Heidy Quah, gadis berusia 26 tahun ini berjaya mencuri tumpuan dunia dengan sumbangannya sebagai seorang aktivis. Ternyata, dia bukan calang-calang anak muda kerana pernah menerima anugerah pemimpin muda bertaraf dunia iaitu The Queen’s Young Leaders Award pada Jun 2017.

Aktif Kerja Amal Sejak Usia 17 Tahun & Bantu Kanak-Kanak Pelarian, HEIDY QUAH Terima Penghargaan Bertaraf DuniaPenghargaan ini telah disampaikan oleh Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London. Paling membanggakan, Heidy Quah yang ketika itu berusia 23 tahun merupakan penerima tunggal dari Malaysia.

IKLAN
Aktif Kerja Amal Sejak Usia 17 Tahun & Bantu Kanak-Kanak Pelarian, HEIDY QUAH Terima Penghargaan Bertaraf Dunia
Detik paling berharga, Heidy Quah menerima penghargaan berprestij oleh Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London pada tahun 2017.

Aktif Kerja Amal Sejak Usia 17 Tahun & Bantu Kanak-Kanak Pelarian, HEIDY QUAH Terima Penghargaan Bertaraf DuniaAnugerah ini mengiktiraf sumbangan generasi muda berusia antara 18 tahun hingga 29 tahun dari negara Komanwel. Heidy Quah merupakan antara 60 pemenang yang terpilih. Walau masih muda tetapi pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Refuge for the Refugees ini berjaya membuktikan anak muda juga mampu memberi sumbangan besar buat masyarakat dan negara.

Aktif Kerja Amal Sejak Usia 17 Tahun & Bantu Kanak-Kanak Pelarian, HEIDY QUAH Terima Penghargaan Bertaraf DuniaAntara sumbangan Heidy ialah mengajar bahasa Inggeris di samping melakukan kerja-kerja amal dan kemanusiaan kepada lebih 2 ribu kanak-kanak pelarian Myanmar di Malaysia. Graduan Ijazah Sarjana Kewangan dari INTI International University & Colleges ini membantu kanak-kanak pelarian dengan memberi pendidikan asas secara percuma.

“Pendidikan sangat penting bagi setiap kanak-kanak. Selain beramal kami di Refuge for the Refugees membantu meningkatkan kesedaran masyarakat. Kebanyakan kanak-kanak pelarian bukan saja tidak pandai berbahasa Inggeris malah tidak tahu membaca dan menulis. Status juga menjadi kekangan apabila mereka tidak dapat hadir ke sekolah seperti kanak-kanak lain.”

Aktif Kerja Amal Sejak Usia 17 Tahun & Bantu Kanak-Kanak Pelarian, HEIDY QUAH Terima Penghargaan Bertaraf DuniaRefuge for the Refugees menyokong kira-kira 35 buah sekolah. 10 daripadanya ditubuhkan di Lembah Klang dan Pulau Pinang. Manakala 25 buah sekolah lain terletak di Myanmar yang terdiri daripada lebih 2 ribu kanak-kanak pelarian.

SUKARELAWAN
Refuge for the Refugees ditubuhkan oleh Heidy Quah bersama sahabat baiknya, Andrea Prisha. Waktu itu Heidy baru berusia 19 tahun. Ideanya tercetus ketika Heidy Quah menjadi sukarelawan mengajar bahasa Inggeris di sekolah kanak-kanak pelarian iaitu Pusat Pendidikan Kanak-Kanak Chin kira-kira 7 tahun lalu.

Aktif Kerja Amal Sejak Usia 17 Tahun & Bantu Kanak-Kanak Pelarian, HEIDY QUAH Terima Penghargaan Bertaraf Dunia
Heidy Quah bersama sahabat baiknya, Andrea Prisha.

“Beberapa bulan mengajar di sekolah itu saya kemudiannya diberitahu ia bakal ditutup kerana UNHCR menghentikan pemberian dana. Ia menyebabkan saya rasa sangat sedih kerana pelajar-pelajar tidak dapat meneruskan pembelajaran sedangkan mereka sangat berminat. Kami tekad membantu kanak-kanak ini meneruskan pembelajaran.”

Aktif Kerja Amal Sejak Usia 17 Tahun & Bantu Kanak-Kanak Pelarian, HEIDY QUAH Terima Penghargaan Bertaraf DuniaBagi mengumpul dana, Heidy Quah dan rakannya telah menghasilkan biskut kemudian dijual di laman sosial. Memiliki kelulusan dalam jurusan kewangan telah dimanfaatkan sebaiknya oleh Heidy Quah. Mereka turut mencetuskan kesedaran sosial kepada orang ramai betapa pentingnya pelajaran di peringkat awal kanak-kanak tanpa mengira status latar belakang.

IKLAN

Selain usaha sendiri, mereka juga menerima sumbangan daripada beberapa badan korporat serta individu bagi pembiayaan kos pembelajaran dan operasi sekolah.

“Memandangkan sukar untuk mendapatkan dana secara berterusan, kami mula melatih kanak-kanak ini berniaga. Mereka didedahkan dengan konsep pembelajaran mikro-kewangan bagi membolehkan mereka mengembangkan bisnes secara online. Mereka menjual berbagai barangan seperti mainan, cenderahati dan sambal Burma.

Aktif Kerja Amal Sejak Usia 17 Tahun & Bantu Kanak-Kanak Pelarian, HEIDY QUAH Terima Penghargaan Bertaraf DuniaSaya mengajar mereka banyak perkara. Begitu juga saya yang dapat belajar sesuatu daripada kanak-kanak ini. Saya nekad untuk terus membantu mereka demi mendapatkan pendidikan yang sempurna seterusnya menjadi insan yang berilmu.”

IKLAN

INSPIRASI
Heidy Quah menjadikan aktivis hak asasi manusia, Datuk Dr Hartini Zainuddin sebagai sumber inspirasi. Dia sangat mengkagumi perjuangan tokoh wanita itu dalam memperjuangkan hak asasi wanita dan kanak-kanak. Datuk Dr Hartini Zainuddin juga bertugas sebagai perunding untuk pelbagai organisasi kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perjuangan beliau adalah terhadap isu kanak-kanak terpinggir dan kurang bernasib baik khususnya dari segi taraf kerakyatan. Baginya, setiap kanak-kanak berhak untuk memiliki kehidupan sempurna tidak kiralah betapa miskinnya mereka. Beliau juga sanggup korbankan kehidupannya demi masa depan kanak-kanak.

Aktif Kerja Amal Sejak Usia 17 Tahun & Bantu Kanak-Kanak Pelarian, HEIDY QUAH Terima Penghargaan Bertaraf Dunia“Saya kagum dengan semangat beliau. Ketika berusia 17 tahun saya baru hendak bermula dengan kerja amal. Maka, saya mencari seorang mentor dalam bidang ini. Saya buat research dan mencari nama-nama aktivis yang terlibat dalam charity. Saya terjumpa profil beliau lalu menelitinya.

Saya segera menghantar email kepada beliau termasuk beberapa yang lain. Saya memberitahu niat saya untuk melakukan kerja amal dan sedang mencari mentor. Tak sangka pula hanya beliau seorang yang memberi respon. Saya tahu beliau sangat sibuk.

Aktif Kerja Amal Sejak Usia 17 Tahun & Bantu Kanak-Kanak Pelarian, HEIDY QUAH Terima Penghargaan Bertaraf DuniaTanpa bertangguh beliau terus mahu berjumpa saya. Sehingga kini beliau sentiasa menjadi role model saya. Beliau juga sangat passionate walaupun sudah berusia 50an.”

Kredit Foto: Instagram @heidyquah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI