Festival Ummah Mega Haflah telah berlangsung pada 7 Oktober 2023 bersamaan 22 Rabiulawal 1445H lalu menjadi inspirasi untuk wanita Muslimah mendekatkan diri dengan keindahan Islam serta menjadikan aktiviti keagaamaan sebagai sebahagian gaya hidup masa kini.
Festival tersebut telah dianjurkan oleh Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat yang merupakan Pengasas #MyInfaqIhsan yang banyak melibatkan diri kerja-kerja kebajikan, dan #SweetTalkKeSyurga serta penglibatan dalam berdakwah.
Festival Ummah Mega Haflah ini juga menjemput para Asatizah yang dikenali ramai iaitu Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022, Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022, Dr. Robiah K.Hamzah (Ikon Muslimah Nona 2023),Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022), Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang), Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017), Aisyah Hijanah bagi slot Perkongsian Influencer dan Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer.
Ads
Selain itu, Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah) dan Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami)turut diundang ke majlis tersebut dan diterbangkan khas dari Sabah.
Penyertaan peserta dalam festival ini adalah terbuka kepada seluruh muslimat yang berminat untuk menyertai, dan berjaya mengumpulkan hampir 500 orang.
Ads
Bertepatan dengan slogan ‘Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) Semarak Cahaya Al- Quran”, festival yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadi platform rintis bagi perkongsian pandangan dan amalan terbaik pendekatan dan khususnya dalam kalangan muslimat ke arah mencapai kesejahteraan ummah.
Di samping itu, objektif festival ini juga adalah untuk menyebarluas pendekatan dengan lebih mendalam mengenai Al-Quran serta meningkatkan kesedaran dan keyakinan bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk kita lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
Ads
Penganjuran festival ini juga diharapkan, dilihat sebagai usaha memartabatkan al-Quran. “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat Mengambil iktibar.” (Surah Sad, ayat 29)
Menurut Dato Rozzana ketika ditemui selepas majlis, beliau berharap agar segala perkongsian yang dicurahkan oleh para asatizah dalam festival ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian.
“Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramadan sememangnya bulan penuh keberkatan dan keajaiban. Kemuliaan, keberkatan dan keunggulan bulan Ramadhan tidak dapat disangkal lagi bilamana Baginda Rasulullah SAW begitu teruja menanti kedatangan bulan penuh barakah dan menyampaikan berita gembira tentang betapa unggulnya kemuliaan bulan ini.
Bulan Ramadan ini juga menjadi saksi Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen semalam daripada tuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, empat tahun lalu.
Hakim Rihaida Rafie, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap Syed Shah Iqmal, 28, pada akhir kes pendakwaan itu.
“Selepas membuat penilaian maksimum terhadap keterangan melalui saksi-saksi dan eksibit-eksibit, mahkamah memutuskan kes prima facie tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan, “kata hakim itu.
Dalam prosiding semalam, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros. Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 April tahun lalu, seramai 18 saksi pendakwaan termasuk pengadu dalam kes itu dipanggil memberi keterangan.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di dalam bilik di sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini, pukul 11.35 malam, pada 11 September 2019.
Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, peguam Syed Amirul ketika dihubungi hari ini berkata anak guamnya memanjat rasa syukur atas pembebasan daripada pertuduhan tersebut.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, berkat bulan 19 Ramadan ini, saya diputuskan tidak bersalah. Perkara ini saya terima sebagai hadiah untuk saya sekeluarga dalam membersihkan nama dan maruah diri.
“Terima kasih kasih kepada keluarga saya, sahabat handai dan semua yg sentiasa menyokong dan mendoakan. Tidak lupa juga kepada peguam yg telah bersama saya dari awal kes sehinggalah kini.” kata Syed Shah Iqmal.
Pada 31 Mei tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal atas pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.
Untuk rekod, Da’i Syed dan pengacara, Hana Ismail, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur pada Disember 2022 yang lalu.
