelum aktif dalam kebajikan, ada jugalah saya bantu rakan-rakan. Tetapi belum ada lagi yang DM (direct message) minta bantuan. Masa PKP pertama dulu ada 2-3 orang yang minta bantuan. Saya ada beri bantuan tetapi tidaklah expose. Lama-kelamaan bila mereka hantar gambar dan sebagainya kita jadi lebih bersemangat sebab nak bagi mereka senyum, dapat makan. Hati ni tenang sangat bila dapat bantu orang susah.
Semangat tu datang dari anak-anak dan ahli keluarga juga. Saya pernah merasa susah dari kecil sampai dewasa, jatuh bangun beberapa kali. Kereta berbulan-bulan tak bayar sampai kena tarik. Dengan susu anak tak cukup, lepas tu dengan nak sekolah lagi. Saya dah lalui semua tu. Inilah pencetus semangat saya untuk buat kebajikan.
Saya bergerak tanpa NGO, kumpulan atau mana-mana persatuan sukarela. Saya buat atas rasa ehsan tengok orang-orang susah, kerana pengalaman sendiri pernah merasa susah. Kita memberi bukan sebab nak tunjuk kita kaya, kita senang. Tapi sebab pernah merasa apa yang mereka rasa. Buat masa ni memang sendiri dengan anak-anak.
Saya juga merupakan penaung sekolah tahfiz di Kepong. Selalunya kami sering terima bantuan tetapi sejak PKP sekolah pun tak buka, saya bersama pihak tahfiz dan mudir mendapat dana sama ada daripada rakan-rakan atau jiran-jiran kami beli barang-barang keperluan asas dan bungkus. Kami pula yang memberi. Ketika mula-mula buka tahfiz tu banyak yang memberi. Dari tahfiz tu mana barang-barang asas tu kami bungkus dan berikan bantuan.
Dari situlah saya bermula dengan bergerak sendiri dan dibantu anak-anak. Alternatif kami sendiri. Buat Live di Instagram, Facebook bersama followers sambil ajak mereka sama-sama membantu ikut kemampuan masing-masing.
Momen paling terkesan, kisah seorang ibu tunggal anak 5. Kecil-kecil lagi anaknya. Rumah pula kosong tanpa perabot, televisyen dan sebagainya. Dengan keadaannya yang tak terurus, keperluan anak-anak seperti susu pun tiada buatkan saya rasa sangat sedih. Bila dia lihat barang di tangan saya matanya dah berair. Bagi saya dia bersyukur sebelum kita memberi. Mata dan wajahnya memberitahu bahawa dia sangat susah dan memerlukan. Momen ini beri saya semangat yang lebih kuat untuk membantu. Senyuman mereka tu dah memberi kepuasan buat saya.
KONGSI DI SOSIAL MEDIA
Sebab apa perlu ambil gambar tentang aktiviti kebajikan dan tunjuk di sosial media? Sebenarnya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Buat kebajikan ni bukan mudah. Nak betul-betul ikhlas kena tanam dalam dada, jangan sampai nampak. Ibarat semut hitam di atas batu.
Tujuan saya kongsi di sosial media kerana ini satu amanah. Orang derma duit, hantar makanan pada kita jadi nak tunjuk kepada mereka bahawa bantuan itu sampai kepada yang sepatutnya. Selain itu, nak jentik hati orang-orang yang belum sedar bahawa banyak orang susah untuk dibantu. Sedikit pun tak mengapa asalkan terjentik hati tu. Jangan kita rasa tak cukup untuk memberi. Insha-Allah akan ada saja rezekinya nanti. Kita beri orang senang hati, kita pun senang. Rasa bersyukur sangat.”
Kredit Foto: Instagram @ayuputeh
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini Belle Al-Yahya berkongsi kegembiraannya menyambut majlis ulang tahun kelahiran puteri sulungnya, Ammara yang ketiga. Kemeriahan majlis yang berkonsepkan Princess itu sangat cantik. Hiasan istana pada deko dan kek mencuri tumpuan.
Bertuah Belle Al-Yahya dikurniakan anak perempuan yang sangat prihatin dan penyayang. Belle Al-Yahya turut berkongsi di laman Instagramnya tentang puteri kesayangannya itu.
“Alhamdulillah harini genap Ammara 3 tahun. Walaupun baru 3 tahun tapi dah nampak Ammara anak yang baik dan kakak yang baik. Kalau Belle demam, dia akan cakap ‘Nanti Ammara suap umi ubat ok’. Kalau Belle careless, dia akan cakap ‘Be careful umi’. Kalau Belle belikan dia something, dia akan cakap ‘Thank you umi, i love u so much’
Kalau dia nak pergi school and tinggal Umar, dia akan cakap ‘Can I bring Umar to school please because Umar tak ada kawan nanti’. Kalau @carlsamsudin drive sambil tengok handphone, dia akan cakap ‘No telephone please daddy, be careful’. Kalau ada orang usik nak ambil Umar bawa balik, dia akan cakap ‘No! Cannot! Umar is my brother!’
Bila Belle tanya do you want anything for your birthday? Dia cakap ‘Can I be princess please umi’. How can I say no? Because u r such a good daughter,” kongsinya.
Syukur kerana mendapat anak yang baik budi pekerti seperti Ammara ini. Pendidikan awal itu sudah semestinya bermula dari rumah dan melalui pendidikan awal ibu dan bapa. Tahniah Belle Al-Yahya kerana berjaya mendidik anak seperti Ammara.
Bercerita tentang kecantikan pula, kongsi Belle Al-Yahya, “Kecantikan diri penting bagi wanita untuk tampil lebih yakin dalam menguruskan pekerjaan seharian. Ramai salah anggap wanita yang menjaga kecantikan hanya untuk menarik perhatian lelaki. Bagi saya ia tidak benar kerana wanita sememangnya sukakan kecantikan daripada segala aspek bukan sahaja rupa paras.
Terpulang kepada apa jenis pekerjaan seseorang. Tetapi, yang paling penting adalah keyakinan diri. Untuk meningkatkan keyakinan diri, wanita perlu menjaga penampilan supaya nampak menarik atau presentable di mata client, bos dan rakan sekerja supaya mereka lebih yakin akan kebolehan diri kita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum kesetiaan Izzue Islam dan Awin Nurin. Kedua-duanya dilihat saling menyayangi dan melengkapi meskipun usia perkahwinan sudah pun mencecah 13 tahun. Melihat keserasian mereka, tidak hairanlah pasangan selebriti ini sering menjadi tumpuan peminat seni tanah air.