Ruang minimalis tampak menarik dan selesa jika ia dihias dengan betul. Salah satu cara untuk mencantikkan lagi ruang minimalis ialah menggunakan kertas dinding yang ditampal pada dinding ruang tamu. Terdapat pelbagai jenis dan motif kertas dinding di pasaran. Berikut beberapa tip memilih kertas dinding bagi ruang tamu minimalis.

WARNA

Warna lembut memberikan aksen interior mendamaikan. Pilih warna-warna yang serasi dengan warna lain, atau warna sepadan dengan warna perabot. Kertas dinding juga perlu serasi dengan siling dan dinding bukannya menjadi pemisah.

GABUNGAN SENI

Seni menghias dinding dengan ‘kertas’ melibatkan pola, skema warna, kordinasi, tema, gaya serta aliran rekaan.

Begini Caranya Untuk Menyerikan Ruang Minimalis Dengan Kertas Dinding Agar Tak Terlihat Membosankan

PROJEK KECIL

Mulakan dengan aktiviti atau projek kecil dahulu. Anda boleh bertanya kepada pembantu kedai kelengkapan dekorasi bagi memastikan anda telah membeli dan mempunyai semua kelengkapan diperlukan untuk memasang kertas dinding. Jika masih ada kertas dinding lama yang masih melekat, anda perlu mengupasnya terlebih dulu menggunakan cairan atau bahan kimia tertentu.

KEKEMASAN

Kerja-kerja mengupas kertas dinding lama dengan menggunakan cecair atau bahan kimia tertentu bukanlah semudah disangkakan dan perlu berhati-hati. Lihat juga ketika anda melumurkan bahan pelekat kertas dinding, pastikan lapisan kertas berada pada posisi yang rapi dan lurus. Ketika kertas dinding dilekatkan, segera bersihkan sisa-sisa bagi mencegah kertas dinding kotor.

RUANG PRIVASI

Contohnya bilik tidur atau bilik mandi anda bebas mendekorasi kertas dinding serta memilih pola paling digemari. Pilih warna kertas dinding bagi menghasilkan dekorasi ruang yang unik seterusnya sesuai dengan idea dan keinginan anda.

FLORA & GEOMETRI

Hasilkan penampilan yang ceria namun sederhana tanpa terlalu menonjolkan pola dan warna. Pastikan motif pilihan tidak terlalu berlebihan khususnya untuk ruang ramu berkonsep minimalis. Motif lain yang sesuai bagi ruang tamu minimalis ialah garisan. Motif ini sangat sederhana dan jika anda menggunakan kertas dinding dengan motif penuh bagi seluruh dinding pilihlah kertas dengan motif berukuran kecil-kecil sama ada bunga-bungaan atau abstrak dan geometri.

PEMASANGAN

Jika anda ingin menggunakan kertas dinding bermotif garisan, sebaiknya tidak diaplikasikan secara penuh di semua sisi dinding. Memadai dengan memasangnya di salah satu dinding sebagai fokus. Kertas dinding seperti ini sesuai digunakan sebagai aksen. Jika ingin menggunakan motif di seluruh sisi dinding, pilihlah kertas dinding dengan warna terang serta motif yang tidak terlalu banyak.

KEYAKINAN

Aktiviti mendekorasi dinding ruang tamu atau dinding bilik tidur dengan kertas dinding tidak boleh dilakukan ala kadar. Ia perlu menitikberatkan tentang pola kertas dinding dan cara memasang agar tahan lebih lama.

AMBIL KIRA KOS

Ketika terpasangnya kertas dinding ia tidak boleh lagi diganti mahupun dicabut dengan mudah. Maka sebab itulah penjagaannya sangat penting untuk dititikberatkan memandangkan ia hendak digunakan dalam tempoh lama.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI