Nama Datuk Seri Rossa kembali menjadi sorotan di peringkat antarabangsa apabila diva kesayangan Indonesia ini tampil membuat persembahan di salah satu stesyen televisyen China baru-baru ini.

Bawa Lagu BENGAWAN SOLO, Penampilan DATO SRI ROSSA Di Televisyen China Terima Pujian!

IKLAN

Terbaru, Rossa tampil di stesyen televisyen China sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Penampilan Rossa ternyata memukau dengan balutan kebaya merah sambil mendendangkan lagu Bengawan Solo.

Bawa Lagu BENGAWAN SOLO, Penampilan DATO SRI ROSSA Di Televisyen China Terima Pujian!

Bengawan Solo merupakan sebuah lagu Indonesia  yang sangat terkenal yang menceritakan tentang Sungai (Bengawan) Solo yang mengalir melalui Jawa Tengah dan Jawa Timur Indonesia sekaligus merupakan sungai terpanjang di Indonesia.

Meskipun tampil menyanyikan lagu tersebut secara virtual dalam tempoh yang sekejap, Rossa muncul dalam layar besar menyanyikan lagu Bengawan Solo diiringi muzik dan penyanyi latar yang tampil secara live.

Bawa Lagu BENGAWAN SOLO, Penampilan DATO SRI ROSSA Di Televisyen China Terima Pujian!

Menurut Rossa, perayaan Tahun Baru Cina kali ini merupakan detik istimewa buat dirinya apabila diberi penghargaan menjadi sebahagian dari projek “Spring Festival Gala 2023” di mana dia mendendangkan lagu Bengawan Solo dan Jasmine Flower sambil ditonton oleh lebih 1juta rakyat China di Republik Rakyat China.

Melihat posting Rossa di laman Instagram miliknya, dia menggayakan kebaya merah rekaan Anne Avantie yang sememangnya merupakan pereka busana kebaya kontemporari popular di Indonesia. Sementara itu, @rinaldyyunardi melengkapkan penampilan aksesori buat empunya nama penuh Sri Rossa Roslaina Handiyani ini.

Bawa Lagu BENGAWAN SOLO, Penampilan DATO SRI ROSSA Di Televisyen China Terima Pujian!
Presiden Indonesia, Jokowi antara kenamaan yang sering mengenakan busana rekaan Anne Avantie.

Kebaya hasil rekaan Anne Avantie sering digayakan oleh golongan selebriti dan pemimpin Indonesia antaranya termasuklah Presiden Indonesia, Joko  Widodo atau JOKOWI di acara rasmi negara.

IKLAN
Bawa Lagu BENGAWAN SOLO, Penampilan DATO SRI ROSSA Di Televisyen China Terima Pujian!
Anne Avantie (Kanan) bersama Erina Gudono
Bawa Lagu BENGAWAN SOLO, Penampilan DATO SRI ROSSA Di Televisyen China Terima Pujian!
Menantu Presiden Jokowi, Erina Gudono turut mengenakan busana sedondon suaminya, Kaesang rekaan Anne Avantie.

 

 

 

IKLAN

 

Saat wajahnya di-close up, Rossa terlihat sangat cantik dalam balutan kebaya merah rancangan Anne Avantie yang dia pakai. Tatanan rambut, makeup, dan hiasan kepala yang dikenakan juga membuat Rossa terlihat kian memesona.

Penampilan Rossa saat muncul di stasiun TV China banjir pujian. Di instagram, Rossa mengunggah potongan video penampilannya. Postingan itupun mendapatkan banyak pujian dari netizen hingga kalangan selebriti.

Dari berbagai pujian yang dilayangkan untuk Rossa, banyak netizen yang mengaku bangga. Wajar saja, pasalnya lewat penampilan kali ini, Rossa telah memperkenalkan kebaya dan lagu Bengawan Solo pada dunia. Apalagi di acara tersebut, Rossa berhasil tampil dengan sangat memukau.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI