Kegembiraan seorang ibu pasti jelas terpancar apabila anak-anak sudah bergelar isteri dan membina rumahtangga bersama pasangan masing-masing. Itulah kegembiraan yang dapat digambarkan melalui raut wajah Datin Suliza Salam yang kini ternyata diulit kebahagiaan dengan kehadiran dua menantu serta seorang cucu dalam kehidupannya.

IKLAN

“Waktu PKP Terima Menantu, Kini Bahagia Mengulit Cucu”-Datin Suliza SalamTahun lalu, Datin Suliza Salam dan suami, Dato Zainal Nazeri Zainuddin menerima kehadiran dua menantu dalam keluarga. Anak sulung, Izzati Zainal mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Dr Ahmad Imran Fadzil pada 14 Mac 2021.
Selang dua bulan kemudian,anak keduanya, Nur Falahi pula mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Muhammad Wafi Abdul Shakor yang juga merupakan anak lelaki kepada Dato Mashitah Ibrahim.

Pada penghujung tahun 2021, Datin Suliza menerima cucu perempuan hasil perkahwinan Izzati dan Dr Imran. Sebagai ibu, sudah tentu kegembiraan dan rasa bersyukur menerima kehadiran insan baharu dalam keluarga sekaligus menjadi penyeri buat keluarga besarnya. Untuk rekod, Datin Suliza dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Izzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani.

“Waktu PKP Terima Menantu, Kini Bahagia Mengulit Cucu”-Datin Suliza Salam
“Kelahiran Nur Ayra Allysa Ahmad Imran sememangnya menjadi penyeri dan buah hati buat kami sekeluarga. Alhamdulillah kehidupan saya semakin diulit kebahagiaan apatah lagi bila dah naik pangkat menjadi nenek kini,” ujar Datin Suliza yang tetap mesra setiap kali diajukan soalan mengenai kehidupannya kini.

“Waktu PKP Terima Menantu, Kini Bahagia Mengulit Cucu”-Datin Suliza Salam
Walaupun tidak menjaga anak dan cucu sepenuhnya di dalam proses berpantang, Datin Suliza sempat menurunkan pelbagai petua untuk diamalkan kerana yakin penjagaan yang menyeluruh ketika berpantang amat penting untuk kesihatan si ibu serta bayi yang bergantung kepada susu ibu.

“Walaupun anak saya dijaga oleh ‘confinement lady’ sepanjang proses berpantang, saya amat menitikberatkan soal penjagaan kesihatan untuk dirinya sebaik lepas bersalin. Antara perkara penting yang dititikberatkan ialah pemakaian bengkung.’ ujar Datin Suliza lagi.

“Waktu PKP Terima Menantu, Kini Bahagia Mengulit Cucu”-Datin Suliza SalamRamai ibu muda mengelak daripada mengenakan bengkung atau barut ketika dalam tempoh berpantang kerana dikatakan tidak selesa selain kaedah mengikatnya dianggap rumit selain mengambil masa terlalu panjang.
Hakikatnya kaedah pemakaian bengkung yang rumit itu mempunyai ‘hikmah’ dalam memastikan ‘dakapan’ kain berkenaan kemas pada bahagian tubuh tertentu, sekali gus penting untuk pemulihan ibu selepas berpantang.

“Waktu PKP Terima Menantu, Kini Bahagia Mengulit Cucu”-Datin Suliza Salam

IKLAN

“Waktu PKP Terima Menantu, Kini Bahagia Mengulit Cucu”-Datin Suliza Salam
Kembali bercerita mengenai cucu tersayang yang kini sudah mencecah usia enam bulan, Datin Suliza berkata kehidupannya kini lebih ceria apatah lagi cucu yang diberi nama Nur Ayra Allysa Ahmad Imran kini sudah mula menjamah makanan bayi serta sudah pandai mintak didukung.
Melihat laman Instagram miliknya juga dibanjiri dengan gambar serta video si kecil yang saling tak tumpah seperti neneknya yang mempunyai mata kuyu yang comel. Tidak hairanlah kehidupan seharian Datin Suliza kini lebih tertumpu terhadap cucu kesayangan yang menjadi penyeri keluarga bahagia ini.

“Waktu PKP Terima Menantu, Kini Bahagia Mengulit Cucu”-Datin Suliza Salam

“Waktu PKP Terima Menantu, Kini Bahagia Mengulit Cucu”-Datin Suliza Salam

IKLAN

“Seronok bila Ayra sudah mula memberi respon terhadap orang-orang disekelilingnya. Pantang diagah, mesti mengekek gelaknya dan minta didukung oleh ‘tok ma’nya,” ujar Datin Suliza lagi.

“Waktu PKP Terima Menantu, Kini Bahagia Mengulit Cucu”-Datin Suliza Salam

Sebelum mengakhiri perbualan, penulis sempat mengorek rahsia awet muda wanita yang baharu sahaja mencecah usia 55 tahun julai lalu. Menurut Datin Suliza, dia tidak mempunyai rahsia dalam menjaga kesihatantetapi lebih mementingkan penjagaan kesihatan serta minda yang positif dalam menjalani kehidupan seharian.
“Saya amalkan penjagaan kesihatan, pengambilan makanan yang seimbang serta beriadah mengikut kesesuaian usia. Pengambila suplemen tambahan juga banyak membantu saya menambahkan stamina. Apatah lagi bila cucu dan mula lasak ni, saya memerlukan stamina untuk bermain dengannya,” ujar Datin Suliza seraya mengakhiri perbualan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI