
Isi Kandungan
ToggleTahun baru 2023 merupakan permulaan terbaik buat Fillea Health and Beauty Sdn Bhd (Fillea Health and Beauty) kerana baharu sahaja mengenggam anugerah di NONA Superwoman Award 2022 di mana jenama tersebut membawa pulang trofi pengiktirafan NONA Best Slimming Supplement Award.
Menurut pengasasnya, Mas Haryati Baharudin, ia merupakan pengiktirafan yang menjadi kenangan manis buat dirinya yang baharu empat tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Malah anugerah tersebut juga turut menjadi pemangkin untuk dirinya berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan jenama serta menghasilkan lebih banyak produk yang bermutu tinggi.
Fillea Health and Beauty ditubuhkan pada tahun 2019. Pada peringkat awal penubuhannya, ia lebih memfokuskan kepada produk ‘supplement’ yang membantu individu mengawal berat badan sekali gus memiliki tubuh badan langsing.
Tahun ini, Fillea Health and Beauty Sdn Bhd (Fillea Health and Beauty) melancarkan produk terbaharu iaitu Fillea Hot Charming Cream yang telah berada di pasaran sejak penghujung tahun lalu.
“Setelah melalui beberapa peringkat research & development, akhirnya Fillea Health and Beauty mengeluarkan produk terbaharunya pada penghujung tahun lalu. Produk keempat ini merupakan krim yang membantu membakar lemak dengan lebih mudah,” ujar Mas Haryati atau lebih mesra disapa Massieww.
Selain produk terbaharu itu, Fillea Health and Beauty turut mempunyai produk lain seperti Fillea Tablet, Fillea Bodyfit dan Fillea Bodycurve.
Menyedari kepentingan pemasaran dan promosi jenama, pasangan suami isteri, Tuan Muhammad Faizal Mohd Zazali dan Mas Haryati Baharudin turut mempergiatkan promosi produk keluaran syarikatnya di pelbagai medium digital dan sebagainya untuk memastikan jenama Fillea Health and Beauty mudah diingati dan dikenali oleh masyarakat.
“Melangkah ke tahun ke 4 dalam perniagaan, saya lebih tenang dan fokus dalam merencanakan strategi perniagaan. Banyak suka dan duka telah saya lalui dan ia sedikit sebanyak mematangkan saya dalam dunia perniagaan.
Sokongan dan dorongan dari suami, Muhammad Faizal Mohd Zazali yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Fillea juga merupakan tonggak kekuatan saya selama ini. Dia banyak membantu saya dengan memberi semangat serta dorongan bukan sahaja dari segi fizikal dan mental.
Kejayaan Fillea Health & Beauty mungkin tidak sehebat mana di mata orang lain, tetapi kejayaan tersebut adalah merupakan proses pembelajaran buat kami. Selagi ada perkembangan, itulah usaha yang perlu dipertingkatkan. InsyaAllah, akan ada hasil dan pulangannya kelak,” ujar Mas Haryati seraya mengakhiri perbualan.
Usia 25 & Wajah Mirip Siti Elizad, MALIA BABY Lengkap Pakej Anak Seni Serta Rajin Join Usrah!

Usia cecah 25 dan kecantikan wajahnya mirip Siti Elizad, nama Malia Baby kini kerap disebut-sebut lengkap pakej anak seni serta rajin join usrah.
Jika baru-baru ini penampilannya di sebuah acara mendapat kecaman kerana tidak menepati syariat pemakaian Muslimah, Malia akhirnya tampil ke sebuah majlis ilmu dengan abaya serba hitam.
Meskipun kelihatan back to basics, kecantikan Malia atau nama sebenarnya Tengku Nur Kamelia Aisyah Tengku Norkamarulhaizan tetap terserlah. Pernah dikatakan mirip wajah selebriti Siti Elizad, Malia yang berusia 25 tahun juga memiliki sepasang kening hitam lebat yang menjadikan wajah Melayu aslinya begitu manis dipandang.
Tonton video eksklusif ketika Malia ditemui dalam majlis ilmu ‘Indahnya Hijab, Hebatnya Ramadan’ anjuran Karya Bestari dan Betty Rahmad di Shah Alam…
“Sudah tentulah saya teruja! Saya sendiri terpengaruh dengan kawan-kawan yang dah berhijrah terutamanya kakak-kakak yang lebih dewasa atau tua daripada saya.
Setiap kali saya datang ke majlis-majlis ilmu, saya rasa macam tak tahu apa-apa, ada saja ilmu baru yang saya belajar dan boleh diceritakan semula kepada masyarakat.
Saya happy dan dalam masa yang sama, rasa sangat ‘kecil’ bila berada dalam majlis ilmu,” ujar Malia dengan nada rendah diri.


Usia cecah 25 dan kecantikan wajahnya mirip Siti Elizad, nama Malia Baby kini kerap disebut-sebut lengkap pakej anak seni serta rajin join usrah.
Aura gadis jelita kelahiran Pulau Pinang dan mula dikenali sebagai model dn pempengaruh media sosial itu kini makin terasa sejak membintangi beberapa drama antaranya Nusyuz Berkiblat Cinta (2022), I Love You, Stupid (2023), Syurga Itu Bukan Mudah (2023–2024), SeOfis (2024), Projek: Exit (2024) dan Bidaah (2025). Beliau juga menyerikan filem seram komedi berjudul Pontianak 200KG tahun ini.
Terinspirasi dengan usaha selebriti Betty Rahmad dalam menganjurkan kelas dakwah dan usrah, Malia juga tekad melahirkan kempen-kempen Ramadan yang bermanfaat untuk pengikutnya. Antara yang bakal dihasilkan menjelang bulan suci ini adalah kempen ‘Jom Pergi Terawih’ dan ‘Jom Kita Tadabbur’.
“Betty sering mengajak kami ke arah kebaikan. Dan bagi saya mereka adalah orang yang sangat baik dan berguna kepada masyarakat. Saya juga rasa bulan Ramadan is the perfect time untuk kempen-kempen atau buat vlog ke arah kebaikan,” kongsinya.
PERSIAPAN RAMADAN
Menjelang beberapa hari memasuki Ramadan, anak syarikat Kumpulan Karangkraf iaitu Karya Bestari menganjurkan program ‘Indahnya Hijab, Hebatnya Ramadan’ dengan kolaborasi bersama pelakon, Betty Rahmad.
Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, objektif utama program berkenaan adalah untuk meraikan Ramadan yang bakal tiba, di samping menambahkan ilmu dan merapatkan ukhuwah sesama masyarakat Islam.
Memetik sumber Sinar Harian, program itu melibatkan kira-kira 200 peserta, termasuk artis terkenal tanah air dan pempengaruh bagi menyebar luas tentang indahnya hijab dan keistimewaan Ramadan supaya menjadi Muslimah sejati.

Program itu turut menampilkan dua penceramah agama terkenal iaitu Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Asni Mansor serta selebriti seperti Datuk Nora Ariffin, Erma Fatima, Nora Danish dan Intan Ladyana.
Sementara itu, Betty ketika ditemui menjelaskan rasa gembiranya dapat bekerjasama sekali lagi dengan Karya Bestari.
Jelasnya, Karya Bestari banyak bekerjasama dengannya dalam menyebar luaskan al-Quran dengan sumbangan buku agama dan al-Quran sejak dua tahun lalu.
“Betty buat kelas tadabbur al-Quran ini sudah dua tahun. Sebelum ini, kami sudah dua kali berkolaborasi dan sepanjang itu, Karya Bestari banyak beri sokongan dengan menyumbangkan al-Quran dan buku-buku agama.
Kali ini, kami nak buat kelainan dengan ajak bersama pengikut untuk turut serta. Itu yang memang Betty idamkan dan doa selama ini sebab selalunya Betty buat di rumah sahaja.
Walaupun tidak dapat jemput semua pengikut, Betty gembira kerana dapat berjumpa dengan 200 orang yang menyertai program ini. Lebih bermakna, kami dapat berkongsi ilmu agama bersama agamawan” jelasnya.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/perkahwinan-adat-jawa-siti-saleha-kini-isteri-pereka-fesyen-joshua-fitton-turut-hadir-ydp-melaka/
APRIL Bulan Kesedaran CAESAREAN. Walaupun IKUT TINGKAP, NIKMAT Menjadi IBU TETAP SAMA!

Bulan April ini adalah bulan kesedaran Caesarean. Mungkin ramai yang tak tahu tapi hari ini diraikan di seluruh dunia. Buang paradigma kolot yang mengatakan ibu bersalin ikut tingkap hilang nikmat menjadi ibu!
Sama seperti ibu hamil lain, wanita yang terpaksa memilih kaedah Caesarean juga melalui tempoh kehamilan selama sembilan bulan. Ada juga terpaksa berhadapan dengan alahan teruk sehingga sepanjang kehamilan.
Jom kita baca fakta mengenai pembedahan Caesarean.
Pembedahan caesarean yang dirancang (elektif) dijadualkan sebelum anda sakit hendak bersalin.
Pembedahan Caesarean kecemasan pula tidak dirancang, dan boleh berlaku jika:
- Anda sedang merancang pembedahan caesarean, tetapi air ketuban anda pecah, atau anda tiba-tiba sakit hendak bersalin sebelum tarikh pembedahan.
- Atau, jika anda merancang untuk bersalin secara normal, tetapi proses kelahiran terhenti, atau berlangsung sangat lambat. Dalam kes ini, pembedahan akan dijalankan dalam masa beberapa jam, jika anda dan bayi anda berada dalam keadaan selamat.
- Berlakunya komplikasi serius terhadap anda ataupun bayi ketika dalam kehamilan atau ketika proses pelahiran sudah bermula, namun ianya tidaklah mengancam nyawa anda ataupun bayi anda.
- Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi ketika dalam kehamilan atau semasa proses pelahiran yang mengancam nyawa.
APAKAH YANG ANDA AKAN LALUI SEBELUM PEMBEDAHAN?
- Sampel darah akan diambil untuk memeriksa kalau-kalau anda menghidap anaemia, kerana jika ini berlaku, badan anda tidak akan dapat menangani kehilangan darah.
- Satu tititsan (drip) akan dimasukkan ke dalam pembuluh darah di lengan anda. Ini akan memudahkan pemberian ubat-ubatan nanti jika anda memerlukannya.
- Anda akan diberi ubat bius. Biasanya bius diberikan pada tempat-tempat tertentu bila perlu, bagi prosedur ini, ia disalurkan melalui suntikan anesthesia epidural atau sekatan spina.
- Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra. Ini akan memastikan pundi kencing anda dikosongkan.
- Kawasan di mana pemotongan akan dilakukan, akan dicukur rapi dan dibersihkan dengan antiseptik.
- Anda mungkin diberi stoking putih, cecair tambahan atau suntikan penipisan darah untuk mengurangkan risiko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki anda (deep vein thrombosis).
- Peralatan untuk memantau tekanan darah akan diletakkan pada lengan dan elektrod akan diletakkan pada dada anda untuk mengawasi degupan jantung anda. Alat pengesan nadi juga akan diletakkan pada jari anda.
- Plat plastik berpelekat akan diletakkan pada kaki. Ia digunakan oleh pakar bedah untuk aliran elektrik yang digunakan ketika pembedahan caesarean tersebut. Ini tidak membahayakan.
- Suntikan antibiotik untuk menghalang jangkitan.
- Ubat tahan muntah untuk menghalang muntah.
- Ubat, contohnya antacid, kalau-kalau anda perlukan bius umum, untuk mengurangkan risiko pnenumonia.
- Ubat penahan kesakitan yang kuat semasa dan sejurus selepas pembedahan, serta sebarang kesakitan pada minggu-minggu yang akan datang.
- Oksigen melalui topeng, jika bayi anda mengalami tekanan.
Itu baru sebelum pembedahan, kesakitan dilalui selepas pembedahan lain pula ceritanya. Paling penting, ibu yang melalui pembedahan Caesarean perlu menjaga diri lebih baik. Untuk anda yang bersalin secara normal, janganlah terlalu membangga diri. Baik bersalin normal atau pembedahan, kedua-duanya adalah seorang IBU!
Sumber artikel dari Baby Center dan video dari FB Dr Rizal Fitni.
Menggigil Beku Di Tajikistan! Heliza, Hazwani Helmi & Pija Minaz Bahagia Buat Kerja Kebajikan

Suhu malam mencecah -6 darjah Celcius, buat ramai menggigil beku di Tajikistan termasuklah Heliza, Hazwani Helmi dan Pija Minaz yang tetap bahagia buat kerja kebajikan di sana.
Teruja melihat misi kemanusiaan yang dianjurkan oleh aktivis dan Pengasas CGM (Persatuan Cinta Gaza Malaysia) iaitu Nadir Al-Nuri pada jam ini.
Turut menemani, tiga ikon hijabi iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta usahawan fesyen Hafiza Abdul Hamid atau lebih dikenali Pija Minaz.

Membawakan keindahan bumi Tajikistan melalui Humanitarian Tours CGM, Nadir bukan saja menawarkan pakej pelancongan biasa malah dalam masa yang sama berkhidmat kepada saudara seagama di seluruh dunia.

“Bumi yang dikenali sebagai sebahagian Bumbung Dunia kerana wilayahnya merangkumi Banjaran Pamir yang merupakan salah satu banjaran tertinggi di dunia. Bumi ini juga dikenali sebagai salah sebuah negara laluan Pamir Highway yang menjadi bahagian utara Laluan Sutera suatu ketika dahulu.
Sedihnya hari ini Tajikistan dikenali sebagai negara paling miskin di Asia Tengah dibandingkan adik-beradik ‘tan’nya yang mungkin lebih dikenali seperti Uzbekistan dan Kazakhstan.
Dengan populasi sekitar 10 juta orang, 95% daripada penduduknya beragama Islam, walaupun mereka berdepan sedikit kesukaran dalam pengamalannya,” kongsi Nadir Al-Nuri.
MENGGIGIL
Suhu malam mencecah -6 darjah Celcius, buat ramai menggigil beku di Tajikistan termasuklah Heliza, Hazwani Helmi dan Pija Minaz yang tetap bahagia buat kerja kebajikan di sana.
Sambil menikmati keindahan alam, rombongan misi kemanusiaan ini turut berpeluang menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan kepada penduduk Tajikistan yang majoritinya beragama Islam.
“Subhanallah, suhu sekarang di Darvos Tajikistan. Ni lagi sejuk dari peti sejuk ni.

Kami pakai punya berlayer2, kadang2 dapat juga pemanas. Dapat juga bilik yang sangat alhamdulillah, tapi bila nak tidur dek kerana sejuk kadang tak dapat lena sgt.
Terus teringat mereka yang berada di P, Y, S dan tempat2 yang susah dan dijajah. YA ALLAH, depa lagi la x da apa apa, dengan nak jadi pelarian pula. Mmg sangat sedih terkenangkan saudara mara kita kat sana,” Heliza Helmi.

Bagi Pija Minaz pula, beliau bersyukur kerana penghujung 2024 ini mendapat jemputan ke Tajikistan sambil menjalankan misi kemanusiaan dan melihat keindahan alam.
“Kak Pija ambil peluang ni utk bermonolog dgn diri, apakah takdir di hadapan yang Allah sedang aturkan. Banyak masa Kak Pija tahun ni berada di atas awan dan berkelana di negara luar atas urusan kerja, yg mana Kak Pija tak pernah terfkir pun Allah nak bg rezeki macam ni.
Semoga ada kebaikan dan manfaat di atas setiap permusafiran dan pengorbanan. Aaminnn.


Day 2 di Tajikistan ni, kami dapat la merasa naik cable car di Safet Dara Ski Resort dan naik atas puncak gunung. Subhanallah view cantik sangat!
Semoga depa dpt la bukak resort dekat sini so ramai la org boleh experience dok dekat salji mcm dekat Swiss tu hihi tp depa ni kurg arang batu dan generator. Bercatu elektrik kalau dekat kawasan pedalaman. Semoga Allah mudahkan,” doa Pija.
Seronok betul tengok perjalanan mereka, jom saksikan video ni…
VIDEO
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/cecah-62-tahun-fasih-bahasa-melayu-kantonis-bakat-susan-lankester-keturunan-cina-inggeris-jadi-pujaan/