Daripada 85kg, penurunan berat badan Zulin Aziz yang kini mencecah berat ideal sekitar 50kg jelas dicemburui ramai wanita. Pelakon dan pengacara popular ini juga jelas kelihatan lebih sihat melalui gaya hidup barunya yang aktif dan bertenaga.
Perjalanan untuk kurus pernah beberapa kali gagal. Namun dia kembali mengumpul semangat dan membuang rasa malas dalam dirinya untuk menguruskan badan.
Meskipun bergantung kepada suplemen pada awalnya untuk membuang lemak, namun Zulin Aziz berkali-kali mengingatkan tentang kepentingan menjaga pemakanan serta bersenam untuk mengekalkan bentuk badan yang langsing.
Meskipun ada segelintir selebriti memilih melakukan cara lebih ekstrem seperti pembedahan bariatrik, namun cara Zulin diyakini lebih selamat dan menyeronokkan.
Dedahnya, amalan senaman dan diet banyak membantu proses penurunan berat badan. Paling best Zulin Aziz bijak mengolah menu masakan agar dia masih boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu berlapar.
Menerusi Instagram miliknya iaitu @cikzulinkedapur, beberapa menu sihat ini antara yang menarik perhatian Nona untuk dicuba.
Jom semak menu-menu sihat yang dikongsi oleh Zulin bagi membantu mengawal dan maintain berat badan ni. Paling baik elakkan nasi dan makanan manis tinggi gula!
“Alhamdulillah saya masih dalam proses mengurangkan berat badan. Antaranya diet-diet saya kongsikan ialah saya vegetarian sebenarnya, tapi kadang-kadang saya cheat juga makan nasi.
Saya selalu amalkan vegetarian 14 hari dan saya diet seperti biasa. Of course saya tak makan nasi dan makanan yang mengandungi gula. Cuma makan buah epal, kacang, salmon dan benda rebus sahaja,” ujarnya.
RESIPI SOTONG PETAI MENGAUM
Bahan-bahan:
Ads
Petai
Sotong
Cili merah 2 batang (dihiris)
Cili api (ikut kepedasan yg anda nak)
Sos ikan
Sos tiram
Serai (dikatuk)
Tomato (potong dadu)
Bawang putih 4 biji
Bawang merah 2 biji
Halia seinci (hiris halus)
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumis serai. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau, masukkan cili api dan cili besar. Tuangkan sedikit sos tiram dan sos ikan. Masukkan garam gula secukup rasa kemudian tomato, petai dan sotong. Gaul rata siap!
Sotong jangan masak lama, nanti tak sedap. Lagi pedas lagi sedap. Petai nak goreng asing pun boleh buat mereka yang suka petai rangup.
RESIPI TELUR REBUS MASAK THAI
Ads
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Cili besar
Cili api
Daun limau
Serai
Daun ketumbar
Daun bawang
Cara membuat:
Tumis bahan tadi, letak sos ikan, tambahkan gula dan maggi cukup rasa. Tuangkan dekat telur atas telur rebus. (Telur rebus goreng dulu).
Simple tapi sedap sangat. Pedas-pedas manis.
GAYA HIDUP AKTIF
Selain itu, Zulin juga memastikan melakukan senaman dan dia juga menyertai kelas Muay Thai. Katanya dia mahu terus mendapatkan badan yang diimpikan dan paling penting kekal sihat.
Menurutnya lagi, kalau kurus cantik tetapi berpenyakit juga tiada gunanya. Jadi biarlah kurus, sihat dan cantik. Jadi sesiapa yang nak menurunkan berat badan tanpa pengambilan seberang pil kurus, boleh cuba amalkan cara diet Zulin Aziz yang kini memang nampak semakin anggun dan jelita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sukan badminton bukan hanya menyatukan Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie sebagai rakan beregu. Lebih bermakna apabila ia menjadi medan bibit-bibit cinta dan sayang di antara jaguh badminton tanah air ini sehingga bergelar suami isteri. Barangkali kerana sering bertemu di gelanggang dan tanpa sedar keserasian yang terjalin membuatkan mereka saling jatuh cinta.
Pasangan romantis ini mengumumkan pertunangan selepas dua tahun bercinta pada Disember 2022. Seterusnya melangsungkan perkahwinan pada 4 Mei 2024.
Tanggal 4 Mei lalu genap setahun usia perkahwinan Soon Huat dan Shevon Lai. Masih segar lagi momen perkahwinan atlet ini yang meraih perhatian dalam kalangan peminat sukan badminton negara.
Pada resepsi itu, Shevon tampil anggun dalam persalinan gaun putih indah sedondon dengan suami tercinta yang segak mengenakan sut.
Istimewanya, baru beberapa hari mendirikan rumah tangga Soon Huat-Shevon Lai menerima ‘hadiah perkahwinan’ mereka apabila memenangi Malaysia Masters 2024 dalam acara beregu campuran mengalahkan pasangan dari Indonesia.
Sebagai juara, kedua-dua mereka membawa wang tunai USD33,180 atau kira-kira RM156,350. Rezeki pengantin baru!
Bersempena ulang tahun perkahwinan pada 4 Mei lalu, atlet wanita yang kini berusia 32 tahun tersebut meluahkan rasa gembira atas ikatan perkahwinan yang dibina bersama Goh Soon Huat.
