Sesungguhnya 36 tahun sulam cinta dalam rumahtangga atau melayari bahtera perkahwinan bukan suatu masa yang singkat.

Yang di-Pertuan Agong ke-16, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baharu sahaja menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Diraja ke-36 tanggal 6 Mac lalu.

IKLAN
36 Tahun Sulam Cinta, AGONG & RAJA PERMAISURI Kekal Romantik
Foto: Instagram @istana_negara
36 Tahun Sulam Cinta, AGONG & RAJA PERMAISURI Kekal Romantik
Foto: Instagram @istana_negara

NONA merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Perkahwinan Diraja ini. Hubungan mesra dan romantis yang sering terpamer saat melihat foto-foto mesra Baginda berdua. Pasangan diraja ini sering mendapat perhatian rakyat dan menyifatkan sebagai pasangan romantik.

Mengimbas kembali perkahwinannya yang disifatkan separa diatur, Tuanku Azizah bertitah pertemuan pertama berlaku di padang polo di Johor ketika usianya 12 tahun dan Sultan Abdullah pula berusia 13 tahun.

36 Tahun Sulam Cinta, AGONG & RAJA PERMAISURI Kekal Romantik
Foto: Instagram @istana_negara
36 Tahun Sulam Cinta, AGONG & RAJA PERMAISURI Kekal Romantik
Foto: Instagram @istana_negara

Selama 13 tahun berkawan dan bercinta, hanya surat, aerogram dan telefon yang menjadi penghubung setiap minggu. Istimewanya, semua surat itu masih tersimpan rapi sebagai kenangan berharga percintaan jarak jauh baginda berdua.

“Ayahanda saya dulu sangat tegas, betul-betul ikut cara Islam, mana boleh keluar bersama, pergi tengok wayang atau minum kopi. Ya, kami tidak pernah. Apatah lagi pegang tangan. Setiap kali Tuanku nak jumpa saya, kena buat temu janji dan makan tengah hari bersama ayahanda saya.

36 Tahun Sulam Cinta, AGONG & RAJA PERMAISURI Kekal Romantik
Foto: Instagram @istana_negara
36 Tahun Sulam Cinta, AGONG & RAJA PERMAISURI Kekal Romantik
Foto: Instagram @istana_negara

Nenda saya dan nenda Tuanku mahukan perkahwinan ini. Melihat ayahanda saya yang begitu tegas, nenda saya selalu ajak Tuanku datang Johor untuk bermain polo. Jadi dapatlah kami berjumpa di padang polo, itu pun dengan semua orang keliling.

Saya ingat ketika umur saya 23 tahun, Tuanku pernah tanya adakah saya mahu menjadi isterinya satu hari nanti. Saya jawab, adakah Tuanku anggap saya ni cukup baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya.

36 Tahun Sulam Cinta, AGONG & RAJA PERMAISURI Kekal Romantik
Foto: Instagram @istana_negara
36 Tahun Sulam Cinta, AGONG & RAJA PERMAISURI Kekal Romantik
Foto: Instagram @istana_negara

Tapi Tuanku tidak ajak saya kahwin. Tuanku beritahu ayahandanya supaya mengumumkan dia akan mendirikan rumah tangga pada hari keputeraan baginda pada Oktober 1985, tetapi tidak cakap dengan siapa.

Ayahanda saya pula tidak tahu mengenai pengumuman itu. Apabila rombongan Pahang sampai, ayahanda saya tanya, adakah dia nak atau ini perkahwinan yang diatur? Jika diatur oleh ibu bapa, saya tidak terima. Kalau dia sendiri mahu, saya terima.

IKLAN
36 Tahun Sulam Cinta, AGONG & RAJA PERMAISURI Kekal Romantik
Foto: Instagram @istana_negara

Selepas tiga hari, barulah ayahanda kata “Bah lupa nak tanya Azizah nak ke tak nak, tapi Bah dah terima,”. Saya bernikah pada Mac dan bersanding pada 19 Julai (1986). Antara Mac dan Julai, walaupun sudah jadi suami isteri yang sah, tetap tak boleh keluar. Saya di Johor, Tuanku di Pahang.

Majlis perkahwinan diadakan di Johor dengan penuh istiadat kerana anak Agong berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang. Titiek Soeharto selalu kata, itulah satu-satunya majlis perkahwinan yang berlarutan sampai jam 5 pagi,” titahnya.

“Saya tidak rasa kami ni romantik sangat. Media selalu rakam momen yang tidak kami perasan macam masa suapkan lauk. Bagi saya ia adalah perkara natural (melayan suami) seperti letakkan lauk untuk suami.

IKLAN
36 Tahun Sulam Cinta, AGONG & RAJA PERMAISURI Kekal Romantik
Foto: Instagram @istana_negara

Kami tak adalah panggil ‘Sayang’, atau sebab kami dah kenal 13 tahun sebelum berkahwin, Tuanku panggil saya Ji (Zizi) dan saya pangil Taunku ‘Alam’ atau ‘Lam’. Tapi saya rasa Tuanku suka bila saya panggil ‘Bah’ (Babah),” titah Raja Permaisuri Agong.

Pasangan diraja ini telah berkahwin pada 6 Mac 1986. Raja Permaisuri Agong bersyukur dikurniakan suami yang baik hati, sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan sepanjang 46 tahun mengenali Tuanku Abdullah, tidak pernah didengar baginda meninggikan suara.

“Tuanku ni baik. Hatinya cukup baik, tidak pernah gosip, ‘membawang’, tak pernah cakap orang jahat, tidak pernah komen, sentiasa bercakap lemah-lembut dan tidak kasar. Tuanku juga baik dengan semua orang dan layan orang tidak kira siapa pun mereka, terutama yang susah,” titah Raja Permaisuri Agong bahagia 36 tahun sulam cinta.

Sumber: Harian Metro

Baca juga; Resipi Victoria Sponge Cake Duchess of Cornwall

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI