Perasaan sayu seorang bapa jelas tergambar melalui posting Azhar Sulaiman di laman Facebook miliknya apabila terpaksa berpisah dengan orang tersayang.
IKLAN
Berjauhan dengan keluarga sememangnya detik sukar digambarkan melalui kata-kata apatah lagi terpaksa melepaskan anak-anak tersayang ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
Ya, momen berpisah dengan anak yang sedang menuju ke alam dewasa untuk mengejar cita-cita sememangnya menerbitkan rasa gusar dan pelbagai perasaan lain di kalangan ibu bapa.
Nampaknya itulah kenyataan yang harus dihadapi oleh Azhar Sulaiman dan keluarga apabila anak keduanya yang merupakan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona berangkat ke United KIngdom (UK) untuk menyambung pengajian untuk tempoh selama tiga tahun.
Azhar Sulaiman yang juga merupakan menantu kepada Bekas Pengerusi AirAsia Bhd, Datuk Pahamin Rajab memuat naik sebuah video keberadaan mereka sekeluarga di lapangan terbang menghantar pasangan kembar ini menaiki pesawat ke UK.
IKLAN
Sebagai seorang bapa, Azhar sempat menitipkan pesanan kepada pasangan kembar ini agar belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan solat lima waktu.
Menurut aktor yang mencecah usia 51 tahun itu, Andika bakal melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang manakala Leona pula memilih jurusan Pengurusan.
“Mami (panggilan Azhar) tak rasa sedih sangat mungkin sebab mereka dari kecil dah biasa mengembara ke seluruh dunia menyertai acara Jamboree Pengakap atau Girl Guide Dunia.
IKLAN
Tiga tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan imej baru..UK kan sejuk..Ha..ha..ha”-tulisnya
Untuk rekod, Andika Rees Pahamin Rees pernah menjadi wakil Malaysia untuk pasukan hoki ais negara yang bertanding di Kyrgyzstan. Pasangan kembar ini meperolehi keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 7A pada tahun 2019.
Sekadar info, Azhar berkahwin dengan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin pada 1995. Pelakon yang memperolehi pendidikan dari Universiti Newcastle Upon Tyne, Newcastle, United Kingdom ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemergian arwah Hajah Faziani Rohban ke negara abadi sehingga kini disebut-sebut. ‘Dijemput’ ketika bulan Ramadan dan dalam perjalanan membuat amal bakti serta sarat dengan amal jariah membuat pemergiannya begitu istimewa.
Kini hanya tinggal ahli keluarga arwah untuk meneruskan legasi yang telah ditinggalkan arwah. Seseungguhnya arwah Faizani sangat bertuah kerana mempunyai anak lelaki yang mampu menyambung tugas yang telah ditinggalkan dan kuat mengatasi kesedihan kehilangan insan tercinta.
Iqbar Hakim Jasman, 20 tahun yang berkongsi di laman Instagramnya dan berjanji kepada arwah ibunya untuk meneruskan apa yang telah ditinggalkan oleh ibunya.
Kongsinya, “Mami rehat lah dengan tenang dan aman di syurga. Saya di sini akan meneruskan perjuangan ini dan akan membantu orang-orang yang memerlukan seperti mana arwah mama lakukkan. I will comeback, better and stronger. Alhamdulilah,”.
Iqbar Hakim juga seakan telah berjumpa dengan semua staf bagi meneruskan perniagaan mereka seperti yang tertera dalam gambar ini, “Alhamdulilah, kita start dengan semangat yang baru tetapi jiwa yang lama tetap berada dalam DNARS. Kita terus perjuangkan apa yang arwah mahu, tak usah ditangguh lama, kerana arwah pun sudah tenang di sana.
Saya perlu kerja keras untuk memastikan fenomena baharu akan terbentuk dalam industri ini. Ya Allah aku bersyukur denganMu, kerana memberi waktu yang singkat untuk aku bangun balik, alhamdulilah. We are family,”.
Tambahnya lagi, “Selesai di production hari ini buat sedikit semakan untuk management, yang mana sudah dibuat saya kekalkan, jikalau saya ingin buat improvement saya akan berbincang dengan semua ahli lembaga.
Alhamdulilah semua staf menerima saya dan saya akan jalankan tugas ini dengan sebaik mungkin sepertimana yang diminta oleh arwah suatu ketika dahulu.