Ucapan Istimewa Shevon Lai Sempena Anniversary
“Thank you for being everything to me – my partner, best friend, husband, supporter, and even our home’s unofficial housekeeper.
The greatest gift hasn’t just been your love, patience, or thoughtfulness—it’s also the many life lessons you’ve taught me. You’ve helped me grow into a stronger, better version of myself.
Even through disagreements, miscommunications, and tough moments, I feel incredibly blessed to have you as my unwavering pillar, standing by me through it all.
On this special day, I just want to say—I love you deeply and truly, and I can’t wait to share many more adventures with you.”
Beregu campuran profesional negara ini menyertai Terbuka Indonesia pada awal Jun lepas bagaimana pun tewas kepada beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.
Moga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan berpanjangan hingga ke anak cucu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menempa nama sebagai seorang penyanyi terkenal bukan tiket untuk Mila Jirin duduk bergoyang kaki. Sikap yang tidak pernah kenal putus asa dan berani mencuba, sehingga kini berbangga dengan kekukuhan Bizmilla Catering sebuah pakej perkhidmatan lengkap perkahwinan.
“Pada mulanya saya hanya terlibat dalam perniagaan berasaskan makanan sahaja. Pada tahun 2010 saya telah membeli sebuah restoran dekat Tasik Prima Puchong yang dikenali sebagai Restoran Embun Urai. Alhamdulillah sehingga ke hari ini restoran tersebut masih beroperasi dan banyak berjasa kepada kami suami dan isteri.
Kami menyediakan segala kelengkapan perkahwinan bakal mempelai hanya perlu menyediakan door gift dan kad undangan perkahwinan sahaja. Sebenarnya saya sangat terhutang budi dengan suami yang tidak pernah jemu mengajak dan mengajar saya tentang selok-belok perniagaan. Ingat lagi ketika saya berusia 19 tahun, suami (ketika itu teman lelaki) mengajak saya berniaga. Dia kata you should start. Namun ketika itu, saya masih tidak matang dan bersifat keanak-anakan dan mahu enjoy dunia remaja. Namun, alhamdulillah suami banyak memberi bimbingan dan motivasi diri saya agar tidak terus hanyut dalam dunia remaja yang tanpa arah tuju.
Sampai ke hari ini saya masih belajar sebab saya tidak mahu terleka. Saya juga banyak membaca buku-buku motivasi, kisah kejayaan orang-orang ternama, keusahawanan dalam negara dan juga luar negara. Kebanyakan pengalaman yang dikongsi oleh orang-orang berjaya ini adalah sentiasa belajar untuk menjadi yang terbaik,” jelas penyanyi yang telah menghasilkan sebuah album kompilasi yang bertajuk Best of Mila.
Dalam semua perniagaan pasti terdapat persaingan, begitu juga dengan perniagaan perkhidmatan perkahwinan ini, “Bagi saya untuk kekal relevan perlu sentiasa upgrade our service dan jaga perkhidmatan kita. Misalnya dewan perkahwinan kami setiap suku tahun kami akan tukar mengikut trend yang popular. Tidaklah tetamu yang hadir melihat dewan yang sama sahaja sepanjang zaman. Kami juga akan come out dengan new package dan sebagainya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini berlangsungnya acara gilang gemilang anugerah Grammy yang ke 65 di Arena Crypto.com di Los Angeles, California menyaksikan ramai penghibur bertaraf superstar dunia hadir meraikan industri muzik pada malam penuh berprestij itu. Turut memeriahkan dan tercalon ialah penyanyi popular dan berbakat besar Taylor Swift yang hadir dengan persalinan anggun 2 piece berwarna midnight blue hasil rekaan Roberto Cavalli.
Selain dari keanggunan Taylor Swift, turut mendapat perhatian adalah tindakannya sepanjang malam anugerah tersebut. Menerusi pelbagai sumber yang hadir menyaksikan anugerah tersebut secara LIVE, ramai dari mereka teruja dengan sikap Taylor yang sentiasa menjadi orang pertama yang berdiri dan memberikan tepukan setiap kali nama pemenang diumumkan.
Malahan, reputasi professional tersebut tersebut sememangnya sudah sebati dalam diri Taylor sejak dulu lagi. Malah, Taylor tidak langsung segan untuk bangun dan memberikan tepukan meskipun penonton-penonton lain tidak berbuat demikian. Padanlah Taylor Swift menjadi kesayangan peminat-peminatnya.
“Satu perkara yang paling saya kagumi tentang Taylor ialah betapa dia menyokong semua orang. Pada malam anugerah tersebut dia sangat selesa menjadi satu-satunya orang yang memberi tepukan gemuruh dan menari.”
Tindakan Taylor Swift ini turut menjadi bahan bualan di Twitter yang menyanjungi sikap Taylor yang dari dahulu sangat menyokong karier pemain-pemain kreatif dan karyawan muzik di sana. Semoga “class-act” Taylor ini menjadi ikutan buat semua terutama sekali di dalam industri seni tempatan. Janganlah bila ada orang menang buat-buat sibuk tengok handphone saja.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti jelita, Paula Verhoeven sering tampil glamor. Namun, di sebalik glamor dan kemewahan dunia hiburan, Paula turut berperanan penting sebagai ibu kepada dua anak...