Benarlah cinta itu buta, tidak mengenal siapa hatta pangkat mahupun darjat. Walau dibesarkan dalam keluarga bangsawan yang hidup sempurna, dicemburui ramai, terkenal, dan dilimpahi dengan kemewahan… namun ia sedikit pun tidak melunturkan perasaan puteri diraja ini untuk mengejar dan memiliki cinta sejati. Bahkan, mereka sanggup meninggalkan segala kesenangan dan kemahsyuran demi cinta seorang lelaki!
Berikut antara enam puteri diraja terkenal yang menjadi bualan di serata dunia kerana keteguhan pendirian mereka mahu menikmati hidup Bersama insan biasa yang tidak memiliki darah bangsawan.
Princess Sayako
Princess Sayako yang dahulunya dikenali sebagai Princess Nori kini membawa nama sebagai Sayako Kuroda setelah puteri diraja Jepun ini berkahwin dengan Yoshiki Kuroda pada tahun 2005. Disebabkan suaminya, Yoshiki hanya rakyat biasa… Sayako terpaksa melepaskan gelaran ‘puteri’ dan secara rasminya tersingkir sebagai ahli Imperial House of Japan. Beliau juga merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Maharaja Akihito dan Maharani Michiko
2. Princess Mako of Akishino
Pada Mei 2017, berita pertunangan puteri Jepun ini diumumkan kepada rakyat. Beliau telah bertemu jejaka pilihannya iaitu Kei Kumoro ketika sedang melanjutkan pengajian di International Christian University di Tokyo. Disebabkan perkara tersebut, Princess Mako harus melepaskan status diraja sama seperti yang berlaku kepada ibu saudaranya, Princess Sayako.
3. Princess Ubolratana Rajakanya
Puteri Thailand yang dikenali sebagai Princess Ubolratana Rajakanya ini menjalani kehidupan yang sukar selepas memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Amerika iaitu Peter Ladd Jensen. Meskipun ia perkahwinan ‘suka sama suka’, pasangan ini ditakdirkan berpisah pada tahun 1998 selepas dikurniakan tiga orang anak.
Ads
Kembali semula ke negara kelahiran biarpun selepas kehilangan gelaran diraja, beliau sekali lagi diuji apabila anak lelakinya yang bernama Khun Bumi Jensen maut akibat tragedi tsunami yang melanda Thailand pada tahun 2004.
4. Princess Ayako
Dahulunya dikenali dengan gelaran Princess Ayako of Takamado yang kini menggunakan nama Ayako Moriya. Beliau kehilangan status diraja setelah berkahwin dengan rakyat biasa, Kei Moriya pada 29 Oktober tahun lalu. Sehingga ke hari ini, beliau selesa membahasakan dirinya dengan panggilan Mrs. Kei Moriya.
5. Princess Diana
Ads
Rata-rata penduduk dunia mengenali nama dan peribadi yang baik milik Princess Diana. Walaupun bukan daripada keturunan diraja namun sikap mesra dan prihatinnya menarik perhatian bukan sahaja rakyat di England tapi di serata dunia.
Selepas penceraiannya bersama Prince Charles kerana dikhabarkan hangat menjalin hubungan cinta dengan seorang usahawan, ramai yang tertanya-tanya tentang status diraja Diana. Ada yang mengatakan Queen Elizabeth mahu mengekalkan gelaran Diana biarpun selepas pasangan itu berpisah namun berbeza pula bagi bekas suami yang mahu gelaran tersebut ditarik.
Ads
Pernah digelar Her Royal Highness The Princess of Wales, Lady D bagaimana pun kehilangan gelaran tersebut dan hanya diingati sebagai Diana, Princess of Wales selepas kematiannya pada 31 Ogos 1997 di Paris.
6. Princess Srirasmi
Berbeza dengan situasi puteri diraja di atas, Princess Srirasmi yang merupakan bekas isteri kepada Raja Thailand yang baru, Raja Vajiralongkorn meminta bekas isterinya itu melepaskan status diraja yang disandangnya setelah berdepan pertuduhan rasuah melibatkan ahli keluarga Srirasmi.
Selepas ahli keluarganya disabitkan bersalah dengan beberapa sisi rasuah berkenaan, Raja Thailand memutuskan untuk bercerai dengan Srirasmi Suwadee.
Sumber: Stars Insider
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jodoh, pertemuan, ajal dan maut sememangnya menjadi rahsia yang hanya diketahui olehNya. Hari ini, personaliti media sosial, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli kehilangan ibunya apabila wanita itu menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari pada jam 6.45 petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.
Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dan Shila, menerusi akaun Instagram masing-masing.
Sebelum ini, media melaporkan baik Shila mahupun Ubai memasang impian agar ibu Ubai, Rohani Jamal dapat menyaksikan majlis pernikahan personaliti media sosial tersebut dengan penyanyi, Shila Amzah.
“Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan ini untuk Ubai, tapi Ubai reda. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik, semua orang senang dengan mak. Ubai ingat semua pesanan mak. Ubai tak pernah lupa.
“Terima kasih mak, sebab jadi tempat untuk Ubai mengadu, minta nasihat. Ubai janji akan jaga adik-adik semua,” coretnya.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dan kini sedang dalam persiapan akhir untuk majlis penyatuan mereka sebagai suami isteri yang sah. Malah kedua-duanya memberi bayangan majlis bakal berlangsung dalam tempoh seminggu dua ini berdasarkan bayangan yang diberikan oleh penyanyi berusia 32 tahun itu.
Terdahulu Ubai memaklumkan ibunya iaitu Rohani Jamal terpaksa ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Isnin lalu. Ibunya sebelum ini sudah menjalani enam kitaran kimoterapi dan lima kitaran radioterapi. Jelas Ubai lagi, ibunya juga telah menunjukkan kemajuan selepas menjalani rawatan radioterapi, namun pada pagi Isnin tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan malam ini di Petaling Jaya. Al Fatihah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertambah lagi seorang penyeri rumah tangga selebriti wanita ini. 9 Jun lepas, pelakon dan pengacara Raja Farah selamat melahirkan bayi perempuan dan pilih nama Ilana untuk anak keempat ini. Alhamdulillah, kini ibu dan anak berada dalam keadaan baik dan teruja dengan kehadiran cahaya mata baharu berkenaan.
Berkongsi perkembangan terkini di media sosial, bintang filem Haq ini turut berkesempatan memuat naik video memaparkan dirinya sebelum dan selepas kelahiran anak keempat.
Menerusi rakaman video itu, kelihatan wajah tenang Raja Farah sewaktu mengalami kontraksi.
Isteri jelita Iskandar Ismail ini dilaporkan selamat bersalin pada 9 Jun lalu di sebuah hospital swasta.
Genap seminggu selepas kelahiran, ibu berusia 35 tahun ini mengumumkan nama bayi perempuan tersebut. Raja Farah dalam pada itu memaklumkan memilih nama Ilana untuk anak keempat.
“Alhamdulillah. Hari ni genap tujuh hari usia baby. InshaAllah kami menamakan zuriat keempat kami ini ‘ILANA BINTI ISKANDAR’.
Doakan Ilana menjadi anak yang solehah dan segala doa yang baik-baik untuk Ilana. InshaAllah. Aamiin Ya Rab. Terima kasih semua.”
Nama Raja Farah mula dikenali peminat seni tanah air sekitar awal tahun 2000. Sepanjang bergelar anak seni, dia berjaya membintangi banyak drama dan filem.
Antara lakonan hebat Raja Farah termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal dan Salon.
Antara rakan artis seperjuangan dan melonjak populariti pada era itu ialah Diana Amir dan Yana Samsudin.
Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Imran, Ilham dan Intan.
Wajah cantiknya menghiasi iklan komersial TV, Beras Floral ketika dia baru menginjak usia remaja. Selain berlakon, Raja Farah juga pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang kecur liur dibuatnya tengok hidangan jualan kek dan bakeri air tangan isteri Pekin Ibrahim ini. Bijak bereksperimen dengan sajian manisan, perusahaan Mona Allen dilihat semakin maju dan memenuhi selera ramai. Malah ada pelbagai seleksi perisa kek yang ditawarkan buat penggemar dessert!
Difahamkan bisnes kek yang diusahakan ini sudah pun bermula sejak tahun 2019 lagi. Antara menu butter cake by Mona Allen ialah Classic, Orange, Pandan Kelapa, Chocolate Belgium dan Cempedak.
Terbaharu, dia turut kreatif menghasilkan Banana Chocolate Blackout dan cookies menyelerakan.
Ratu hati Pekin Ibrahim ini pada 4 Jun lepas selamat melahirkan bayi lelaki kedua. Terdahulu Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen dan Pekin dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.
Ketika menyambut kelahiran anak kedua, selebriti ini memanjat kesyukuran atas anugerah terindah berkenaan.
“Alhamdulillah. BismillahirRahmanirRahim. Baby adik is born on 4th June 2024.
Diberi nama Persia Pekin. Semoga yang baik-baik sahaja untuk anak kami.
Thank you semua yang text DM dan doakan kami. Much love from us.”
Cantik manis orangnya! Sejak zaman anak dara sampai sudah pun berstatus isteri dan ibu tiga orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha sentiasa tarik perhatian warga maya. Walau usia makin meningkat, kecantikan isteri pemain bola sepak popular iaitu Khairul Fahmi Che Mat ini seakan tidak memudar.