Siapa sangka selepas 5 tahun berkahwin, pengasas jenama Loveliee Beauty, Asyalliee bersanding. Benar kata orang rezeki tak pernah salah alamat, cepat atau lambat, kita hanya perlu bersabar dan tak henti berdoa.

IKLAN

Mungkin berkat doa wanita yang pernah mendapat jolokan ‘beauty guru’ ini ketika menyambut ulang tahun perkahwinan ke-5 baharu pasangan pengasas kosmetik ini berpeluang membuat majlis resepsi perkahwinan mereka.

ASYALLIEE Bersanding Lepas 5 Tahun Kahwin & Ada Anak 3, Percaturan Allah Indah!
Foto: Instagram @asyalliee
ASYALLIEE Bersanding Lepas 5 Tahun Kahwin & Ada Anak 3, Percaturan Allah Indah!
Foto: Instagram @asyalliee

Tulis Asyalliee di laman media sosial milik peribadinya, “Anak dah 3 orang baru nak bersanding, alhamdullilah rezeki sangat. 5 Tahun yang lepas Asya pernah berangan nak ada wedding macam ni tapi apakan daya. ‘Ukur baju dibadan sendiri’ itulah yang Asya positifkan diri dulu.

Asya faham keadaan Eboy dan Asya faham keadaan Asya juga masa tu macam mana. Asya anak yatim piatu yang menanggung hidup sendiri selepas sekolah. Eboy pula yang hanya bekerja makan gaji cukup hidup dan makan untuk diri sendiri je.

ASYALLIEE Bersanding Lepas 5 Tahun Kahwin & Ada Anak 3, Percaturan Allah Indah!
Foto: Instagram @asyalliee
ASYALLIEE Bersanding Lepas 5 Tahun Kahwin & Ada Anak 3, Percaturan Allah Indah!
Foto: Instagram @asyalliee

Allah SWT temukan kami berdua semasa bekerja di IOI City Mall dulu tahun 2015. Sebulan selepas tu baru kami bercinta. Kalau nak cerita pasal kisah percintaan kami ni Eboy Arbaain yang lebih simpan memori nya sebab asya banyak dah lupa.

So tak sampai setahun kami bercinta, kami bertunang. Tak sampai setahun kami bertunang, kami nikah. Kami nikah pada 25 Feb 2017 masa tu di JAIS Shah Alam.

ASYALLIEE Bersanding Lepas 5 Tahun Kahwin & Ada Anak 3, Percaturan Allah Indah!
Foto: Instagram @asyalliee

Disebabkan Asya tak ada wali, kena pakai wali hakim. Bila pakai wali hakim kena akad nikah dekat tempat dia la. Pelamin pakai yang sama orang lain pakai juga.

Sebelum turn Asya, turn orang lain dulu lepas tu baru turn Asya. Selepas Asya orang lain punya turn pula. So tak ada keistimewaan sangat dekat situ tapi memori yang sangat indah tercipta disitu. Kami berdua bukan orang senang, jadi buat mana yang mampu ja masa tu,” tulis Asyalliee bersanding lepas 5 tahun bernikah.

IKLAN
ASYALLIEE Bersanding Lepas 5 Tahun Kahwin & Ada Anak 3, Percaturan Allah Indah!
Foto: Instagram @asyalliee

“Percaturan Allah sangat tepat dan sangat indah. Terima kasih Ya Allah di atas kurniaanMu kepada kami,” tulis Asyalliee yang pernah merancang beberapa kali untuk bersanding tetapi rezeki tidak memihak kepadanya.

“Masa nikah dulu tak ada duit nak buat sanding. Tu pun nasib baik ada orang sponsor, mungkin kesian dekat kami ni.

IKLAN
ASYALLIEE Bersanding Lepas 5 Tahun Kahwin & Ada Anak 3, Percaturan Allah Indah!
Foto: Instagram @asyalliee

Kami plan, lepas nikah beberapa bulan tu cari duit nak sanding tapi pregnant Haider pula. So kami ingat anniversary yang pertama nak sanding la tapi duit tak ada lagi. Kami jual motor dan beg-beg Asya untuk cari duit tapi kami korbankan dulu duit tu untuk buat modal bisnes.

Lepas Haider dah lahir, ingat nak bersanding juga la untuk anniversary yang ke-2. Rezeki dah ada masa tu, tapi Asya pregnant Helena pula.

Bila nak buat sanding anniversary ke-3, tup tup tup PKP pula! Then ingat anniversary yang ke-4 nak buat la sanding tapi still PKP tak boleh buat majlis, kami sambut dekat hotel je,” tulis Asyalliee tentang perancangan majlis resepsinya ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Baca juga; Zulin Aziz Dilamar Di Madinah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI