Sekarang ini kita masih lagi dalam mood raya walaupun kebanyakannya sudah mula bekerja. Memandangkan Syawal masih lagi dirai maka banyaklah jemputan rumah terbuka diterima. Bukan sekadar berpeluang bertemu sanak saudara dan sahabat handai yang lama tak jumpa bahkan dapat menjamu selera dengan hidangan yang lazat-lazat belaka.

IKLAN

Namun di sebalik keterujaan menikmati juadah hari raya anda haruslah beringat kerana makan berlebihan boleh mengundang ‘duka’ terutama bagi yang sedang dalam proses menurunkan berat badan atau mempunyai penyakit tertentu.

Amalkan 6 tip berikut agar anda tidak ‘terbabas’ daripada pola pemakanan sihat. Ingat, jangan makan berlebihan hanya kerana mahu menjaga hati tuan rumah.

  • LETAK TARGET

Jika anda dalam proses menurunkan berat badan, hari raya merupakan saat paling mencabar kerana sukar untuk mengawal kalori berbanding hari biasa. Pastikan anda mengawal porsi makanan dan elak rasa kenyang yang berlebihan. Jika anda penghidap diabetes perhatikan apa yang anda makan.

  • JANGAN ‘LAPAR MATA’

Hari raya umpama pesta makanan. Bermacam juadah dihidangkan buat tetamu. Keadaan ini mengakibatkan anda mudah tergoda seterusnya memancing nafsu makan. Ini yang dikatakan ‘lapar mata’. Jangan terus menuju ke meja makan atau mengambil kuih muih yang terhidang. Berbual-bual lah dahulu dengan sanak saudara dan sahabat handai kerana itulah tujuan asal hari raya, bukan?

6 Cara Menikmati Juadah Raya Secara SIHAT, No 3 Tu Paling Susah Nak Buat!

IKLAN
  • BERHENTI SETELAH KENYANG

Mungkin ada yang tak sedar isyarat ‘kenyang’ kerana terlalu asyik berbual sambil mengunyah. Siap tambah makanan lagi tanpa sedar. Lebih bahaya kalau makanan itu depan mata saja. Ambil makanan yang nak dimakan saja dan makan perlahan-lahan. Selesai makan jauhkan pinggan yang digunakan bagi mengelakkan anda menambah lagi makanan.

  • PENUHKAN PINGGAN DENGAN SAYURAN

Ketika mengambil makanan penuhkan dulu pinggan dengan sayuran. Sayuran membantu anda cepat kenyang kerana kandungan seratnya yang tinggi. Pilih sayuran yang tak bersantan atau kalau terpaksa kurangkan kuantiti kuah bersantan yang diambil.

IKLAN
  • ELAK DAGING BERLEMAK

Khususnya daging merah yang tinggi kandungan lemaknya. Kalau anda makan ayam, elakkan makan bahagian kulitnya.

6 Cara Menikmati Juadah Raya Secara SIHAT, No 3 Tu Paling Susah Nak Buat!

  • WASPADA MINUMAN BERGULA

Minuman juga disediakan dalam berbagai warna yang pasti menarik perhatian tetamu seperti soda dan sirap. Ia biasanya mengandungi gula berlebihan. Soda diet mengandungi pemanis buatan sebagai pengganti gula. Elak atau kurangkan minuman ini bagi mencegah meningkatnya kalori tanpa sedar.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI