
Makin cantik berseri-seri tengok penampilan baharu Datuk Nora Ariffin. Tampil lebih ceria dan yakin, penyanyi bersuara lunak ini kian aktif memenuhi undangan nyanyian di pelbagai majlis rasmi. Tidak ketinggalan, Datuk Nora juga rajin berbisnes produk Secukup Rasa by Nora di platform media sosial.
Datuk Nora Ariffin Tampil Lebih Yakin & Cantik

Menjengah ke laman Instagram selebriti jelita ini, Datuk Nora Ariffin baru-baru ini menghadiri Majlis Perasmian Minggu Penyusuan Susu Ibu 2026 di Hospital Cyberjaya. Bagi yang jarang mengikuti perkembangan Datuk Nora pasti terkejut dengan perubahan fizikal selebriti ini yang kelihatan lebih langsing berbanding sebelum ini.
Difahamkan pelantun lagu Di Persimpangan Dilema berkenaan terbuka berkongsi keputusannya menjalani pembedahan bariatrik pada awal tahun 2026. Rawatan itu dibuat susulan keadaan kesihatan diri selain memudahkan pergerakan termasuk ketika beribadah.
Mengulas perkembangan dirinya pada pertengahan Julai lepas, Datuk Nora Ariffin memberitahu dia bersyukur dapat memiliki tubuh yang lebih sihat.

View this post on Instagram
“Alhamdulillah dah masuk enam bulan buat bariatrik. Banyak sekali perubahan positif yang berlaku. Kesihatan dan ketenangan yang baik tak boleh dibeli dengan duit. Memang rasa macam restart balik.
New life. New habit, new lifestyle, new saiz, new circle. Paling happy bila tengok result. Semuanya elok dan normal. Syukur sangat.
Sebelum ni dah try buat macam-macam untuk maintain berat badan dan nak sihat. Paling banyak turun 8kg.
Being a foodie, bila stop rebound balik. I hope I can maintain like this. InshaAllah. Most important dalam journey ni, kena dengar nasihat dan panduan dari doktor. Change your circle. Be more positive. I’m so grateful jumpa Rafeah Ariffin dan my surgeon Dr Mustafa, you’re the best.”
Artikel https://www.nona.my/hanya-makan-menu-sihat-rajin-workout-tak-hairanlah-jennifer-lopez-fit-usia-57/
Hari Lahir Datuk Nora Ariffin
Pada 26 Julai lalu, Datuk Nora menyambut ulang tahun kelahiran ke-53. Menerusi perkongsian di media sosial, figura popular ini kelihatan menawan dalam persalinan putih ketika meraikan hari lahir dan memanjatkan kesyukuran atas kurniaan yang dinikmatinya hari ini.

“Alhamdulillah. I’m 53 now. Thank you Allah for everything. I didn’t ask for more. I just ask Allah to give what’s the best for me. I’m happy and so grateful for my simple life, my small circle and my happy family. Sabar, syukur dan reda.”
Semoga Datuk Nora Ariffin terus diberi kesihatan yang baik dan menjalani kehidupan lebih bermakna di samping suami serta keluarga tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





