Lewat kebelakangan ini, nama aktor Beto Kusyairy kembali diperkatakan sebaik lakonan mantapnya sebagai Wahid dalam filem biopik ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’, berbekas di jiwa penonton. Berusia 42 tahun, kekuatan penghayatan Beto pastinya turut datang dari semangat isteri tercinta, Tisha Shahar.
Meskipun jarang diberi peranan hero utama, namun Beto atau nama penuh Nurkusyairy Zakuan sering membuktikan bahawa bakat lakonannya lebih hebat daripada sandaran rupa atau populariti.
Bayangkan meskipun sekadar membintangi iklan TVC, melihat Beto saja sudah mampu membuatkan penonton teresak-esak dan mengelap air mata. Penjiwaan beliau sewajarnya meletakkan diri lelaki ini dalam barisan pelakon kelas pertama!
Sudah berumah tangga selama 14 tahun dengan Tisha Shahar, kebahagiaan pasangan ini jelas terpancar melalui perkongsian terbaharu Beto di media sosial.
Biarpun belum dikurniakan rezeki cahaya mata, namun keduanya bahagia melayari percutian bersama sahabat-sahabat di Terengganu.
“Short & sweet getaway with the sahabats…” Beto Kusyairy
Percutian di Terengganu turut disertai sahabat baik, Zahiril Adzim
Trip ke Terengganu bersama sahabat Beto dan isteri
Beto dan Tisha
Ads
Kesempatan bercuti dimanfaat untuk mengeratkan perhubungan
IMEJ BERSIH
Sejak muncul dalam industri seni, nama Beto jarang terpalit kontroversi melainkan kisah komitmennya yang tinggi dalam setiap karya yang dibintangi. Imej bersih ini menambah rasa hormat peminat terhadap beliau.
Walaupun tidak sepopular pelakon lelaki lain, namun Beto selesa dengan keadaannya kini dan mengakui populariti bukanlah satu keutamaan baginya.
Beto amat memilih watak dan jalan cerita dalam setiap drama atau filem yang ditawarkan kepadanya kerana baginya watak dan cerita yang dibawakannya itu perlulah berbentuk ilmiah serta memberi pengajaran dan memberi kesan kepada penonton.
Ads
Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Beto terlebih dahulu membina nama sebagai maskot untuk siri televisyen pendidikan kanak-kanak, Along. Lelaki kelahiran Kuala Lumpur ini turut memiliki kelulusan Diploma Perhotelan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Seorang yang pemalu namun berjiwa kental, Beto Kusyairy sebenarnya sangat meminati sukan lasak seperti bungee, flying fox dan paraligding serta aktiviti permotoran.
Wahid and his REAL wife
Gurau senda mengeratkan hubungan suami isteri
Ads
Suka tengok wajah Tisha yang polos, tapi mesra dan senang tersenyum. Sekali imbas, memang keduanya nampak seiras.
Tisha juga baru saja menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) hujung tahun lalu.
Kata Beto, beliau cukup kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh isterinya itu meskipun harus membahagikan masa demi keluarga, pekerjaan dan pelajaran.
Lebih membanggakan, isteri Beto turut berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi. Menariknya meskipun selalu mendapat spotlight, tapi pasangan ini kekal merendah diri dan berjaya dalam bidang masing-masing. Saling menguatkan dan faham-memahami!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China! Kagum dengan semangat personaliti Datin Anne Ngasri yang rajin mendalami ilmu. Sesungguhnya tiada had umur yang ditetapkan bagi seseorang untuk terus belajar meskipun sudah meraih pelbagai pencapaian dalam hidup. Terbaharu, Datin Anne Ngasri berkongsi momen dirinya menggenggam diploma KLTVET!
Menerusi perkongsian di media sosial, Datin Anne atau nama sebenarnya Datin Naszriah Ngasri tampil ceria mengenakan jubah konvokesyen dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET).
Dia yang anggun mengenakan hijab rona merah kelihatan berseri-seri sambil memegang erat diploma yang diraih.
Kongsinya, “With every milestone that I’ve come across, there’s always been a little note at the bottom that’s said, ‘Alhamdulillah Allahumma Barik’.”
Difahamkan Datin Anne Ngasri berjaya genggam Diploma Profesional Kemahiran (RFEL) KLTVET.
Pastinya ia menjadi detik indah buat suri hati Datuk Mohd Sumali ini.
Apatah lagi pada Julai lepas, kakak tersayang iaitu Darling Ngasri turut menggenggam Diploma dari Meatech Creative Academy. Bagus adik-beradik selebriti ini dan kejayaan mereka memang patut dijadikan ikutan!
Datin Anne Ngasri yang meniti usia 40 tahun bukan hanya sibuk menguruskan keluarga dan perniagaan bahkan dia juga pernah menyandang jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan kini menjadi Exco Wanita UMNO Malaysia bagi 2023-2026.
Penglibatannya dalam bidang politik kian aktif selepas berkahwin dengan suami tercinta pada 2012.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Suri Harraz dan Nefa Naura.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Datin Anne turut mempunyai tiga anak iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza.
Sementara suami pula memiliki seorang anak iaitu Suffian Akim dalam perkahwinan pertama.
Moga kisah pencapaian yang dikongsikan Datin Anne Ngasri ini menjadi suntikan semangat dan sumber inspirasi buat golongan wanita yang idam kejayaan sama sepertinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sudah 15 tahun Pakar Bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri menetap di United Kingdom namun sekali sekala seleranya merindui masakan tanah air. Baru-baru ini, wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini menyatakan teringin makan kuih akok untuk dijadikan sajian berbuka puasa.
Foto: Instagram @dramalinabakri
Menerusi ciapannya di media sosial, “Bulan puasa ni, teringin nak makan kuih akok pulak. Kat London pun ada bazaar Ramadan, cuma tak jumpa lagi kuih akok. (Credit photo: Kak Zaharah),” tulisnya. Susah juga nak jumpa kuih tersebut di sana, mungkin Dr Amalina kena buat sendiri untuk menikmati kuih tersebut.
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Dr Amalina yang telah mengikat ikatan perkahwinan dengan lelaki Inggeris, Alexander Charles pada 31 Mac yang lalu. Wanita yang berusia 34 tahun ini bersyukur apabila akhirnya dapat meneruskan majlis pernikahan setelah tiga kali tertangguh berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di United Kingdom.
Majlis pernikahan itu berlangsung di Masjid Central London. Dr Amalina kelihatan anggun dalam persalinan kurung moden berona putih. Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.
Terdahulu, Dr Amalina telah mengharumkan nama negara apabila disenaraikan sebagai penerimaan Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London. Kongsi Dr Amalina bersama Nona, “Saya rasa bersyukur di atas pemilihan ini dan kerja keras perlu dilipat gandakan agar saya dapat terus membuat Malaysia bangga dengan pencapaian saya di masa hadapan.
Kini saya sedang melanjutkan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di sebuah hospital terkemuka di London. Pada masa sama, saya juga sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di Imperial College London,” bicaranya.
Foto: Instagram @dramalinabakri
Tambahnya lagi, “Saya begitu bersyukur dengan fellowship tersebut. Saya juga pernah mendapat Distinction untuk Masters dari University of Cambridge dan terpilih antara 10 doktor terbaik dalam pemilihan program pakar pembedahan awam di United Kingdom. Saya juga memenangi fellowship daripada Imperial College London dan National Institute Health Research (NIHR) UK untuk membuat PhD dalam bidang teknologi kanser payudara.
Kerja keras saya dalam bidang ini bukan untuk diri sendiri tetapi menjadi impian saya untuk menolong masyarakat di seluruh dunia, tidak kira di mana sahaja saya berada. Saya mahu menjadi seorang pakar perubatan yang berdiri sama tinggi dengan pakar-pakar perubatan terkenal di dunia dan menjadi tempat rujukan orang ramai,” tegasnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah bagi usahawan mengekalkan perniagaan mereka kalau tidak konsisten memberikan produk terbaik kepada pelanggan. Lagi-lagi bisnes yang melibatkan makanan. Hasil kerja keras dan kreatif menghasilkan idea manisan terkini, tidak hairanlah produk Suka Dessert selalu viral!
Pujian seharusnya diberikan kepada pemilik Suka Dessert, Siti Hajar Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Auntie Ja kerana berjaya meletakkan produk keluarannya ke satu tahap membanggakan.
Siapa sangka, jualan manisan dan aneka sajian pencuci mulut yang diusahakan kira-kira enam tahun lalu berkembang maju dan sering diserbu penggemar coklat.
Dari utara tanah air sampai ke Selatan, mereka sanggup beratur panjang demi mendapatkan seleksi manisan menyelerakan di Suka Dessert yang terletak di Selayang.
Antara item yang laris ialah Cake in Bowl, Oval Cookies, Crunchpy, dan Strawberry in cup.
Dek kerana viral, produk Auntie Ja sering menjadi rujukan pengusaha manisan lain sehingga ada yang sanggup meniru kreativiti pengasas Suka Dessert itu termasuk dari segi hidangan, pembungkusan dan sebagainya. Perkara tersebut nyata menimbulkan rasa kurang senang Auntie Ja.
Malah dia turut memuat naik video di media sosial dengan menyatakan rasa kecewanya terhadap isu berkenaan.
Percaturan Auntie Ja berhenti kerja demi mengejar impian memiliki bisnes manisan nyata berbaloi. Apatah lagi pada Januari 2023, jualan yang diraih syarikatnya dianggarkan mencecah tujuh angka!
Difahamkan isteri Muhammad Syafiq Mohd Zamshari ini pada awal pembabitannya tidak mempunyai latar belakang dunia kulinari.
Namun bersandarkan minat mendalam terhadap coklat, dia memberanikan diri berniaga dan menghasilkan manisan sendiri.
Meskipun Auntie Ja mempunyai kafe sendiri dan puluhan staf di belakangnya namun wanita cekal ini akui masih belajar mendalami dunia coklat.
Selain menjual aneka manisan, dia turut tidak melepaskan peluang menyertai pelbagai festival makanan di seluruh Malaysia bagi mempromosikan produk jualan kepada pelanggan.
Semoga Suka Dessert terus berkembang maju dan kejayaan Auntie Ja di samping suami tercinta menjadi inspirasi ramai untuk berjaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!