Pasangan itu dinikahkan jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan. Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas gelang emas.
Sumber: KOSMO! ONLINE
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejap saja masa berlalu. Baru Ogos lepas Siti Sairah umum selamat bersalin anak kelima, baru-baru ini putera kesayangan adik kepada penyanyi terkenal Dato’ Sri Siti Nurhaliza tersebut bakal menginjak usia dua bulan.
Malah, ibu berusia 40 tahun ini menerusi media sosial miliknya turut mendedahkan nama Muhammad Shakeel Khalish untuk cahaya mata kelima.
Berkongsi perkembangan terkini, Siti Sairah atau nama sebenarnya Siti Nursairah Tarudin melangsungkan majlis akikah dan cukur jambul buat Muhammad Shakeel Khalish.
Cukup meriah dan lebih manis, kesemua adik-beradik turut hadir menyerikan majlis berkenaan baru-baru ini.
“Assalammualaikum dan alhamdulillah selesai sudah majlis akikah dan cukur jambul putera kami Muhammad Shakeel Khalish di Kuala Lipis, Pahang.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat mak tersayang, Mak Salmah dan kesemua adik-beradik tersayang. Alhamdulillah dapat kita berkumpul kesemuanya.
Terima kasih juga buat ibu mertua tersayang, kakak dan adik ipar yang datang dari jauh sampai ke Kuala Lipis, terima kasih banyak-banyak.
Pada sedara mara, teman-teman dan tetamu yang datang dari jauh atau pun dekat terima kasih sudi hadir ke majlis kami.
Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dan juga dipanjangkan umur, inshaAllah kita ketemu lagi.”
Dalam perkongsian di Instagram, Siti Sairah kelihatan anggun dalam persalinan dan tudung rona hitam. Dekorasi indah rona putih dilatari bunga-bungaan putih dan biru menyerlahkan lagi suasana majlis.
Menerusi gambar tersebut juga kelihatan Muhammad Shakeel Khalish membesar sihat, aktif dan comel.
Siti Sairah bersalin anak kelimanya itu pada 8 Ogos lepas secara pembedahan. Pelantun lagu Akhir Cinta ini berkahwin dengan Mohd Sharidan pada 24 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Siti Nurkhalishah Alisha.
Beauty with brains! Bukan hanya dikurniakan rupa paras cantik malah Athisha Khan juga bijak orangnya. Nama personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti popular Noor Neelofa tersebut menjadi bualan warga net sejak foto terkini Athisha yang lengkap mengenakan jubah konvokesyen bertebaran di Internet.
Perkongsian momen-momen indah bersama keluarga itu dimuat naik Athisha di media sosial miliknya selepas dia berjaya menamatkan pengajian di United Kingdom. Difahamkan Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom.
Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan tersebut kelihatan Athisha dan keluarga tersayang meraikan meraikan kejayaan dengan mengadakan majlis ringkas di rumah.
Selain kedua-dua ibu bapanya iaitu Datin Noor Kartini dan Datuk Abdul Halim Khan, Athisha turut diraikan oleh adik-beradik termasuk Neelofa, Sara, Aqief, Ameera Khan dan Faliq.
Berusia 23 tahun, Athisha juga merupakan vlogger popular dan mempunyai lebih 300 ribu followers di saluran YouTube.
Sementara itu, Datin Noor Kartini di IG miliknya menzahirkan rasa syukur atas khabar gembira itu. “Alhamdulillah syukur dengan segala nikmatMu Ya Rabb. Sungguh kasih sayangMu amat luas dan nikmatMu amat hebat. Wahai pencipta langit dan bumi peliharalah kami dan lindungi kami dari segala bala malapetaka.
Selamatkan kami di duniaMu dan di akhiratMu Ya Rabbul Alamin. Terima kasih Allah untuk segala nikmatMu. Terima kasih anakku sayang Athisha Khan. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat kepada seluruh umat. Amiin.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.