Penampilan baru Ratu Pop Madonna lewat beberapa bulan ini mengejutkan peminat. Bayangkan pada usia emas, beliau masih kelihatan remaja malah digelar jelmaan Kim Kardashian kerana kecantikannya.
Jika wanita lain seusia Madonna sudah ‘berdamai’ dengan kedutan, berbeza pula halnya dengan superstar yang bakal mencecah usia 64 tahun itu.
Lali dengan pelbagai kontroversi, beliau terus mencuri perhatian dengan melancarkan debut ‘Frozen’, lagu klasik Madonna pada tahun 1998 yang diolah semula bersama Sickick dan Fireboy DML.
Rupa terkini Madonna
Rupa Madonna pada tahun 2016
KALIS KECAMAN
Meraikan ulang tahun ke-40 beliau dalam kerjaya muzik, Madonna dikhabarkan kembali membuat ‘comeback’ ke dalam industri. Kini beliau sibuk dengan penggambaran biopic serta merakamkan lagu dengan Katy Perry.
Pastinya kemunculan semula ini menjadi asbab ‘perubahan’ wajah baru Madonna, atau Madge.
Bagi peminat empunya nama Madonna Louise Ciccone dan ibu kepada 6 anak itu, ia bukanlah sesuatu yang asing kerana rupanya memang selalu berubah mengikut peredaran masa!
Ads
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang lepas, Madonna berkongsi semula petikan ucapan beliau sewaktu menerima anugerah Billboard Woman of the Year 2016.
Memang hebat ucapan ni, tersirat banyak mesej agar wanita menghargai nilai diri dan juga nilai antara satu sama lain.
“People say that I’m so controversial but I think the most controversial thing I have ever done is to stick around.
If you’re a girl, you have to play the game. What is that game?
You’re allowed to be pretty and cute and sexy but don’t act too smart, don’t have an opinion.
Ads
Women have been oppressed for so long and many believe they have to stand behind a man to get the job done…” Madonna
Tonton video penuh ucapan Madonna yang cukup membakar semangat ini…
Tambah Madonna, beliau mahu meraikan semua wanita termasuk mereka yang berjuang tanpa rasa penat, tanpa rasa takut, golongan ibu, mereka yang menangis sendirian serta melalui pelbagai ujian hidup.
“Celebrated other women’s success and embraced there female superpowers!” Madonna
Beliau turut memuji keberanian wanita di Ukraine yang kini berdepan masalah pergolakan yang runcing dengan Rusia.
Ads
POSITIF
Meskipun berdepan pelbagai cemuhan haters di media sosial, Madonna mengambil langkah tidak peduli dengan kata-kata orang yang kurang senang dengan rupa parasnya sekarang.
Biarpun sering dikatakan membuat fillers, pembedahan plastik dan menggunakan teknik suntingan Photoshop yang keterlaluan, beliau jarang membalas balik sebaliknya membuktikan diri dengan pelbagai kejayaan luar biasa.
Semangat Madonna seharusnya menjadi contoh kepada wanita moden. Berani dan menjadi diri sendiri!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, memang cantik dan manis Mawar Rashid apabila mengenakan hijab. Tengok gaya dan lilitan tudungnya seolah-olah bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini sudah terbiasa bertudung. Apa-apa pun, Nona puji usaha Mawar untuk berhijab di bulan Ramadan ini. Mana tahu dari sekadar cuba-cuba, terus terbuka hati untuk berhijab. Lagipun Ramadan bulan penuh keberkatan. Berkat usaha dan dengan izin Allah, segala hajat dan doa tidak mustahil dimakbulkan-Nya. Moga-moga ada sinar keberkatan buat Mawar.
Berkongsi hasrat untuk bertudung di Instagramnya, isteri Raden Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Raf ini meluahkan niat di hati. “Morning all. Rasa macam nak cuba pakai tudunglah untuk bulan Ramadan tahun ni. First time nak mencuba ni. Dah masuk bulan Ramadan dan dah puasa dah kite. Selamat menunaikan ibadah puasa semua! Kat rumah ni kekurangan tudung, boleh tak korang tag kedai tudung yang lawa-lawa and kedai baju yang stylo-stylo untuk hijabista gitu.”
Awal Februari lalu, Mawar bersama suami, anak dan ibunya Marinee Abdullah telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Walau mempunyai anak kecil, Mawar tetap teruja membawa Raden Muhammad Rafael. Mengimbas kembali saat pertama kali bergelar ibu, pelakon cantik tersebut selamat melahirkan bayi sulung pada 13 Mac 2019 secara normal.
Kini setelah Rafael meningkat usia setahun barulah Mawar kembali aktif dengan kerjaya seni dan lakonan. Apatah lagi, suami tercinta sentiasa menyokong minat dan apa juga keputusan Mawar. Selain bakal membintangi sebuah telemovie, selebriti cantik ini juga dilihat semakin ligat merencana empayar kosmetik, Mawarose. Dalam diam rupa-rupanya Mawar sudah pun bergelar usahawan.
Kenangan Mawar bersama ibunya, Marinee Abdullah di Mekah
Teruja berkongsi perniagaan kosmetik yang diusahakan, dia berkata, “Mawar tengah dalam perbincangan untuk masuk berlakon balik. First lakonan saya selepas ada baby ini ialah Thank You, Kapten. Lepas habis cerita tu, Mawar ambil cuti sekejap untuk beri tumpuan menghasilkan produk Mawarose.
So far, kami dah berjaya keluarkan produk lip and cheek serum Magic Rose. Istimewanya produk ini, ia turut dijual melalui vending machine. Jadi lebih mudah untuk pembeli mendapatkan produk Mawarose.”
Mawar Rashid mendirikan rumah tangga bersama Raf pada 9 November 2017.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berstatus anak jutawan tapi Stephanie Fernandes selesa tidak menonjol di khalayak dan menjalani hidup biasa seperti orang lain. Genap berusia 30 tahun pada 25 Jun lepas, anak usahawan terulung negara iaitu Tan Sri Tony Fernandes ini nyata seorang wanita yang cantik.
Walau sudah berkahwin dan menginjak dewasa namun tetap manja di samping bapa tersayang. Ini terbukti apabila CEO AirAsia berkenaan memuat naik gambar anak perempuan tersayang di media sosial miliknya bersempena ulang tahun hari kelahiran Stephanie.
Stephanie Fernandes atau dikenali sebagai Steph menamatkan pengajian di Durham University, United Kingdom pada tahun 2015 ketika berumur 22 tahun. Dia dilaporkan melanjutkan pengajian
dalam bidang pemasaran dan turut meminati muzik.
Steph selamat bergelar isteri pada 10 Oktober 2022.
Sebelum ini Tan Sri Tony pernah berkahwin dengan Deborah Lee Bergstom pada 1 Jun 1994 namun akhirnya berpisah. Hasil perkahwinan itu, Tan Sri Tony dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Stephanie dan Stephen.
Kini, ahli perniagaan berkenaan berkahwin dengan wanita kelahiran Korea Selatan iaitu Puan Sri Chloe Kim. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Oktober 2017 di Cote d’Azur, Perancis.
Revalina S. Temat memiliki wajah penuh kelembutan yang membuatkan ramai terkenang wataknya dalam sinetron popular Indonesia, Bawang Merah Bawang Putih. Walau hampir 20 tahun drama bersiri negara jiran tersebut sudah berlalu namun impaknya masih terkesan di hati penonton hingga ke hari ini.
Revalina yang menjayakan karakter gadis sopan dan baik sebagai Bawang Putih. Sementara Nia Ramadhani pula membawa watak Siska ketika masing-masing baru mencecah usia remaja. Tak dinafikan, ramai penonton tanah air ‘jatuh hati’ dengan kecantikan mereka berdua.
Seiring peredaran zaman dan peningkatan usia, Revalina atau nama sebenarnya Revalina Sayuthi Temat yang kini berstatus isteri dan ibu dua anak masih cantik menawan dengan aura tersendiri.
Mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015 dengan jejaka pilihan, Rendy Aditwa Gunawan, pelakon yang ketika zaman gadisnya sering berpakaian seksi memilih untuk tampil lebih sopan dan berhijab selepas pulang mengerjakan umrah pada tahun 2017.
Bagaikan jelmaan watak ‘Bawang Putih’ di alam realiti, Revalina sememangnya seorang wanita yang sarat dengan peribadi baik, sopan, lemah-lembut dan disenangi ramai.
Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya sederhana. Revalina melahirkan anak keduanya, Rajendra Satya Razzani secara pembedahan pada Januari 2019.
Biarpun sudah beranak dua tapi jelitawan berusia 37 tahun ini bijak menjaga penampilan diri. Revalina pernah membintangi beberapa drama popular Indonesia antaranya Assalamualaikum Beijing, Perempuan Berkalung Sorban dan Hijrah Cinta.
Terbaharu, Revalina kembali mewarnai dunia seni Indonesia menerusi lakonannya dalam drama Jangan Bercerai Bunda. Malah, dia turut menguruskan sebuah syarikat talent iaitu S Temat Management dan merupakan pemilik label pakaian Tifle’s by Revalina S Temat.
Personaliti ini juga selesa mengenakan gaya matang dan elegan. Mengintai fesyen pilihan Revalina jelas menggambarkan peribadinya yang gemar menyarung busana santai.
Memang serba sederhana. Dengan menggayakan tudung bawal dan solekan ringkas, ia sudah memadai untuk menyerlahkan kelembutan wajah Revalina.