Terus mara mewakili Malaysia, nama Ummi Umairah Saiful Anuar yang merupakan anak saudara Siti Nurhaliza diumumkan bakal beraksi di pentas akhir kejohanan World Championship of Performing Arts (WCOPA) ke-27, USA!
Mesra dipanggil Umai, bakat dan kemerduan suara gadis remaja ini mula menjadi perhatian. Dilahirkan dalam keluarga seni, Umai merupakan anak kepada Siti Sairah Tarudin dan telah mula menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak kanak-kanak lagi.
Berusia 13 tahun, Umai menjadi antara peserta terpilih yang menyertai kejohanan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, USA bermula dari 28 Jun hingga 6 Julai ini.
Seramai 15 peserta akan mewakili negara dalam kategori vokal, tarian, muzik dan peragaan, tahun ini. Sebanyak 70 negara dijangka akan menyertai kejohanan edisi ke-27 yang dianjurkan setiap tahun di Hollywood.
Umai mewakili negara menerusi lima kategori iaitu Kontemporari, Terbuka, R&B dan Variety serta turut mempertaruhkan lagu nyanyian asal ibu saudaranya iaitu Cindai menerusi kategori World.
Ads
Dalam perkembangan terbaru, kemas kini hantaran Umai di media sosial mengumumkan berita gembira apabila beliau berjaya melangkah ke pentas akhir.
Wakili Malaysia, kejayaan anak saudara Siti Nurhaliza ini beraksi di pentas akhir kejohanan World Championship of Performing Arts (WCOPA) ke-27, USA jelas membanggakan.
Selain bertanding, pasukan Malaysia juga berpeluang menyertai bengkel dikelolakan oleh penggiat seni terkemuka dari Hollywood, Nashville dan New York.
Peserta juga berpeluang untuk mendapat biasiswa dari pusat pengajian tinggi seni persembahan di Hollywood dan New York bernilai lebih RM2 juta.
Ads
Selain itu, berpeluang meneruskan kerjaya di Hollywood bersama penerbit, syarikat atau agensi seni persembahan terkemuka di Hollywood.
Justeru itu, penyertaan pasukan Malaysia dalam kejohanan berkenaan bukan sahaja menonjolkan bakat dan menyerlah di persada dunia seni persembahan, malah mempertingkatkan dan memperkembangkan kerjaya dalam industri seni.
Meremang bulu roma bila tengok Umai perform, bagus betul suaranya macam dalam video di bawah ni…
Barangkali bersyukur dengan nikmat kelahiran dan terselamat daripada bencana gempa bumi di Lombok pada Ahad lepas, wanita bernama Sri Handayani berusia 38 tahun ini mencuri tumpuan negara serantau apabila menamakan bayi lelakinya Muhammad Gempa Rizki. Memang kedengaran unik.. pastinya setiap kali memanggil dan memandang ke arah anak kecil itu, Handayani akan mengingati kejadian yang melanda Lombok Utara, Indonesia tersebut.
Menerusi tweet Indonesia Red Cross (Palang Merah), ibu bayi berkenaan selamat melahirkan bayi lelaki cukup sifat itu pada awal pagi Isnin di Pusat Komando Kecamatan Bayan, Lombok Utara.
“Di balik musibah yang melanda Lombok ternyata ada berkah yang tak terkira bagi Ibu Sri Handayani (38). Beliau melahirkan bayi yang sihat dan menggemaskan di posko Kecamatan Bayan, Lombok Utara pukul 5 pagi tadi (6/8/2018). Bayinya diberi nama Muhammad Gempa Rizki. Semoga sihat selalu.”
Menurut laporan Badan Meterologi, Klimatologi dan Geofisika INdonesia (BMKG) sebanyak 124 gempa susulan bermagnitud rendah direkodkan berlaku sehingga pukul 6 pagi Isnin lalu.
Gempa kuat yang berukuran 6.9 skala richter pada Ahad mengorbankan sekurang-kurangnya 98 nyawa setakat ini. Sementara itu, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia pula berkata jumlah tersebut mungkin meningkat apabila serpihan daripada lebih 13, 000 rumah yang musnah telah dibersihkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beauty with brains! Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik malah Athisha Khan juga bijak orangnya. Nama personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Noor Neelofa tersebut menjadi bualan warga net sejak foto terkini Athisha yang lengkap mengenakan jubah konvokesyen bertebaran di Internet.
Perkongsian momen-momen indah bersama keluarga itu dimuat naik Athisha di media sosial miliknya selepas dia berjaya menamatkan pengajian di United Kingdom. Difahamkan Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan tersebut kelihatan Athisha dan keluarga tersayang meraikan meraikan kejayaan dengan mengadakan majlis ringkas di rumah.
Selain kedua-dua ibu bapanya iaitu Datin Noor Kartini dan Datuk Abdul Halim Khan, Athisha turut diraikan oleh adik-beradik termasuk Neelofa, Sara, Aqief, Ameera Khan dan Faliq.
Berusia 23 tahun, Athisha juga merupakan vlogger popular dan mempunyai lebih 300 ribu followers di saluran YouTube.
Sementara itu, Datin Noor Kartini di IG miliknya menzahirkan rasa syukur atas khabar gembira itu. “Alhamdulillah syukur dengan segala nikmatMu Ya Rabb. Sungguh kasih sayangMu amat luas dan nikmatMu amat hebat. Wahai pencipta langit dan bumi peliharalah kami dan lindungi kami dari segala bala malapetaka.
Selamatkan kami di duniaMu dan di akhiratMu Ya Rabbul Alamin. Terima kasih Allah untuk segala nikmatMu. Terima kasih anakku sayang Athisha Khan. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat kepada seluruh umat. Amiin.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita Sari Yanti, yang juga isteri kepada pelakon, penyampai radio dan pelawak popular Jep Sepahtu baru-baru ini berkongsikan wajah terkini anak-anak mereka menerusi hantaran di Instagramnya sekaligus mencuri perhatian warga maya yang ternyata teruja melihat kelima-lima anak mereka berdua yang kian membesar, dan semuanya comel-comel belaka.
Yang turut menarik perhatian adalah kepsyen ditulis Sari Yanti yang turut mendoakan mereka yang belum punya anak akan dikurniakan zuriat dan cahaya mata suatu hari nanti, selain mengharapkan anak-anak mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.
Mengintai di ruangan komen, doa tulus Sari Yanti tersebut nyata disambut baik oleh para peminatnya yang masing-masing turut berkongsi pengalaman serta harapan mereka untuk punya anak dan keluarga besar seperti Sari dan Jep. Tidak kurang juga rata-rata mendoakan agar keluarga Sari dan Jep bahagia sentiasa dan di dalam lindungannya.
Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari pada 25 Februari 2017. Sehingga kini mereka dikurniakan 5 orang anak iaitu Barr Al Aliy, Baasit Al Haq, Dariya Inara, Muhamad Khidir dan Abu Bakr.
Jep juga turut memberikan respon dan membalas komen di ruangan tersebut dengan menulis Amin Ya Rabbal Alamin.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!