Perkongsian Che Puan Syamim Farid berbuka puasa di Istana Alam Shah, Selangor di laman media sosial milik peribadinya telah menarik perhatian.

IKLAN

Pemenang tempat kedua pencarian Dewi Remaja 2015 ini kelihatan anggun menyarung jubah labuh berwarna biru sambil berselendang sebagai pelengkap gaya ketika berbuka puasa di Istana Selangor itu.

Berbuka Puasa Di Istana Selangor, Penampilan Che Puan Syamim Farid Tarik Perhatian!
Foto: Instagram @syamimfarid

Dianugerahkan bakat semula jadi dengan pakej seraut wajah manis, pasti menambat hati setiap mata yang memandang. Selepas enam tahun melangsungkan perkahwinan dengan suami tersayang, YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj, kehidupan berumah tangga banyak mengajar erti sebuah kehidupan buat Che Puan Syamim Farid.

Sebagaimana yang diketahui ramai, pelakon yang pernah berlakon drama Kan Kukejar Cinta Kamu bersama Amyra Rosli dan Fendy Bakry ini telah melangsungkan perkahwinan dengan kerabat diraja Selangor.

Moyang Tengku Ezrique merupakan Sultan Selangor kelima, Sultan Alauddin Suleiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Musa Al-Haj. Manakala Y.A.M. Tengku Abdul Hamid Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Alauddin Suleiman Shah merupakan datuk kepada Tengku Ezrique.

Berbuka Puasa Di Istana Selangor, Penampilan Che Puan Syamim Farid Tarik Perhatian!
Foto: Instagram @syamimfarid

Jadi tidak mustahil Che Puan Syamim sering menerima undangan daripada pihak istana dan sentiasa berpeluang bertemu dengan Tengku Permaisuri Norashikin ketika menghadiri majlis di istana.

Teringat pertemuan NONA bersama Che Puan Syamim dahulu bertanyakan tentang adat istiadat serta protokol istana.

Masyarakat sering dijaja cerita dengan institusi diraja yang dikawal ketat dan ke mana sahaja kaki melangkah sudah pasti ada yang mengekori. Serba-serbinya mengikut adat dan istiadat. Tiada sesuatu pun boleh dilakukan sesuka hati dan kebebasan terkawal.

IKLAN
Berbuka Puasa Di Istana Selangor, Penampilan Che Puan Syamim Farid Tarik Perhatian!
Foto: Instagram @syamimfarid

“Secara jujurnya kedua-dua ibu dan bapa mentua saya sangat merendah diri dan menerima kehadiran saya dalam keluarga dengan tangan yang terbuka.

Kemesraan yang ditonjolkan dalam keluarga suami membuat saya mudah membiasakan diri dengan keluarga diraja. Adat dan protokol istana hanya berlangsung apabila menghadiri majlis yang melibatkan golongan istana.

IKLAN
Berbuka Puasa Di Istana Selangor, Penampilan Che Puan Syamim Farid Tarik Perhatian!
Foto: Instagram @syamimfarid

Sebelum berkahwin ibu mentua sudah memberitahu serba sedikit apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh buat. Selepas berkahwin segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Malah sepanjang perkahwinan pun ibu mentua banyak memberi tunjuk ajar agar saya lebih memahami adat di dalam istana,” tutur lembut Che Puan Syamim Farid.

Baca juga; Ibu 8 Anak Urus 3 Syarikat, Sedekad Berbisnes Pengarah Urusan Eskayvie Ini Bergelar Jutawan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI