Che Puan Syamim Farid merupakan nama yang tidak asing lagi bagi industri seni tanahair! Wanita anggun ini mua mengukir nama sebagai salah seorang naib juara bagi program pencarian bakat baharu Dewi Remaja pada tahun 2014/15.
Selepas itu, kerjayanya berkembang sebagai seorang pelakon dan pengacara yang sentiasa dilihat menghiasi kaca televisyen di Malaysia. Kini masih lagi aktif dalam dunia seni, beliau merupakan isteri kepada Yang Mulia Bentara Raja Tengku Ezrique Ezzudean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj yang dikahwininya pada tahun 2016.
Namun, apa yang paling menjadi inspirasi buat Nonarians adalah, kelangsingan bentuk tubuh Che Puan Syamim ini yang yang langsung tidak berubah persis anak dara meskipun sudah berkahwin selama lapan tahun dan kelihatan semakin jelita! Agaknya apakah rahsia yang diamalkan?
Amalkan Diet Ketat Untuk Kekal Langsing!
Berusia 32 tahun, Che Puan Syamim masih lagi cantik seperti 10 tahun lalu. Dia mengekalkan figura tubuhnya yang langsing sekaligus memastikan kesihatan pada tahap maksima.
Ads
Beliau pernah berkongsi kepada umum mengenai rejim pemakanan yang diamalkannya untuk tampil langsung dan sihat. Khabarnya, ketika itu dia sudah sembilan tahun tidak menjamah nasi. Beliau juga tidak makan makanan seperti ayam, daging, minyak dan gula.
“Bila saya dah memulakan sesuatu, saya akan buat betul-betul Self-dicipline. No cheat day,” kongsinya mengenai diet ketat yang diamalkan.
Selain itu di juga menambah yang jika mahu makan makanan yang berat dia memilih untuk menikmati hidangan pasta seperti spageti Aglio Olio yang dimasak menggunakan minyak zaitun.
Ads
Terbaharu, Che Puan Syamim Farid telah diangkat sebagai wajah wakilan kepada jenama tempatan terkenal, Samm Republic untuk koleksi lebaran jenama tersebut. Diberi nama Gelombang Raya, koleksi lebaran itu menampilkan rekaan busana tradisi yang diberi sentuhan serba moden dan segar.
Dalam satu hantaran di Instagramnya, Che Puan Syamim berkongsi, “Ianya merupakan satu penghargaan untuk menjadi muse kepada koleksi Sam Republic RTW Gelombang raya 2023. Big love untuk semua pihak yang terlibat dengan kempen ini. Thank you so much for having me.”
Menampilkan pilihan yang menawan, Che Puan Syamim kelihatan begitu anggun menggayakan rekaan yang serba mewah itu. Biarpun merupakan koleksi ready-to-wear namun setiap satu rekan memiliki sentuhan yang cukup eksklusif.
Dukung anak sambil tawaf menjadi kenangan umrah pertama sebagai seorang ibu paling manis buat Mira Filzah, yang turut meraikan anniversary perkahwinannya di Tanah Suci.
Menerusi perkongsian aktres dan pengacara popular tersebut, ini adalah kali pertama dia mengerjakan ibadah umrah bersama anak lelakinya, Wan Khair Amir yang berusia dua tahun.
Malah, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, menerusi hantaran foto memperlihatkan dia berada di depan Kaabah memaklumkan, mendukung anaknya ketika proses tawaf bukanlah perkara yang mudah namun, ia juga tidak menjadi beban untuknya.
“Completed our umrah. Alhamdulillah. First time bawa Amir. Nak Mama dukung je, jadi Mama lah dukung sambil tawaf 7 kali. Not complaining. Syukur, alhamdulillah for everything,” kongsinya.
Turut menemani Mira ke tanah suci ialah suaminya, Wan Emir Astar. Keluarga kecil ini berkesempatan menunaikan Umrah ambil melawati pelbagai tempat kebudayaan serta bersejarah di Arab Saudi.
Dukung anak sambil tawaf pastinya menjadi kenangan umrah pertama sebagai seorang ibu paling manis buat Mira Filzah, yang turut meraikan anniversary perkahwinannya di Tanah Suci.
Menyifatkan perasaan mengerjakan Umrah kali ini adalah yang paling seronok, Mira bagaimanapun bersyukur kerana suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar banyak membantunya dalam menjaga anak terutamanya ketika dia keluar untuk mengerjakan solat sunat.
ANNIVERSARY
Terbaharu, Mira memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya di mana dia dan suami meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 di Tanah Suci.
“It was an unforgettable journey of faith, love, and togetherness on our wedding anniversary.”
Biarpun tampil dengan wajah polos sepanjang menunaikan ibadah umrah, Mira tetap kelihatan berseri dan manis. Jom tengok trip Mira Filzah di bawah ni…
Selain menunaikan ibadah di Mekah, pasangan ini turut menjejakkan kaki ke Revealation Exhibition di mana ia adalah tempat pameran berteknologi tinggi untuk orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai kisah-kisah nabi.
Tidak ketinggalan, melawati Historic Jeddah yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, menikmati aneka makanan tempatan lazat di AlSaedei Bakery serta sebagainya.
Untuk info, Mira Filzah dan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar sah bergelar suami pada 3 September 2020.
Wan Emir Astar yang merupakan seorang artikek adalah anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia dua tahun.
Status ibu tunggal nyata tidak menjadi penghalang buat pelakon berbakat besar, Farah Ahmad untuk menggenggam diploma. Walau berkejar masa dengan tuntutan kerjaya dan membesarkan tiga anak perempuan seorang diri namun berkat dedikasi dan azam yang kuat, menantu Datuk Fauziah Nawi ini berjaya membuktikan segalanya mampu dicapai.
22 November 2025 mencatat pencapaian tersendiri buat isteri Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif ini apabila angan-angan untuk melanjutkan pengajian akhirnya menjadi kenyataan.
Berkongsi momen tersebut, Farah atau nama penuhnya Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin memperoleh Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Kejurulatih Lakonan Tahap 4 & Seni Lakon Teater Tahap 3 dari Meatech Creative Academy.
Difahamkan seramai 21 orang anak seni berjaya menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan. Antaranya Datuk Zed Zaidi, Adam Shahz, Zizan Nin, Faye Kusairi, Anne Abdullah, Kuna Muzani, Ezlynn Ariffin, Dato’ Fizz Fairuz, Riezman Khuzaimi.
Titip Farah, “Alhamdullilah. Terima kasih Allah. Saya bukan budak seni dari sekolah seni, sejujurnya saya kenal seni lakon dari dunia teater. Pentas teater kelas saya. Sang Pencipta Maha Adil.
Pengalaman sahaja tak cukup untuk segulung kulit kayu yang dicetak. Untuk itu kau kena ada bukti dakwat di atas kulit kayu. Dan juga untuk sebaliknya memerlukan pratikal.
Pernah dulu seorang kakakku dalam industri, Vanidah Imran bertanya ‘Farah tak nak sambung belajar?’. Aku jawab aku ibu tunggal, aku kena kerja untuk anak-anak belajar dan membesar dan aku tak rasa aku cukup masa dan duit. Masa tu memang banyak pakai duit, anak-anak dah masuk ke alam universiti.
Tahun lepas adalah tahun diri ini tak cukup tidur semuanya dalam satu masa. Tahun di mana datang rezeki yang tak disangka. Thank you Finas Malaysia menawarkan peluang Persatuan Seniman Malaysia dengan kerjasama Meatech Academy untuk diri ini.
Convo aku di pentas sebab aku ada show di hari majlis convo. Sampai mama aku Noor Hayati kalau aku keluar rumah bagitahu aku nak pergi kerja dia jawab ‘Good Morning’ sebab dia tahu aku akan balik waktu dia sudah tidur hanya jumpa pagi esoknya bila aku nak keluar kerja balik.
Tambahnya lagi, “Tahun lepas juga anak-anak bukan saja jaga diri sendiri tapi anak-anak jaga mama. Thank you anak kerana memahami. Buat guru lakonku mama, Fauziah Nawi, Aunty Fatimah Abu Bakar dan abang Iryanda Mulia, terima kasih atas segala ilmu selama ini. InsyaAllah akan Farah jaga dengan baik.
Dan tahun ni aku sedang mencari dan memilih universiti untuk Master pula. Ada universiti nak pelawa saya tak? Doakan saya ye.”
Anak lelaki Datuk Fauziah Nawi yang juga arwah suami Farah Ahmad iaitu Allahyarham Pitt Hanif ditemukan meninggal dunia pada 26 Oktober 2019 selepas bot yang dinaiki untuk pergi memancing terbalik di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang.
Farah Ahmad mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Pitt Hanif pada 22 Februari 2000. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Dhia Farhana, Mhia Farhana dan Thia Farhana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kedatangan Syawal sememangnya memberi nikmat kesyukuran kepada setiap individu untuk mensyukuri setiap pemberian dariNya. Sambutan Aidilfitri tidak bererti tanpa bersama keluarga tercinta. Bagi Zahirah Macwilson, saban tahun dia dan keluarga akan menyambut Syawal di Perth australia bersama ibu tersayang.
Tambah Zahirah lagi, kebiasaannya dia akan menyambut lebaran di Perth bersama ibu tersayang dan pulang ke sana seminggu lebih awal untuk membuat persiapan bersama keluarga.
“Sejak Ira berusia dua tahun lagi, Aidilfitri akan disambut di Perth memandangkan beberapa kaum keluarga mama turut menetap di Perth. Jadi, suasana hari raya tidak banyak bezanya di Malaysia kerana terdapat ramai masyarakat Melayu di Perth,” ujar Zahirah yang turut bertuah dipilih sebagai salah seorang selebriti menghasilkan rekaan baju raya di bawah jenama Starvillion.
“Saban tahun kami akan meraikan Aidilfitri di Perth memandangkan terdapat juga saudara mara yang menetap di sana. Suasana perayaan juga terasa kemeriahannya memandangkan terdapat ramai rakyat Malaysia menetap di sana. Juadah hari raya juga satu kemestian kerana mama akan memasak rendang kesukaan kami,” ujar Zahirah yang pulang ke Perth beberapa hari menjelang Syawal saban tahun.
Dilahirkan di Malaysia, kemudian berhijrah ke United Kingdom dan kemudian menetap di Australia bersama keluarga antara perjalanan kehidupan yang sedang dilalui oleh gadis tinggi lampai ini. Walaupun sewaktu kecilnya dibesarkan di luar negara, ternyata Zahirah tidak pernah lupa akan asal usul jati diri. Keputusan untuk pulang ke Malaysia dan memberikan tumpuan penuh dalam bidang lakonan merupakan keputusan yang dilakukannya demi mengejar impian dan cita-citanya.
Pernah mendalami bidang Pengurusan Sumber Manusia sebelum mengambil keputusan bertukar arah ke bidang lakonan, Zahirah sememangnya seorang wanita yang suka menyahut cabaran dan jitu dalam membuat keputusan mengenai masa depannya.
“Saya seorang wanita yang kuat dan suka mencabar keupayaan diri. Alhamdulillah tiga tahun menjejakkan kaki sebagai pelakon drama, saya belajar dari satu tangga ke tangga yang lain untuk mencapai kejayaan
Ternyata usaha itu bukanlah mudah. Saya harus berusaha untuk mendapat kepercayaan pengarah-pengarah drama. Syukur kerana kehadiran saya diterima dan lakonan yang berbeza mengukuhkan nama saya di bibir para peminat drama tempatan,” ujar Zahirah yang enggan menumpang populariti si bapa dalam mengejar cita-citanya.
Anak sulung dari lima bersaudara ini pernah melalui episod sedih apabila kedua ibu bapanya mengakhiri ikatan perkahwinan setelah hampir 20 tahun mendirikan rumahtangga.Enggan menjadikan kisah keretakan tersebut sebagai kekurangan di dalam institusi kekeluargaan, Zahirah yakin keputusan yang dilakukan oleh kedua orang tuanya adalah untuk kebaikan bersama.
“Saya amat mengagumi mama sebagai wanita yang mempunyai personaliti yang kuat. Sebagai anak sulung, saya sememangnya akrab dengan mama dan sering berkongsi kisah suka dan duka. Mama menjadi tempat saya berkongsi apa sahaja dan kami adik-beradik sememangnya rapat antara satu sama lain.
Sebagai wanita yang memegang pelbagai peranan, Zahirah kagum melihat bagaimana ibunya mempamerkan karektor sebagai seorang wanita yang kuat dalam pelbagai aspek. Selain perlu menguruskan banyak perkara secara serentak. Mujurlah adik-beradik yang lain bersikap supportive.
“Tanpa sokongan keluarga, tak mungkin kami boleh pergi sejauh ini. Setiap kali berjauhan dari keluarga, saya tidak lupa menghubungi mereka dan bertanyakan khabar. Family is where the heart is,’ ujar Zahirah mengakhiri perbualan.
AMELIA HENDERSON MELARAM BAJU RAYA
Suatu ketika dahulu wajah Amelia Thripura Henderosn sering kali muncul di kaca televisyen menghiasi pelbagai ruangan iklan. Bagi model berdarah campuran India dan Scotland ini, memiliki wajah kacukan bagaikan bonus untuk dirinya memandangkan suatu ketika dahulu bayi kacukan sering mendapat tempat untuk melakonkan iklan di kaca televisyen.
“Tidak dinafikan terdapat advantage memiliki wajah kacukan ini. Saya sendiri mula berjinak dalam bidang komersil ketika berusia 10 bulan. Ketika itu, saya diberi peluang terlibat dalam iklan jenama pakaian kanak-kanak terkemuka. Selepas itu, saya banyak melibatkan diri dalam komersil sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan,” ujar Amelia yang memulakan karier dalam bidang lakonan pada usia 6 tahun melalui drama Edah.
Tambah Amelia lagi, sejak kecil dia sudah jatuh cinta dengan bidang seni dan memasang angan-angan untuk meneruskan kerjaya di dalam bidang seni sebaik sahaja menamatkan pengajian.
“Apabila minat telah dipupuk sejak kecil, maka ia bercambah menjadi bunga yang berkembang mengikut acuannya. Begitu juga dengan diri saya. Sejak kecil telah diberi pendedahan dalam bidang komersil seterusnya ke bidang lakonan. Jadi saya memasang impian untuk membuktikan keistimewaan yang dimiliki,” ujar Amelia yang sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Pengantin 100 Hari bergandingan dengan Aiman Hakim Ridza.
Selain bergelar pelakon, Amelia juga ingin kembali menghangatkan pentas seni dan bidang pengacaraan kerana kepetahannya menjadikan dirinya amat disenangi dan mudah untuk didekati.
Bercerita mengenai Aidilfitri, Amelia turut berkongsi kemeriahan Aidilfitri yang diraikan bersama keluarga. Menurut Amelia, sama seperti keluarga lain, peluang untuk memasak bersama dan menyediakan juadah pagi Raya menjadi momen yang dinantikan kerana ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
“Sama seperti kebanyakan keluarga yang lain, pastinya momen memasak juadah Raya menjadi lebih istimewa kerana dapat berkumpul. Tambahan pula selepas itu dapat menikmati juadah yang di masak bersama. Sudah tentu ia kenangan yang menjadi ingatan,” ujar Amelia yang gemarkan suasana musim perayaan yang meriah dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain.
“Satu lagi perkara yang saya gemari apabila memperkatakan tentang Hari Raya adalah pemakaian pakaian tradisi yang cantik dan ayu mata memandang. Saya juga penggemar fesyen dan amat meminati rekaan dari Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Nurita Harith dan Adila Long,” ujar Amelia yang memilih busana kurung moden untuk diraikan di Aidilfitri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siti Nordiana akui berat hati melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie ke asrama. Kisah menyentuh hati seorang ibu sempena semangat Awal Muharram dan penghijrahan ke fasa baharu.