Saya lepaskan apa yang saya buat sebelum ini, kerana saya mempunyai satu perjuangan yang besar untuk saya laksanakan. Terima kasih semua untuk kata-kata semangat anda,” kongsi Iqbar yang menggalas tanggungjawab dalam usia yang begitu muda,” kongsinya.
Iqbar juga berkongsi tentang pengalaman terdahulu ketika sedang membesar apabila ibunya dengan bertatih dalam perniagaan. “When I was 9 years old, aku hanya ada RM0.50 duit untuk berbelanja di sekolah. Sekarang aku tak nak adik-adik aku dan orang keliling aku rasa benda tu,” katanya.
Semoga Iqbar terus kuat meneruskan perjuangan arwah Faziani Rohban dan memiliki sifat pemurah ibunya.
Foto: Instagram @iqbar_hakim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita jangan merungut apabila terpaksa buat kerja rumah 24 jam kerana menurut Ustazah Asma Harun, rumah adalah gudang pahala untuk wanita. Kenapa?
Melalui perkongsian ceramah dari Ustazah Asma’ Harun, keistimewaan wanita sungguh hebat sekali. Tetapi ada syarat-syaratnya.
Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Diringkaskan oleh Ustazah Asma’, terdapat empat syarat untuk seorang wanita masuk ke syurga Allah iaitu:
Menjaga solat
Menjaga puasa di bulan Ramadan
Menjaga maruah diri
Mentaati suami
Namun, syarat-syarat pertama hingga ketiga sangat mudah untuk dilaksanakan namun syarat keempat, memerlukan kesabaran paling tinggi.
“Diri kita istimewa apabila Allah jadikan kita wanita. Allah meletakkan kitab oleh memasuki mana-mana pintu syurga Allah dan Allah ikat kita dengan suami kerana dari suamilah pahala kesabaran kita. Kita akan diuji dengan suami sehingga kita mati.”ujarnya.
Dalam perkongsian hadis lain pula, Nabi bersabda:
“Apabila hambaku diuji, aku akan sertakan bersamanya malaikat dan sekiranya hambaku terima dengan redha dan sabar, dia akan mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tetapi jika hambaku terima dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku.”
TIP MENGHADAPI UJIAN
Ucaplah Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan.
“Kalau ditimpa ujian, lagi cepat seseorang menyerahkannya kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu akan datang kepada kita.”katanya lagi.
Kredit video: AudioKuliah
Kredit foto: IG Siti Saleha dan Shukri Yahaya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun tahun baharu 2019 sudah memasuki angka 15 hari, tetapi masih belum terlambat untuk berkongsi resolusi tahun baharu yang boleh dijadikan panduan untuk wanita berjaya.
Tahun 2018, untuk pertama kali dalam sejarah Malaysia, kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dari kalangan wanita iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Selain itu, Tan Sri Dato’ Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor ke-7 Bank Negara Malaysia merupakan wanita pertama dalam kedudukannya selama 16 tahun, mentadbir perihal kewangan dan ekonominegara dan kini menjadi ahli Majlis Penasihat Elit Kabinet Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut The Economist’s Women in Leadership, satu penyelidikan Asia, wanita Malaysia kini lebih aktif berbanding sebelum ini dalam bidang komersial dan politik serta terdiri lebih
daripada 10.2% jawatan lembaga pengarah dalam 100 syarikat teratas di Malaysia.
Senarai jutawan Forbes 2018, jutawan wanita sahaja berjumlah 256 daripada 2208 penyertaan dengan nilai kolektif melebihi $ 1 trilion.
Angela Merkel, Canselor Jerman, Melinda Gates, Pengasas Yayasan Bill & Melinda Gates,
Sheryl Sandberg, COO dari Facebook, Mary Barra, Ketua Pegawai Eksekutif General Motors,
Abigail Johnson, Presiden-Ketua Pegawai Eksekutif Fidelity Investments, Christine Lagarde,
Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, dan Ginni Rometty, Ketua Pegawai
Eksekutif IBM semuanya wanita paling berpengaruh dalam senarai Forbes dari 100 Wanita
Paling Berkuasa di Dunia 2017.
Ini mungkin satu pencapaian yang amat tidak disangka-sangka suatu masa dulu tapi perkara sebegini akan lebih kerap berlaku dalam dunia VUCA – volatility (turun naik), uncertainty (ketidakpastian), complexity (kerumitan), dan ambiguity (kekaburan). Kebangkitan wanita akan lebih ketara di seluruh dunia dalam semua aspek dan bidang yang melibatkan ekonomi, pendidikan dan kehidupan – the basic necessities.
Dr Azizan Osman, pengasas RichWorks International sebagai peneraju program
bimbingan, latihan dan pembangunan ke program keusahawanan berkongsi fakta menarik tentang wanita yang banyak mendapat bimbingan untuk bergelar USAHAWAN.
Pernah dengar semua jenama ini dari pelbagai industri, Nurraysa Beauty, iFlawles, ichantique, Charms, Eskayvie, Zawara, Che Ta – Jus Goyang Rapat by RCW, Belle Beautyspells, Lesanda,Adelia, Dnars, Jamu Susuk Dara, Soap Lab Malaysia, SeraiMas, De’Xandra, Telekung AlKhautar, Siti Khadijah, Sabrina Bakery, Rempah Mak Siti, Ayaq Mangga By Bonda, eHati, CorNadi Wellness, Dr Kavi – Mommies Wellness Centre, SuperMom, Dewi Pet Shop, Jasmin7, Securido, Andalusia, Ayam Bismi dan banyak lagi yang pengasasnya atau pengurusan teratasnya semuanya wanita yang merupakan anak didikNYA. Mengapa kebangkitan wanita ini semakin ketara?
Wanita bila ditekan terlalu lama, mereka akan pilih untuk bangkit dan wanita prihatin tentang masa depan keluarga dan anak-anak. Selain itu, cabaran wanita dalam pengurusan manusia, dalam pematuhan berhemah (prudent compliance) serta pelbagai lagi tekanan yang menyebabkan wanita mula nak kuasai dunia pada abad ke-21 ini.
Tekanan demi tekanan kepada wanita dalam aspek kehidupan ini menyebabkan mereka ingin perbaiki kehidupan demi keluarga. Semua faktor ini menjadi sebab penting kebangkitan wanita di dalam menerajui dunia keusahawanan, sosial, politik, ekonomi, pekerjaan dan korporat dengan lebih agresif. Tiada lagi istilah wanita di ceruk dapur, wanita tidak boleh bekerja, tak pandai berniaga dan tak boleh memimpin dunia korporat!
Wanita hari ini mudah dibentuk, mudah mengharungi perubahan dan berdaya saing.
Dan apa lagi yang akan berlaku untuk beberapa tahun akan datang?
Di Asia dan terutamanya di Malaysia, pembangunan sosial wanita dalam bentuk pendidikan, pendedahan media dan peluang untuk bekerja di luar rumah memberikan mereka akses kepada ilmu dan idea-idea baru dan ini akan transformasikan nilai dan budaya wanita Asia di masa akan datang. Dan trend dunia digital akan memudahkan semakin ramai suri rumah yang berjaya membina perniagaan hanya dari rumah.
Peningkatan jangka hayat wanita pada saat lahir, pengurangkan jurang jantina dalam
persekolahan, tahap pendidikan yang bertambah baik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak juga meningkatkan kuasa ekonomi wanita.
Dari segi kepimpinan, tugasan kerja yang lebih teknikal dan berorientasikan teknologi,
kepemimpinan wanita akan lebih menyerlah kerana wanita lebih prihatin dan menjaga hubung dengan pekerja, faktor empati.
Bagaimana wanita boleh mempersiapkan diri untuk menunggang gelombang perubahan ini?
Kebangkitan wanita akan lebih ketara di seluruh dunia dalam semua aspek dan bidang jika
mereka bijak menyesuaikan diri mereka dalam dunia VUCA. Bagi usahawan dan peniaga wanita, sasarkan produk dan servis anda untuk pengguna wanita kerana potensi terbesar terletak pada enam industri ini; makanan (food), kecergasan (fitness),
kecantikan (beauty), pakaian (apparel), penjagaan kesihatan (health care) dan perkhidmatan kewangan (financial services).
Fikirkan cara bagaimana anda boleh bantu selesaikan masalah wanita di luar sana dengan lebih mudah, cekap dan pantas.Dan sentiasa menuntut ilmu. Belajar dan jangan berhenti mencari ilmu kerana sudah terbukti kebangkitan wanita hari ini dalam semua aspek kehidupan adalah kerana ilmu yang mereka ada dan bagaimana mereka memaksimakan potensi wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melayari hidup berumah tangga selama 19 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Tak dinafikan keserasian, rasa hormat, pengorbanan dan toleransi menjadi tonggak kepada perkahwinan yang berkekalan. Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-19 baru-baru ini, bekas personaliti televisyen Aidid Marcello titip ucapan buat isteri tercinta iaitu Norzie Pak Wan Chek ...