Azura Zainal bukan suatu nama asing dalam bidang pengacaraan. Forte wanita berambut kerinting ini sudah pasti melakukan aktiviti lasak. Umum juga sudah tahu, Azura telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Cristiano Genuino Da Silva, seorang jurulatih seni mempertahankan diri yang berasal dari Brazil. Setahun yang lalu, Azura telah melahirkan seorang bayi lelaki yang comel serta telah diberi nama Zeydan Genuino.

Walaupun bersuamikan ‘Orang Putih’, Azura Zainal tetap amalkan berpantang tradisional

IKLAN

Foto: Instagram @zurrs

Ketika diajukan tentang amalan berpantang yang dilaluinya dengan penuh yakin jawapannya, “Saya mengamalkan cara berpantang secara tradisional. Saya selesa berpantang secara tradisional kerana percaya amalan berpantang dapat memulihkan kesihatan dalaman. Walaupun suami saya bukan orang Melayu tetapi dia menghormati pilihan saya,” jelas Azura sambil tersenyum.

Walaupun sudah 20 tahun telah berkecimpung dalam dunia glamor ini namun Azura Zainal tetap merendah diri dan mudah bekerjasama. Bukan mudah wanita yang berusia 37 tahun ini, kekal relevan sebagai pengacara tetapi atas usaha gigih dan sentiasa menjaga kualiti kerja membuatkan dirinya sentiasa di terima.

Walaupun bersuamikan ‘Orang Putih’, Azura Zainal tetap amalkan berpantang tradisional

Antara kenangan manis yang dikutip adalah semasa membuat rakaman X-plorasi. Salah satu daripadanya adalah sewaktu team kami mendaki Gunung Murud, merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Waktu itu musim hujan, sepanjang pendakian kami basah kuyup, tergelincir, jatuh dari jambatan, tidur dalam hujan. Dalam perjalanan turun pula, kami sepatutnya dijemput di kaki gunung, tetapi disebabkan jalan balak basah dan berlumpur, kereta tak dapat naik jadi kami terpaksa turun berjalan kaki ke kereta yang mengambil masa tambahan 2 jam.

Akhirnya kami sampai ke kereta dekat maghrib, bila naik kereta, tak sampai 10 minit, kereta sangkut dekat lumpur dan akhirnya kami terpaksa balik berjalan kaki ke Apple Lodge. Kami mulakan perjalanan berjalan kaki kami dari jam 8 pagi dan akhirnya sampai ke lodge jam 1.30 pagi keesokan harinya! Ia merupakan suatu pengalaman indah buat saya.

Walaupun bersuamikan ‘Orang Putih’, Azura Zainal tetap amalkan berpantang tradisional

Foto: Instagram @zurrs

IKLAN

Alhamdulillah, sampai sekarang rezeki saya dalam bidang pengacaraan tidak putus-putus. Kini saya lebih kepada rancangan yang berbentuk pengembaraan (travel and adventure). Ini merupakan penjenamaan saya kini kerana ia adalah bentuk rancangan yang benar-benar dekat dengan hati saya,” bicara Azura sambil tersenyum.

Menurut ibu kepada seorang putera ini, pada tahun ini selain daripada meneruskan penggambaran program X-plorasi yang bakal berlangsung selama 13 Hari, beliau juga berharap mahu menghasilkan sebuah program televisyen. “Tahun ini saya tetap akan meneruskan tugas sebagai pengacara majlis dan saya juga mahu menumpukan perhatian kepada Social Enterprise yang baru diwujudkan 4 bulan yang lalu.

Walaupun bersuamikan ‘Orang Putih’, Azura Zainal tetap amalkan berpantang tradisional

Dengan nama OpiS, saya ingin mencabar kebiasaan bagaimana kita nak dapatkan keseimbangan kehidupan. Terdapat tiga komponen dalam OpiS, iaitu, OpiSTunity, OpiS Community dan OpiSKu. Tahun 2019 kami akan beri fokus kepada OpisTunity apabila kami jalankan latihan dan bengkel untuk syarikat korporat, keluarga, anak-anak muda, golongan B40 serta kanak-kanak. Tujuannya adalah supaya kita melahirkan keluarga yang lebih bahagia dan komuniti yang lebih penyayang,” jelas ibu kepada Zeydan Genuino yang berusia setahun ini penuh pengharapan.

IKLAN

Trivia Azura Zainal

  • Pernah dicalonkan 2 kali untuk Best Light Entertainment Presenter/Performer di Asian Television Awards pada tahun 2002 dan 2004 semasa menjadi TV Presenter di Walt Disney TV.
  • Dipilih memainkan watak Lorell Robinson untuk Broadway: Dreamgirls The Musical di Istana Budaya. Berpeluang menyanyi, menari dan berlakon!

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI