Kanser payudara adalah penyakit nombor satu bagi kaum wanita. Usah ambil mudah tentang perkara ini kerana dikhuatiri anda bakal tergolong dalam penyakit ini. Terdapat beberapa makanan yang disyorkan untuk membantu dalam pencegahan risiko kanser payudara. Ingat, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun amat baik untuk diambil secara rutin. Lemak sihat ini boleh menurunkan tahap kolesterol dalam badan.
BUAH OREN
Ia kaya dengan vitamin C, serat, beta karoten dan antioksidan yang boleh mengelakkan anda daripada radikal bebas penyebab kanser. Anda boleh memakannya secara terus atau dijadikan sebagai jus.
Ads
Ads
TOMATO
Tomato amat disarankan untuk mengatasi ketumbuhan dan kanser. Gabungan tomato, lobak merah dan epal amat sesuai untuk diambil oleh pesakit ketumbuhan dan kanser payudara. Tomato juga kaya dengan likopen, potassium, fosfor dan zat besi. Ia membantu memebuhi keperluan badan wanita termasuk menyihatkan payudara.
Tauhu, tempe atau soya adalah makanan ‘wajib’ yang perlu anda ambil setiap hari. Contoh, wanita Jepun kerap menggunakan soya untuk kecantikan dan kesihatan mereka. Walau pun ada yang mengatakan soya tidak membantu dalam melawan kanser dan ketumbuhan namun ia membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser dengan protein yang terdapat dalam soya. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa takut adalah normal bagi sesiapa saja, bukan hanya kanak-kanak bahkan dewasa. Namun, rasa takut sering terjadi pada anak-anak hampir setiap hari terutama waktu malam. Mungkin disebabkan suasana yang gelap dan sunyi. Menurut pakar, ia berpunca daripada imaginasi kanak-kanak yang mulai berkembang sekitar usia 2-3 tahun. Mereka tidak dapat membezakan mana fantasi atau realiti.
Faktor lain antaranya televisyen yang boleh merangsang otak kanak-kanak sekaligus memberi kesan buruk jika tidak dibatasi. Antaranya adegan ganas dan seram.
Begitu juga dengan buku-buku yang mempamerkan gambar menakutkan yang boleh menghantui pemikiran dan imaginasi anak-anak terutama ketika dalam gelap dan sunyi. Sikap ibu bapa yang menakut-nakutkan juga memberi efek buruk kepada anak-anak.
Hal ini boleh mengganggu tidur anak. Lakukan 4 cara berikut untuk mengatasi rasa takut pada anak.
TENANGKAN ANAK
Rasa rakut boleh mencetuskan cemas. Tunjukkan sikap tenang dan selesa pada anak. Tanya apa yang dia takutkan. Jelaskan cara menghadapi rasa rakut dengan mengungkapkan kata-kata yang menenangkan bagi meredakan ketakutannya.
REDAKAN KETAKUTANNYA
Biasanya perkara yang ditakuti oleh anak ialah sesuatu yang bukan realiti dan dia akan berimaginasi. Jangan remehkan dan membiarkannya begitu saja. Tanamkan keberanian dalam dirinya dan buktikan apa yang ditakutkan itu tidak wujud. Maklumkan juga kepada si kakak atau adik agar tidak menakut-nakutkannya.
ALIHKAN RASA TAKUT
Lakukan secara bertahap, jangan sampai ia membuatkan anak tidak dapat tidur nyenyak dan mengganggu tidur si kakak dan adik-adik yang lain. Mungkin anak akan meminta anda untuk menemaninya tidur atau membiarkan lampu menyala.
Jangan jadikan ia kebiasaan. Pujuk perlahan-lahan agar dia berani tidur sendiri dengan cara memberikan boneka kesayangan sebagai teman. Kurangkan juga waktu menonton TV terutama ketika malam. Serta kurangkan membaca buku-buku seram yang menakutkan anak-anak. Pilihlah bahan bacaan ringan yang boleh menceriakan hati anak-anak.
BANTUAN PAKAR
Biasanya takut kepada gelap di kalangan kanak-kanak dapat diatasi dalam beberapa minggu. Tetapi, jika tiada perubahan positif walaupun anda sudah berusaha segeralah meminta bantuan doktor atau pakar psikologi. Elakkan anak daripada stres seperti kehilangan haiwan kesayangan atau kematian orang terdekat yang boleh mencetuskan rasa cemas dan menjadikan rasa takutnya lebih buruk.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis resepsi pasangan merpati dua sejoli Ameer dan Mazreen ini sangat mengujakan. Masuk saja Makhota Ballroom Hotel Istana, Kuala Lumpur tersergam pelamin indah rekaan Reka Teemor. Tak sabar menanti kehadiran raja sehari.
Menurut kakak sulung kepada Mazreen iaitu Datin Nur Sharmila, kedua-dua mempelai sudah saling mengenali sejak daripada zaman sekolah lagi ketika berusia 14 tahun.
“Perjalanan cinta antara Ameer dan Mazreen membuktikan jika sudah jodoh tidak akan ke mana. Ameer berjaya mendapatkan nombor telefon Mazreen ketika majlis makan malam sekolah untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi tapi malangnya dia di friend-zoned dan mereka kekal berkawan.
Kemudian, ketika masing-masing menyambung pelajaran di Sunway College, takdir menemukan mereka sekali lagi dan akhirnya mereka bercinta dan saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi selama dua tahun. Namun, mereka berpisah sekali lagi apabila Ameer mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di London, sementara Mazreen meneruskan pengajian di University of Nottingham, UK”, jelas Datin Sharmila.
“Cinta antara mereka berdua kembali mekar setelah Ameer kembali ke Malaysia dan sentiasa ada di sisi Mazreen ketika susah dan senang terutamanya semasa pemergian ibu tercinta kami Datuk Wira Maznah Hamid. Pada 31 Januari, Ameer mengambil keputusan untuk melamar Mazreen di hadapan rakan-rakan dalam sebuah majlis,” tambahnya lagi.
Mohamed Ameer Shazrin dan Mazreen Shanim yang masing-masing berusia 26 tahun telah selamat dinikahkan pada 21 Julai yang lalu di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Ukay Heights, Ampang.
Seterusnya majlis resepsi diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur malam tadi dihadiri oleh keluarga, rakan terdekat, rakan artis dan pihak media. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom juga turut berkenan mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan yang eksklusif itu. Manakala, antara rakan artis yang hadir bagi menyaksikan majlis persandingan mereka ialah Syatilla Melvin, Anzalna Nasir, Laudya Cynthia Bella dan Izara Aishah.
Ameer merupakan anak lelaki kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Mazreen Shanim Datuk Seri Shaheen merupakan puteri bongsu ‘Iron Lady Malaysia’ Datuk Wira Dr. Maznah Abd Hamid.
Tahniah Nona ucapkan kepada Ameer dan Mazreen sekali lagi dan semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal sehingga ke akhir hayat. Make cute babies okay!
sumber foto: instagram #mazmeerize
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umpama sudah menjadi tradisi tahunan penghayatan AlQuran melalui World #QuranHour berlangsung dengan jayanya tengah hari tadi. Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan berangkat mencemar duli untuk bersama mengimarahkan Ramadan dengan penghayatan al-Quran melalui World #QuranHour.
World #QuranHour yang memasuki tahun keempat penganjurannya telah mengangkat tema ‘Solusi Cabaran Sejagat’. Tahun ini, World #QuranHour mengajak masyarakat untuk memahami empat cabaran dunia akhir zaman dan solusi yang diibrahkan daripada Surah Al-Kahf.
Penghayatan surah ke18 ini memberi persediaan dan solusi dari perspektif fizikal, emosional, intelek dan spiritual dalam konteks Qurani kepada masyarakat dalam menangani dunia era Volatility, Uncertainty, Complexity and Ambiguity (VUCA).
Pentadabbur Surah Al-Kahf disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail dan pensyarah Jabatan Quran dan Sunnah, Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM, Prof Madya Dr Habeeb Rahman Ibramsa.
Sesi berinteraksi dengan al-Quran telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah. Pembawa Panji-panji Al-Kahf yang memperdengarkan bacaan Surah Al-Kahf ialah;
Lebih 3,000 orang telah menyertai kempen berinteraksi dengan al-Quran, baca, faham dan amal di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini bermula jam 12 tengah hari.
Pada masa yang sama World #QuranHour akan turut diadakan serentak di lebih 2,100 lokasi berdaftar dalam negara dan lebih 79 lokasi di 27 negara luar.
Program ini merupakan kolaborasi Ummah di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dianjurkan bersama oleh UIAM, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Majlis Dakwah Negara, Rumah Ngaji dan Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd.
Media turut bergabung atas nama Sinergi Media untuk menjayakan kempen ini termasuk Kumpulan Media Karangkraf, Sinar Harian, Sinar TV), Astro, Kumpulan Media Prima, RTM, Bernama, TV Alhijrah, IKIMfm, Kumpulan Utusan, Kumpulan NSTP dan blogger, Denaihati Network.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rani Mukerji menerima Doktor Kehormat La Trobe University selepas Shah Rukh Khan, mengiktiraf legasi hampir 30 tahun dalam sinema India dan kerja kemanusiaan.